Toxic Kah Aku?

Assalamualaikum. Aku Anna. Baru putus dari hubungan yang hampir mencecah 2 tahun. Mungkin aku boleh cuba cerita serba sedikit dari awal supaya korang boleh relate kan.

Minta maaf kalau ada ayat yang tidak berapa difahami sebab ni first time aku menulis. Tujuan aku menulis ni sebab nak dengar pendapat dari korang tentang kisah aku ni.

Aku baru putus dengan seorang lelaki yang akan aku gelarkan sebagai B disini. Pada mula kisah percintaan, B yang mula approach aku. B baru pindah ke department aku. Dalam 2 bulan selepas itu kami start bercinta.

Pada mula nya aku susah nak terima B sebab kan masih takut untuk menerima lelaki dalam hidup selepas relationship sebelum ini kerana aku pernah ditinggal kan dan dicurangi. Aku amik masa 6 tahun untuk move on and healing process. Selama 6 tahun tu aku single.

Berbalik pada B. B masa mula2 approach aku tu, banyak kali sebenarnya aku bluetick whatsapp dia. Dia pun banyak kali rasa broken tapi tak pernah putus asa dengan aku.

Lastly aku terima dia sebab nampak effort dia. Aku berani kan diri untuk terima and pikir B mungkin yang terbaik untuk aku.

Bermulalah percintaan kami dalam satu department. Tapi aku minta untuk dia rahsiakan hubungan kami sebab tak nak kawan sekerja lain bercakap cakap n akan mengganggu kerja. Setiap hari contact and kenal dengan diri masing2.

Dia juga yang mula bercakap pasal kahwin memberi aku harapan semua tu. Dia minta waktu untuk kumpul duit kahwin and settle kan beberapa hal sebelum berkahwin. Aku setuju and sanggup tunggu dia.

B berlaku jujur semua tentang diri dan B juga bagi tahu aku yang dia bukan nak bercinta dengan aku sebulan dua. Tapi berhasrat untuk kahwin dengan aku.

Bermulah lah kisah percintaan kami. Gaduh sekali sekala tu lumrah lah untuk pasangan bercinta. Aku ni perempuan.

So kadang2 tu suka ber emosi, tapi dia tetap sabar melayan aku setiap kali tu. Setiap kali gaduh, B selalu ingat kan aku bahawa dia tidak pernah terpikir untuk sampai memutuskan hubungan ini.

Melainkan jika sebab2 seperti tidak menghormati ibu bapa nya, atau aku yang curang dengan dia. B seorang yang menjaga solat and selalu membaca al-quran. Itu salah satu sebab aku tertarik dengan dia.

Setelah 4 bulan bercinta, aku membawa nya jumpa family aku. Family aku semua senang dengan dia and terima dengan terbuka kedatangan B.

B memang seorang yang disenangi dengan semua orang kerana ramah nya dan matang nya. Kami juga akan keluar bersama jika masing2 cuti.

Dan selepas dari itu pun ada dalam beberapa kali B keluar makan bersama family aku. Aku tak pernah jumpa parents B sebab dia memberitahu aku bahawa dia tunggu waktu yang sesuai untuk bawa kami berjumpa. Aku pun tanak paksa dia dan tunggu waktu yang sesuai itu tiba.

Setelah hampir setahun bersama, kami dihasuti dengan godaan syaitan. Pada mula nya hanya berpegangan. Lama kelamaan berterusan hingga lebih dari itu. Tapi tidak lah sampai membuat sex. Masing2 rasa sayang makin bertambah. Benda ini berterusan hingga beberapa bulan.

Tapi tidak lah setiap hari make love itu. Paling lama pun satu jam sekali buat tu. Ditegaskan lagi, tidaklah sampai sex yang kami buat tu.

Setelah beberapa bulan tu, B bagi tahu bahawa dia nak hentikan perbuatan ini sebab takut disebabkan itu Allah tutup rezeki kita. Aku pun setuju. Berapa bulan daripada tu, kami terjebak pulak dengan phone sex.

Hantar gambar nude masing2 tanpa rasa malu. Bila di ingat kan balik, rasa menyesal kerana mengikutkan sangat nafsu bercinta masa itu.

Bermula lah detik dimana B pindah ke department lain. Kami sudah jarang jumpa. Hanya contact melalui whatsapp and call. Kerja nya makin busy kerana telah naik pangkat. Tapi waktu raya haritu kami ada keluar beraya bersama.

Sebulan selepas itu, dia telah berubah. Aku tidak bertanya kenapa sebab tahu dia penat bekerja. Call pun sudah jarang2. Kalau dulu hari2 call, telah bertukar pada seminggu 2 kali mcm tu. Aku paham sebab dia penat bekerja. Aku tanak marah2.

Contact melalui whatsapp itu ada sahaja. Time masing2 free baru reply. Aku terasa juga dengan perangai dia. Tapi memilih untuk memahami dia. Kami tak ada gaduh pun. Satu hari waktu aku cuti, dia bagi tahu yang dia dah tawar hati.

Tak boleh nk teruskan lagi hubungan ini. Perasaaan itu muncul dalam waktu terdekat itu. Dia dah fikir masak2. Semasa kami keluar beraya bersama, perasaan sayang dia dekat aku still sama. B kata aku tak ada salah apa. Punca nya adalah diri dia sendiri.

Setiap kali kalau cakap pasal kahwin, dia tak boleh nak cope. Dia tak yakin. Padahal aku tak ada paksa pun untuk cepat2 dalam hal kahwin ni. B kata dia takut tak boleh jadi suami yang baik. Dia takut bila tengok broken family dan rasa yakin dalam diri dia dah hilang.

Rasa tawar hati. Aku menangis teruk malam itu semasa call dia. Aku cuba pujuk untuk lalui benda ni sama2. Jangan give up. Tapi dia still tak nak. Katanya, apa guna relationship ini kalau tk rasa nak kahwin dah. Aku juga ada tanya kepada B yang dia dah ada orang lain ke?

Tapi katanya tak ada. Semua ni berlaku sebab diri dia dah tak boleh cope katanya. Dia cuba nak end kan benda ni dengan baik. Tapi susah untuk aku terima semua ni.

Malam itu aku tak boleh tidur. Esok nya tu aku drive pergi ke rumah dia and berjumpa mak dia. Time tu dia kerja and tiada dirumah.

Aku perkenalkan diri kepada mak dia. And mak dia terima kedatangan aku yang tiba2 tu. Aku buntu and tak boleh nk berfikir waras kerana terlalu sayang kan dia.

Motif aku jumpa mak dia adalah untuk luahkan sahaja. Tak ada niat nk memburuk kan sesiapa. Aku bercakap perkara yang baik je pasal B sebab bagi aku, tiada apa yang hendak diburuk kan. Aku cerita dekat mak dia sebab2 dia minta putus dengan aku.

Pada masa itu aku ada terlepas cakap tentang aib family B kepada mak nya yang mungkin boleh membuat kan mak nya terasa. Aku terlepas cakap kerana benda tu berkaitan dengan sebab dia nk putus dengan aku and membuat kan dia rasa tawar hati tu.

Balik daripada rumah B, dia call aku. Tanya apa yang kami sembang kan. B sedih sebab katanya apa yang mak nya akan pikir bila orang luar cakap macam tu. Aku mengaku yang aku terlepas cakap and tak berfikir dulu sebelum bercakap.

Aku minta maaf kepada B. Tapi, lepas daripada jumpa mak dia, mak dia minta nombor aku pada dia. Mak dia minta dia untuk berbalik pada aku. Mak dia pun ada whatsapp aku. Bagi kata semangat pada aku.

Kata nya dia selesa dengan aku walaupun baru berjumpa and rasa tenang semasa berborak dengan aku. B cakap yang dia tahu mak dia akan suka kan aku kalau dia bawa berjumpa aku dengan mak dia. Tapi semua dah terlambat sebab dia dah tawar hati.

Walaupun mak dia cakap macam mana pun, tetap dia tak boleh nak teruskan hubungan ini.

Esok nya tu, kami call untuk ter akhir kali and aku minta maaf padanya sebab buat macam itu kepada mak nya. Dia pun maafkan and katanya semua tu bermula dari dia. Jadi dia terima risiko semua ni terjadi.

Sebulan berlalu aku ada on and off contact dengan dia. Walaupun dia hanya reply sekerat jalan. Satu haritu tu, dia ada post status seorang perempuan artis melayu katanya sebagai ‘crush’. And dia suka tengok senyuman artis itu. Itu yang dituliskan pada status dia.

Aku jadi cemburu and berfikir macam mana dia boleh dalam masa sebulan tu berpaling pandang pada orang lain. Sedangkan aku ni walaupun setakat artis je pun aku taknak pandang sebab dalam hati masih ada dia. Aku post story yang hanya dia boleh baca.

Aku rasa macam dia tak pernah betul2 cinta kan aku sebelum ni. Aku rasa dipermain kan. Lepas tu dia terus reply dgn ayat yang marah.

Katanya jangan tuduh benda yang dia tak buat. B kata dia tak pernah pernainkan aku sebelum ni. Dia tanak orang cakap benda yang dia tak buat.

Aku minta maaf dengan B sebab up kan status macam tu. Aku jelaskan hanya dia yg boleh baca status tu. Jadi, tak kan ada salah faham dekat orang lain. Ayat2 dia reply selepas tu sama sekali dah tak macam B yang pernah aku kenal dulu.

Ayat2 dia sungguh menyakit kan hati sedangkan selama ni dia selalu bercakap dengan ayat yang elok dengan aku. Marah aku pun tak pernah. Aku tahu ni silap aku. And aku minta maaf dengan dia. Katanya, dia tak nak benci aku sebab nak hidup dengan tenang.

B juga cakap bahawa ini adalah toxic breakup. Sebab nya. dah dua tiga kali nak end kan dengan baik, tapi still ada masalah itu dan ini. Aku mengaku yang aku susah untuk lepas kan dia. Dia kata, rasa macam kena pantau bila aku keep nak tengok status dia and reply status dia.

Aku nampak bahawa dia dah betul2 rimas dengan apa yang aku dah buat lepas putus ni. Mungkin juga dah menyampah nak tengok muka aku.

Sedih nya hanya Allah yang tahu bila orang yang betul2 sayang kan aku dulu, amik berat pasal aku, yang selalu bagi tahu bahawa dia lagi sayang kan aku dari aku sayang kan dia.

Akhirnya jadi macam ni. Terkilan sangat. B adalah seorang yang penyayang and selalu amik berat pasal aku. Tapi B yang aku kenal dah tak ada.

Aku rasa, aku lah penyebab semua ni tak berakhir dengan baik dan jadi toxic breakup. Dia pun dah delete semua pasal aku. Nombor parents aku pun dia dah delete. Katanya dah tiada kaitan dengan dia.

Tapi dia bagi tahu yang dia tak pernah block ex dia. Jadi dia tak ada pun block aku. Sebab tu aku still boleh tengok status dia semua tu.

Aku jadi tak boleh nak kawal perasaan aku and bertindak di luar kawalan. Sekarang aku dah start untuk tak tengok kehidupan dia dari status2 dia tu. Aku tak nak benda macam ni jadi lagi. And buatkan dia makin rimas dengan aku.

Aku doakan kebahagian dia. Semoga dia lebih tenang and bahagia tanpa aku walaupun dulu aku pernah jadi kebahagian dia.

Assalamualaikum.

– Anna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *