Sejak aku baca mengenai anak sulong tersakiti tempoh hari aku jadi terpanggil untuk meluahkan sesuatu berkenaan “toxic parents”.
Kita memang dah sedia maklum ibu bapa wajib dihormati kerana merekalah yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan pengorbanan mereka tiada tandingan. Itu sememangnya tak boleh disangkal lagi kan.
Apa yang aku nak luah dekat sini adalah apa yang aku hadapi dari aku kecil sampai sekarang. Kisah yang aku nak kongsi ni lebih kepada hubungan aku dengan ibu aku.
Aku dengan ibu aku selalu bercanggah, tak boleh duduk dekat lama-lama sebab nanti akan ada je pergaduhan yang akan timbul.
Benda ni buat mental aku terganggu sebab aku jadi terlalu tertekan sampai tahap aku benci diri aku sendiri.
Aku selalu rasa diri aku tak disayangi, aku selalu rasa diri aku malang, teruk, aku sepatutnya mati dah lama dan tak perlu hidup sampai ke hari ini.
Bila aku duduk dekat dengan ibu aku, automatik aku akan rasa segala negative vibes tu datang dekat aku sampai aku lemas dan aku akan automatically rasa self-hate tu tinggi dan membuak-buak.
Aku sering dipanggil anak derhaka kerana sikap aku yang suka memberontak.
Aku tak pernah rasa kasih-sayang seorang ibu macam orang lain yang bila kita ditimpa kesusahan, jatuh sakit, sedih dan sebagainya boleh diluahkan je kepada ibu.
Yang apabila di rumah boleh request masakan kegemaran, yang bila di rumah boleh berbaring di riba ibu untuk bermanja.
Oh jauh sama sekali ye. Aku bersyukur masih mempunyai ibubapa yang menyediakan segalanya dari aku kecil. Dan ye aku masih bersyukur kerana masih dipinjamkan lagi ibu bapa sehingga ke hari ini.
Aku sayang ibu bapa aku. Tapi aku buntu dan aku lemas dengan apa yang aku hadap.
Sewaktu aku kecil, aku sering ditepis apabila aku ingin bermanja dengan ibu aku. Bayangkan seorang kanak-kanak yang masih kecil yang hanya menginginkan kasih-sayang, bermanja dengan ibunya,
Akan tetapi ditepis dengan reaksi muka benci terhadap aku. Masih aku ingat kejadian tu dan masih segar ye dalam kotak memori aku.
Aku faham aku mempunyai adik-adik yang kecil untuk ibu aku berikan perhatian tetapi ini lah kesan hubungan antara aku dengan ibu aku apabila aku dah meningkat dewasa.
Aku berasa kekok untuk bermanja dengannya seperti orang lain. Rasa janggal pulak tu bila duduk berdua je dengan ibu aku.
Oh ya semasa aku kecil aku pernah ditarik rambut oleh ibu aku dan hampir dihentak ke dinding bilik air kerana aku enggan untuk ke sekolah pada waktu itu. Seingat aku pada waktu itu aku berumur dalam 7 tahun.
Mujur ada pembantu rumah yang tolong leraikan pada waktu itu ye kalau tak, aku tak tahu apa nasib aku. Mungkin aku dah selamat dekat alam lain dan tak perlu nak tulis dekat iium confession ni lah hehe.
Aku masih ingat rambut aku ditarik dan direntap dan perasaan sedih masih berbekas sampai ke hari ini. Aku trauma. Lepas pada tu aku heal sendiri pada usia kecil begitu, ye aku heal sendiri.
Aku tak tahu kenapa ibu aku begitu membenci diri aku. Pernah sekali aku call untuk minta tolong dia, pada waktu itu hari yang penting untuk aku dan aku memerlukan support dan semangat tapi sebaliknya. Aku dimarahi dan telefon dimatikan begitu saja. Dia mengatakan aku ni teruk, anak derhaka.
Aku pernah sakit sewaktu dikampung. Waktu itu ada majlis sedara aku dan aku mana lah boleh kawal sakit yang nak datang. Aku hanya mampu terbaring pada waktu itu, sangat tidak disengajakan ya.
Ibuku memandangku dengan pandangan yang marah dan benci seolah-oleh aku buat-buat sakit. Aku redha dan tabah menahan kesakitan yang aku hadap sehingga habis majlis tersebut.
Makcik-makcik yang datang bertanya dan ianya membuatkan ibuku makin berang dan marah terhadap aku. Tapi apa yang aku boleh buat selain terbaring lemah.
Aku ni jenis orang yang suka tengok benda yang cantik. Aku suka cantikkan adik-adik aku. Kalau nampak comot, aku akan betulkan.
Sama juga dengan kawan-kawan aku. Aku suka kemaskan dan hias orang sekeliling aku sampai nampak cantik. Tapi lain pula bila aku lakukan benda yang sama dekat ibu aku.
Dia akan jadi buruk sangka terhadap aku dengan mengatakan “Malu ke dengan ibu macam ni huh? Kamu malu?”
Apa lah salah dan silap aku dengan niat untuk mencantikkan dan bagi nampak kemas itu saja. Kenapa ibu aku sering buruk sangka terhadap aku. My intention was pure.
Hari demi hari aku cuba untuk memperbetulkan hubungan dengan ibu aku tetapi selalu berakhir dengan kegagalan. Aku sentiasa salah dimatanya.
Aku penat, aku sakit jiwa. Aku mengalami kemurungan dalam diam. Perkara yang kecil sering dibesarkan sehingga aku berasa benci akan diri sendiri.
Aku pernah cuba untuk memberi peluang dan membuka ruang untuk ibuku. Ada satu hari aku mengadu tentang sesuatu tapi berakhir dengan kesedihan dan kekecewaan ye. Aku hanya ingin meluah dan bercerita tetapi yang ku dpat hanyalah title anak tak bersyukur dan derhaka :(
Sekarang aku dah jadi takut untuk duduk dekat dengannya untuk bercakap pun aku elakkan kerana aku takut aku sakit. Aku sedang mengalami kemurungan yang teruk. Setiap malam aku akan sakitkan diri aku dan aku sentiasa mahu membunuh diri kerana rasa diri tidak berguna.
Aku diam dan tidak membuat apa-apa pun masih dia mahu mencari salah dan silap. Kenapa perlu ada buruk sangka terhadap aku sedari dulu wahai ibuku?
Anakmu ini hanyalah insan biasa yang dahagakan kasih sayangmu. Sedari aku kecil aku menunggu masa untuk bermanja mesra denganmu kerana dahulu aku memberi ruang untuk adik-adikku yang masih kecil.
Tetapi kini aku tidak boleh duduk dekat denganmu kerana ada saja salah dan silapku. Benci sangatkah kau terhadap diri ini?
– Lisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit