Assalamualaikum warahmatullah admin dan rakan pembaca iiumc sekalian. Hi nama aku Army. Sebab aku memang seorang Army dan minat BTS.
Ya aku tau the moment aku mention Army tu akan ada golongan yang akan triggered. Itulah Toxic Malaysians yang aku nak luah sikit melalui confession tak seberapa ni.
Kalau ada orang single duda janda boleh luah pasal curang, d3pr3ssion loneliness etc, kenapa Army tak boleh kan?
Dalam pada itu, aku nak bagitahu yang aku ada je sentuh isu kebencian terhadap Kpop melalui platform lain sebelum ni tapi platform berkenaan tak luas mana ‘coverage’ dia hence kalini aku decide nak cuba guna iiumc since popularity and ‘accesibility’ dia lebih besar.
Tapi kandungan confession ni agak berlainan sebab ada isu baharu aku muatkan. So admin, thank you very much and I really appreciate it if this sincere confession of mine is approved since aku memang harap sangat suara kecil aku ni dapat sampai kepada pembaca sekalian.
Alright without further delay aku nak define dulu la toxic malaysians yang aku nak maksudkan tu. Merekalah orang2 Malaysia yang hati gelap sebab banyak dosa lagi uneducated yang bencikan Kpop tanpa sebab.
Bukan Kpop jela banyak lagi yang jadi mangsa kebencian diorang ni tapi confession aku nak sentuh pasal Kpop je.
The moment I’m writing this, tengah hangat isu #blacklivesmatter berikutan kem4tian George Floyd di US sana akibat racial discrimination oleh golongan berkulit putih.
Rata2 orang Malaysia sangat aware tentang hak asasi setiap manusia untuk mendapat layanan yang sama rata tanpa mengira warna kulit. Sangat bagus.
Tapi apabila melibatkan negara Korea, kemana hilangnya kesedaran berkenaan? Ke bermusim jer ? Sedih. Sangat2 menyedihkan.
Aku tak tau apa salah negara Korea dekat korang yang membenci tanpa sebab ni. Apa salah kami yang minat Kpop ni dekat korang. Really need some enlightenment. Apa yang diorang buat sampai korang benci sangat sebenarnya??
Disini aku sertakan link untuk kalian rujuk sendiri segelintir toxic malaysians yang aku maksudkan. Ia berkenaan seorang artis kpop baru yang guna stage name ‘B**i’. Yep. ‘B**i’ yang bermaksud khinzir dalam BM.
So kisahnya toxic malaysians yang menganggur takde kerja habiskan duit mak ayah ni pergi serang IG artis Kpop berkenaan dan mengejek-ejek, mempersendakan nama beliau. Sehingga beliau buat satu post khas utk toxic malaysians ni .
“I am not interested in your language. I didn’t know your country and I don’t want to know anymore”
So guys korang yang baca ni rasa macam mana bila beliau berkata sedemikian. Bangga? Seronok? Kelakar? Nama Malaysia jadi buruk sebab perangai cyberbully orang yang tak bersalah. Kacau hidup kita ke nama dia macam tu sampai nak kena menganjing teruk2?
Cuba korang renungkan betul ke apa yang toxic malaysians ni buat? Bertanggungjawab ke? Siap ada yang kata dia kurang ajar lagi sebab cakap macam tu dekat Malaysia. Persoalannya siapa yang mula2 biadap dulu??
Kalau korang bukak link aku sertakan tu, korang boleh tengok sendiri perangai toxic malaysians yang uneducated tu. Makin galak lagi mengecam dan menghina.
Ada yang dah berkeluarga beranak pinak tapi otak level lagi rendah dari taska. Perempuan pun ada bahasa tak semenggah. Langsung tak rasa bersalah. Siap bangga lagi dengan bawang rangers katanya.
Although masih ada netizen bijak dan tau perbuatan mengutuk tu salah, kalau perhatikan yang toxic tu agak jauh lebih ramai. Kalau back up je dicop fans kpop semata2.
Aku geleng kepala dan sesak dada membaca. Ini ke ajaran Islam yang kita nak tunjuk dekat non Muslim? Islam ajar kita mengecam orang macam ni ke guys?
Korang boleh google sendiri berapa angka kem4tian yang berpunca daripada cyberbully. Nilaikan. Bandingkan dengan situasi toxic malaysians yang wujud ni korang rasa bahaya atau tak. Apa implikasinya pada masa depan.
Dahla yang main fb ig ni bukan orang tua je. Orang muda remaja masih sekolah pun ada. Bila tengok perangai orang tua macaam tu, diorang pun terpengaruh sekali.
Esok lusa bila budak2 kurang ajar dengan korang terus keluar ayat keramat “budak2 zaman sekarang kurang ajar tak macam dulu”. Tapi korang fikirla balik siapa yang bagi contoh tak baik dekat diorang?
Tak lama dulu Dua Lipa artis Barat pun kena benda sama disebabkan perkataan yang sama jugak.
Dan sampai ke harini, blind and baseless hatred towards the Koreans among toxic malaysians remains unchanged.
Aku nak amik sikit points yang aku ada tulis dekat platform lain sebelum ni. Antara komen yang haters ni cakap, kpop fans taksub melampau bila idols m4ti diorang main lilin syirik meratap segala.
The problem is, SEMUA fans kpop ke main lilin dan meratap2 tu? Kenapa korang terlalu dungu nak pukul rata semua? Berapa kerat je yang buat benda tu and mereka mungkin dah lama bertaubat ke apa.
Plus ramai lagi kpoppers muslim yang masih waras dan sedar perbuatan tu salah. benda tu dah lama berlalu tapi sampai harini diungkit2 dan dijadikan modal murahan untuk menyerang peminat kpop.
Talking about taksub , korang lelaki yang minat bola tu tak ke sama je? Malah lagi teruk pun ada. Berpuak2, sentimen kenegerian sampai bergaduh.
Musim piala dunia, students lelaki masing2 stay up tengok match lewat pagi sampai terlepas subuh esoknya lambat pergi kelas. Eh tak jadi isu pulak? Tak pulak dihukum pentaksub bola ni semua berdosa besarr?
Malah obvious gila kot yang taksub dekat bola ni lagi ramai dan tahap ketaksuban tu jauh lebih teruk.
Bola ni dah lama wujud sebelum Korean wave berlaku. Tapi adakah ia dipersoalkan seteruk mereka yang minat kpop? Tak. Sebab taksub bola ni dah dinormalisasikan. Double standard. Minat bola lebih2 dikira normal. Takde sape nak kecam.
Plus kalau fikir balik tak adil kan nak generalize semua yang minat bola seb****h tu. Sadly the same concept tak diaplikasikan pun when it comes to kpop fans.
Siap ada lagi yang tuduh habis semua artis kpop ni buat plastic surgery. Bukti ada ke tak entah setakat dengar cakap2 orang. Mungkin yang menuduh tu kempunan nak buat sebenarnya since nak tunjuk muka sendiri pun malu dan berselindung disebalik fake accounts letak gambar kucing.
Plus kalau diorang buat betul pun ada effect dekat life korang ke?? Wajar ke jadi alasan untuk membenci diorang?
Lepas baca confession ni andai korang nak cop aku taksub ke apa lantaklah. Aku minat BTS or kumpulan lain sekadar hiburan je.
Aku tak taksub berlebihan dan aku sedar limitations yang ada as a Muslim. Diorang pun tak buat salah apa malah diorang hormat kita as Muslims. Takde sebab pun nak bencikan diorang lebih2.
Tak minat, tak perlu kecam org yang minat. Tak nampak hebat pun malah lagi menampakkan lagi yang toxic malaysians cam korang tu jahil lagi keji and pathetic.
Kalau ada yang rasa isu aku bangkitkan dalam confession ni remeh dan tak relevan, itu petanda yang masyarakat kita sememangnya terlalu tenat bilamana benci membenci dan kutuk mengutuk menjadi tradisi dan normalisasi.
Fikir2kan . Letak diri kita dalam situasi yang serupa andai kita mendapat kutukan cacian hinaan yang sama. Adakah kita suka?
Sekian daripada aku. Maaf atas luahan yang tersangat panjang. Semoga mesejnya sampai kepada kalian. Aamiin. Wassalam.
– Army (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit