Assalamualaikum, saya nak cerita pasal relay saya yang toxic sebenarnya adalah saya. Sejujurnya saya tahu bahawasanya sayalah yang mempunyai personality yang toxic, so sebelum korang attack saya, saya benarkan.
Cerita dia bila kawan-kawan semua sekeliling saya dah ada partner kecuali saya. Sebab saya tak berminat pun bercintan-cintun ni. Perasaan suka tu susah untuk saya hadirkan.
Sampai lah ada seseorang lelaki ni which is kawan saya minat dekat saya. Tapi saya kena tolak dia, kenapa? Sebab dia adalah boyfriend kawan baik saya.
Saya ni tak lah jahat sangat, saya ni bukan penyondol, kalau kena pilih kawan perempuan atau lelaki saya akan pilih kawan perempuan saya sebab they are too precious to me.
Saya ni ada trust issues so saya tak ramai kawan, saya cuma ada kawan yang betul-betul ada dengan saya tak kira keadaan apa sekali pun. Saya jugak bukan jenis welcoming people, saya akan betul-betul pilih orang tu.
So nak dipendekkan cerita saya nak lari dari lelaki ni (boyfriend kawan saya), dan saya ada sorang lagi kawan lelaki saya nama kan dia W, yang tak begitu rapat cuma saya kenal dia dari games, dia gamer dan satu kuliah jugak, kami kenal memalui program kuliah ni.
Saya rapat dengan dia just secara virtual, boleh dikatakan hari2 ws dia, dia pun selalu luahkan masalah dia pada saya in relay, family and so.
Kami berkawan dalam 3 tahun? Then after dia break dengan gf dia, dia pun dah confess ke saya, cuma saya memang takde apa-apa perasaan pada dia dan anggap dia kawan je memang tak lebih, saya memang tak tertarik langsunglah.
Saya terima dia? Ye saya terima dia, tapi bukan sebab suka, sebab saya nak larikan diri dari boyfriend orang. Saya ingat mungkin “boyfriend orang tu” tak kacau saya dah kalau saya ada boyfriend.
So saya dalam relationship dengan W ni saya cuba untuk hadirkan perasaan tu, tapi saya tak mampu. Saya tipu dia jugak bila dia tanya saya, saya start suka dia bila and so. Saya tipu.
Tapi pada masa yang sama saya ber”couple” dengan dia adalah sebab saya curious kenapa lah orang suka sangat duk bercouple ni. Saya cuba cari apa menariknya ber”couple” ni dari dia tapi saya tak jumpa. Senang cakap lah saya buat dia sebagai tikus makmal saya.
Saya buat macam mana kawan-kawan saya layan boyfriend diorang, saya tiru, saya ikhlas? Tak. Saya balas kata-kata manis dia walaupun saya tak maksudkan pun. Apa orang cakap feeling butterflies? Tak pernah. Saya tak pernah rasa macam tu.
Saya kata saya sayang dia hari-hari tapi sebenarnya sikit rasa sayang, simpati atau empathy atau suka pun saya takde. Jahat kan? Saya tahu. Saya tengok reaction dia bila saya layan dia macam tu, reaction dia agak membosankan. So saya tak tahu apa yang menariknya berpasangan ni.
Saya rasa masa saya bersama dia ni dia ambil waktu saya terlampau banyak. Dan terlampau banyak saya membazirkan masa dengan W ni.
Dia ada masalah family, I dont really care. Tapi saya mendengar sebab orang kata pasangan yang baik adalah mempunyai pendengar yang baik. Tapi macam saya cakap saya tak kisah, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Saya curious dengan lelaki, but not in romantic ways, saya cuma curious apa yang lelaki nak atau buat bila bercouple ni. And saya tak rasa pun kesoronokan yang macam orang lain gambarkan. Bosan.
Setiap kali dia cerita masalah saya, perasaan saya makin hilang satu persatu sampai saya takde rasa nak layan dia sebagai pasangan saya, yela bagi saya couple je bukan pasangan yang sah pun.
Setiap kali dia cerita flaws dia pada saya makin saya jauhkan diri dari dia. Tapi saya tak faham kenapa dia boleh bertahan. Saya layan dia sebagai bf mula-mula je tapi saya dah rasa bosan sebab takde apa yang menarik.
Dan saya juga bertahan sampailah dia ajak saya kahwin. Start tu saya rasa something. Something yang membuatkan saya rasa “finally I can stop here”. Lega? atau feel bad? But I dont really rasa teruk. I did layan dia teruk dan saya rasa dia perasan dan rasa macam tu.
Tapi saya tak faham kenapa dia tak cakap apa-apa dan masih nak teruskan. Saya pun teruskan dengan cara saya. Tapi saya tak tahu dia serious sampai nak halalkan saya.
Of course saya tolak, because we were so young back then. Gila ke nak kahwin dalam 21 macam tu, dan saya tak plan pun nak kahwin dengan dia. Saya terus minta break. Tapi pelik, dia propose me but bila saya minta break he just say “okay”.
Effort? macam orang lain cakap. Takde. Saya pun pelik. Selalu orang break akan nangis-nangis, break lah berapa kali after that mesti get back balik. Tapi first time saya minta break then dia just okay. Tak menarik.
Then after a few months dia datang contact saya, dia tak boleh move on. Dia cakap masa in relay dengan saya dia dah buat macam-macam effort untuk bertahan, cuma saya yang tak perasan.
Dia dah cuba lupakan saya tapi dia tak boleh. Dia even still nak contact saya as a friend sebab dia rindu saya. Dia cakap dia cuba bagi saya space mungkin saya lemas dengan dia. Tapi dia pelik sebab saya tak datang cari dia balik. Lah.
Saya abaikan. Sebab after break dengan dia sampai lah setakat ni saya langsung takde apa-apa perasaan dekat dia atau kesiankan dia.
Saya ignore dia hampir bertahun, sampailah tahun lepas dia contact saya dekat insta sebab saya rimas dia asyik kacau saya so saya block no dia. Dia tegur macam biasa. Then saya sedar, saya kesian sebenarnya dengan dia, kenapalah dia jumpa orang macam saya.
Honestly saya ignore dia sebab saya rasa sebersalah. Kalau saya teruskan saya akan bagi dia harapan lagi. Dan saya malu.
Setiap kali saya ingat dia saya rasa teruknyalah aku ni main-mainkan perasaan orang lain. Even perkataan maaf dari saya pun saya tak dapat nak ucapkan dekat dia. Saya tahu saya teruk.
Satu je, saya selalu doakan awak tu dapat partner yang dapat hargai awak sepenuhnya dengan ikhlas. Itu je awak. Minta maaf.
– Calculator (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
hmmmm
bukan nak kata apalah cik adik. dulu abg penah ade gf camni. then after few year baru dapat tau rupa2 nya dia lesxxxx.. well kalau rasa tak tertarik langsung dgn lelaki tu bahaya jugak. gud luck sis
Mcm ni la siss i feel exactly what you mean..couple ni mmg bosan for me its a waste of time unless you nampak sendiri kat dahi partner you yg dia is jodoh you sampai mati then takda la you rasa buang masa ke apa if you all out beriya sume bagai but thats the thing we never know except our Lord The Almighty. So you stop wasting his time and your time for god sake. Why give ppl hope when you already know the answer. Its cruel meh. So if i were you, I’ll be very direct and apologized to him, tell the truth even it is sucks better now then you dragging all these lies, ko mmg la dah tak rasa apa tapi cuba fikir mamat tu punya perasaan. Future notes, you dah tau diri you macam mana stop entertaining other ppl punya feelings if you dont feel the same way. Please treat someone like how you want to be treated. adios
Dik klu ko xrasa nak bercinta jgn mainkan perasaan org. Nanti kifarah kat ko bru ko tau… Pegi la mintak maaf dgn dia, terangkan benda sebenar… Tp sbnrnya ko ni ego je… Actually boleh je klu ko nak bukak hati tu… Tp ko pilih utk xnak bkk…