Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika siarkan kisah saya. Sedikit pengenalan diri saya, saya pekerja swasta, awal 30an.
Macam ni, saya memang suka pekerjaan saya. Dapat pulak tempat kerja yang sentiasa ‘happening’ dan kawan2 sekerja yang sporting. Tapi, saya tak suka beberapa hal.
Satu, ada staf senior suka membuli & tahu cari salah staf lain saja.
Dia pasti memburukkan kita di jabatan lain. Padahal, segala kerja dia buat culas, sambil lewa & mengelak buat kerja. Staf lain tiada masalah ‘multitasking’.
Dua, staf senior yang suka mengambil kesempatan ke atas staf wanita. Lebih tepat lagi ‘sexual harassment’.
Tidak kira melalui percakapan atau perbuatan. Perkara ni berulang berkali2 sampai HR dah tahu tapi tetap juga berlaku lagi selepas ‘insaf’ seketika. Hal ini saya pernah marah pada si pelaku.
Tiga, ada staf muda yang tidak boleh ditegur jika buat salah & tidak mengaku jika mendapat aduan, malah kecoh2 di tempat kerja kononnya untuk menyangkal semua aduan tersebut.
Jenis tak amik peduli apa yang dikata orang lain, jenis ikot kepala sendiri (break the work rule) & mengajak staf lain ikot telunjuk dia.
Empat, staf muda suka mengarah2 staf yang dah lama bekerja darinya. Suka bagitahu benda yang staf dah tahu apa yang patut kita buat.
Kadang saya menyampah dengan perangai orang yang macam ni. Anggap yang staf lama seperti tidak tahu apa2. Staf lama yang ada pangkat tak ada pun layan yang macam ni. Pernah staf baru pun dia berani mengarah2.
Lima, staf muda dah buat salah tapi melepaskan tanggungjawab kepada orang lain untuk selesaikan walaupun kite berkeras mintak dia uruskan juga.
Akhirnya, nama orang yang uruskan ‘naik’ di pihak atasan dan secara tak langsung nama jadi ‘busuk’ (pernah berlaku pada saya).
Enam, rakan sekerja ‘friends with benefit’. Jenis kawan suka menumpang kereta tapi tak pernah hulurkan sesen pun.
Balik kerja hari2 nak mintak ditumpangkan, rumah saya dah la jauh dengan jem teruk lagi. Nak pergi tempat lain pun terbatas sebab terkejar waktu selepas menghantar kawan.
Pernah adik saya jatuh sakit, saya selalu bergegas singgah ke hospital lepas waktu bekerja untuk jaga (jalan balik hari2 jem makan masa hampir 2jam nak sampai), itupun ada tahan saya nak menumpang tanpa rasa serba salah? Mana letak ‘common sense’?
Tujuh, sebahagian kelompok rakan sekerja kuat mengutuk tak kira secara fizikal dan lain2 seperti kutuk wajah, bagi gelaran yang dianggap kelakar, cerita keburukan seolah2 sangat membenci.
Semua perkara boleh buat gurauan bagi mereka tanpa fikir isu sentitif yang boleh mengguriskan perasaan orang yang dikutuk walaupun berupa gurauan. Bagi saya kadang2 melampau jugak.
Lapan, ada staf ingin menutup rasa bersalah dan apa2 kesalahan dia, dia cerita kat sesiapa saja cerita yang ditokok tambah supaya orang tak nampak yang sebenarnya dia lah punca.
Ni pernah kantoi. Pernah dia cerita tapi saya pelik dengan jalan cerita sebab tak logik. Tapi bila beberapa bulan lepas tu, staf lain cerita bagi warning kat saya, hati2 dengan si dia sebab si dia suka bawak ‘mulut’.
Dua2 staf ni masing2 warning saya jangan percaya antara mereka berdua sampai saya tak tahu mana nak percaya.
Sembilan, ada staf seolah2 suka melagakan sesama staf sendiri dengan buat cerita yang tidak sahih & perkara kecil serta remeh temeh diperbesarkan.
Ada yang suka kita dimarah oleh orang atasan dan suka kesalahan kita orang lain tahu supaya orang nampak keburukan kita di mata mereka.
Mereka yang ‘toxic’ ni saya buat seperti biasa tapi kurangkan dah bergaul dgn mereka serta elakkan duduk berkelompok. Biasanya, berdua dan berkelompok ni ada je benda nak bercerita, mengutuk. Jadi saya elakkan perlahan2.
Biasa bila diorang kutuk seseorang itu, saya tak mengikut sekali sebab saya kesian dengan mangsa kutukan tu dan saya pernah ada sejarah kena buli masa sekolah jadi saya paham situasi tersebut sangat tak patut.
Dari segi komunikasi saya tak ada masalah dengan mereka sebab kami macam keluarga, rapat tapi ada beberapa perkara tadi saya tak berapa berkenan.
Saya pernah tegur secara baik tapi tak makan saman. Dan saya tahu sebenarnya diorg ada kutuk saya tapi saya tak nak amik tahu nanti sakit hati pulak, huhu.
Saya pasti mana2 tempat kerja pasti ada salah satu perkara di atas. Itu saja dari saya. Terima kasih admin sudi siarkan.
– HaruBiru (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit