Sebenarnya aku tak nak tulis pasal ni sebab benda kecil je pun kan tapi bila dah selalu nampak jadi rimas dan menyampah pun ada.
Kisahnya begini, macam biasa ada masanya aku akan scroll facebook untuk tengok isu semasa, cerita menarik dan quotes macam tu tapi dah beberapa kali post seseorang ni asyik muncul di facebook aku.
Dah macam iklan pula sebab asyik ada je walaupun aku tak like dan tak follow dia. Aku siap click remove tapi asyik ada juga.
Aku rasa mungkin sebab ada public figure yang aku follow tu komen dekat post dia sebab tu post dia tu timbul.
Apa yang aku tak suka tentang dia ni ialah kerana post dia terlampau positive. Banyaklah follower dia yang sokong apa yang dia tulis tu.
Apa yang dia tulis tu sebenarnya tak salah seratus peratus tapi banyak kearah toxic positivity.
Dia tak habis2 asyik bagi kata2 semangat macam “boleh buat”, “mesti berusaha”, “jangan cepat mengalah” dan banyak lagilah.
Sekali baca memang tak nampak toxicnya di mana tapi kalau dah hayati baru nampak nanti.
Dia tu seorang penulis/ pakar motivasi dan pengurus/ pemilik yang bisnes.
Dia banyak tolong orang2 yang tak bernasib baik macam ibu tunggal, suri rumah, orang yang kurang pendapatan, budak2 baru habis spm macam tu.
Aku tak nafikan yang niat dia baik cuma gaya dia tak berapa sesuai.
Setiap kali dia tulis walaupun dia kata yang dia tak pukul rata tapi selalu kearah generalisasi.
Setiap apa yang dia tulis, dia tak pernah nak titik beratkan sama ada seseorang tu ada penyakit ke tidak, ada sakit mental ke tidak, ada masalah psikologi ke tidak.
Benda2 macam tu yang aku amat tak suka setiap kali terbaca post dia yang lalu dekat facebook aku tanpa aku follow dia. Follower2 dia pun ramai suka komen dan condem secara generalisasi ni.
Dia selalu akan tulis kata2 semangat dan ‘positive/ toxic positivity’ di bahagian bawah post dia.
Antara kata2 dia yang famous ialah “kawan2, kita jangan asyik memandang kepada perkara yang negatif. Lalat akan nampak bangkai/ tahi”.
Macam yang aku tulis atas tadi, aku dah katakan yang kata2 dan penulisan dia tu tak salah tetapi terlampau positive.
Bagi aku, bidang dia yang sebenarnya ialah business jadinya dia patut tumpu ke business. Tak perlulah tulis kata2/ bait2 yang melambangkan psikologi seolah2 dia tu pakar motivasi.
Dia mungkin tak sedarlah apa yang dia tulis tu kan.
Follower dia ramai. Tak semua orang akan sokong dia malah mungkin ada yang akan terkesan sebab gaya dia tulis macam mudah.
Dia jarang nak tulis kesusahan dia atas dasar tak nak ‘mengecam’ orang dan nak lupakan yang negative tapi sebagai seseorang yang nak ajak orang lain kearah kejayaan,
Dia patut tulis jatuh bangun dia bukannya tulis perjalanan kedepan dia semata2.
Dia tak patut tutup realiti dan pengalaman silam dia yang dulunya tu.
Tahu tak berapa ramai orang yang mengalami masalah mental dan psikologi macam anxiety dan depression?
Betapa susahnya orang macam ni untuk jalani kehidupan harian apatah lagi nak kawal diri untuk sentiasa ‘positive’, ‘sabar’, ‘memaafkan’, ‘usaha’ dan sebagainya.
Aku rasa sudah tiba masanya untuk dia ubah ‘content’ dia supaya boleh diterima oleh pelbagai umum sebabnya dia sendiri kata yang dia mengajar orang untuk tulis content.
Bagi aku, kalau dia bukan pakar psikologi dan seangkatan dengannya atapun survival mental health, dia perlu berhati2 bila tulis sesuatu content tu.
– – (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit