Aku di penghujung usia 20 tahun. Beberapa bulan lagi akan masuk ke umur 30 tahun. Dan aku masih single.
Kawan-kawan dan adik beradik aku semuanya dah kahwin dan masing-masing dah ada anak. Sampai aku malu nak jumpa dengan diorang setiap kali ada perjumpaan. Makanya, aku akan elak untuk berjumpa.
Satu hari aku ada berkenalan dengan seorang lelaki dari rumah dating yang terkemuka. Sebab aku rasa sunyi dan tengok kawan aku yang lain jumpa jodoh dari media sosial.
Aku berkenalan dengan Z (bukan nama sebenar) seorang duda umur 30 ke atas.
Dia gemuk. Dan pakai kereta H. Aku tak kisah semua tu, sebab bagi aku asal dia baik sudah lah.
Kami berjumpa dan berhubung, sampailah satu hari ni aku cakap dengan dia kalau serius datang jumpa mak dan ayah aku.
Dia datang dan jumpa dekat kedai makan. Aku gembira sangat waktu tu. Lepas tu dia cakap kat aku suruh jumpa keluarga dia pulak sebab dia dah jumpa keluarga aku.
Jadi, aku pun jumpa. Borak dekat rumah dia dan makan.
Lepas tu aku dapat tahu yang dia ada penyakit anxiety dan ambil ubat selama 10 tahun lebih.
Aku mulanya terkejut. Tapi sebab waktu tu aku dah penat nak cari yang lain, so aku terima je. Aku percaya dia akan sembuh. Kami pun bincang. Dia kata dia ada beli rumah. Aku pun okey lah. Dah excited.
Tiba-tiba dia cakap dia tak nak duduk rumah tu lepas kahwin sebab bulanan rumah tu 1.2k. Dia lagi prefer duduk rumah flat (which is rumah tu mak dia punya dan tengah sewakan ke abang dia) sebab bulanan dalam 600 lebih.
Aku jadi terkejut. Lepas tu aku cakap kenapa beli rumah kalau tak nak duduk? Alasan dia sebab beli untuk ex-wife dia dan takut teringat kat ex-wife dia.
Waktu ni aku dah fikir dia ni macam budak-budak. Dan dia kata kalau aku nak juga duduk rumah tu aku kena bayar jugak.
Lepas tu dia kata dia tak mampu nak bayar bulanan banyak macam tu sebab kereta ‘H’ dia 1k setiap bulan. Dia mintak aku jual kereta aku (Axia) untuk kurangkan kos lepas kahwin dan pakai kereta dia.
(Yang ni bagi aku dah red flag sebab dia yang banyak hutang tapi suruh aku yang jual kereta aku which is memang aku pakai hari2 pergi kerja.). Tapi aku masih bersabar dan tahan.
Dalam hati aku fikir, takpe. Mungkin ujian nak kahwin macam ni dan aku cuba fikir macam mana nak kurangkan kos dia.
Aku pun cari mana2 rumah sewa yang kena dengan apa yang dia mampu nak bayar. Kat KL paling murah dalam RM800. Itu pun nasib je kalau dapat waktu zaman inflasi ni.
Dia nak tunjuk slip gaji kat aku, tapi aku tolak. Aku pun tak tahu kenapa aku tolak untuk tengok. Mungkin aku pun tak ready kut nak tengok hutang dia yang selambak waktu tu.
Kemuncaknya bila aku kami bergaduh dan dia play victim. Aku cakap yang aku rasa ‘bodoh’ sangat sebab macam aku yang beriya-iya nak kahwin dan aku dah beli baju kahwin awal sebab waktu tu ada sale.
Dan dia balas, yang aku cakap dia ‘bodoh’. Lepastu aku terangkan yang aku tak bermaksud nak cakap bodoh ke dia dan etc.
Tapi dia masih nak cakap yang aku maki dan sila maki dia dengan lebih lagi. Terus aku terdiam. Kat sini aku dah nampak ciri-ciri narsistik dia dalam perbualan.
Lepas beberapa hari, aku tunggu kalau2 dia nak minta maaf, tapi satu perkataan pun tak. Telefon pun tidak.
Ada satu kali aku buat dia marah, berkali-kali aku telefon dia hanya untuk minta maaf which is dia tak angkat pun.
Pernah banyak kali aku tanya tentang kahwin dan macam mana, tapi dia kerap kata takde duit dan beri bermacam2 alasan.
Satu hari ni aku tanya dia cara nak guna Ipad sebab aku first time user, dan esoknya dia pergi beli Ipad.
Tapi bila bincang tentang hal kahwin, ayat yang keluar dari mulut dia, takde duit. Always takde duit. (Actually dah banyak red flag, tapi aku buat tak endah. Sebab bagi aku, boleh tahan lagi dan percaya dia akan berubah).
Btw, Z ni sangat soft spoken ye. Sekali kenal, memang takkan sangka dia akan play victim dan guna ayat untuk meyakinkan kau yang dia sentiasa menjadi mangsa dalam mana-mana keadaan pun. Jadi kita akan rasa serba salah dan terus minta maaf.
Berbalik lepas kami bergaduh tadi, aku dah rasa tak boleh go. Dia pun tak mesej aku dan aku pun tak mesej dia. Berminggu-minggu. Sampai raya haji, aku pun mesej ucap selamat hari raya dan aku minta maaf.
Adalah ayat aku tu dah tak berapa ingat something macam ‘Selamat hari raya dan saya minta maaf sepanjang kenal etc’ Macam tulah. Yang ni aku memang tak ingat. Dan dia balas ‘terima kasih atas ucapan.’ Itu aje.
So kat sini aku rasa dia pun dah tahu yang hubungan kami takkan ke mana. Cuma dia takut nak putuskan, jadi dia tunggu aku buat first move.
Aku pulangkan semula duit yang pernah dia bagi RM500 katanya duit kahwin, tapi aku rasa duit tu sekadar nak ikat aku sahaja.
Sebab bila aku cakap aku nak pulangkan duit, dia kata kalau RM500 tu dipulangkan maksudnya aku dengan dia dah takde apa2. Dan aku pulangkan.
Aku menangis. Sedih sangat. (Waktu tu tapi sekarang dah move on) Orang lain kahwin di penghujung usia 20 an, tapi aku putus di umur sekarang.
Sekarang aku jadi trauma nak berkenalan dengan sesiapa disebabkan aku takut untuk berjumpa dengan lelaki yang mulut sangat manis, pijak semut tak mati, slow talk, very soft spoken, tapi ambil kesempatan dengan diri aku yang tinggi dengan nilai empati dan simpati.
Betapa traumanya aku, setiap kali aku doa, aku akan berdoa supaya jauhkan aku dari lelaki yang macam Z. Jangan golongkan suami aku dari lelaki yang perangai macam Z. Sampai macam tu aku doa. Sedangkan dia ada je sisi yang baik.
Aku nak sangat berumah tangga, jumpa orang baru, berkenalan dengan orang baru, pasang impian untuk jadi isteri dan ibu kepada bakal anak-anak aku, tapi apa yang dah jadi buat aku sangat was-was. Ragu-ragu dengan diri sendiri.
Lepas jadi ni, aku delete semua akaun media sosial aku dan platform yang rumah pink. Aku tahu ujian aku tak seberapa kalau nak banding dengan orang lain yang lagi teruk, tapi bagi aku yang ni memang jadi satu pengajaran yang hebat buat aku.
Hari-hari aku doa supaya ditemukan dengan lelaki yang soleh dan bertanggungjawab. Yang bukan macam Z.
Bagi aku Z bukan lelaki yang bertanggungjawab. Hanya nak tumpang kesenangan aku tapi tak nak berusaha untuk dapatkan aku. Bagi dia, duit aku duit dia.
Dan sekarang, aku masih single. Dan sunyi. Setiap malam aku akan menangis bila fikir yang aku seorang diri. Rasa tu, perit sangat.
Group wasap famili aku pun penuh dengan gambar adik-adik beradik aku dengan anak-anak mereka yang comel.
Tapi aku, sendu. Aku trauma sampai satu tahap aku fikir yang aku tak patut dah pasang impian macam tu. Aku tak layak nak ada title isteri atau ibu. Mungkin rezeki aku ke arah yang lain. Entahlah.
Aku harap satu hari nanti aku akan move on dari trauma ni.
Untuk korang yang baca dan fikir apa yang aku lalui ni, sikit punya hal. Takpe. Aku tak salahkan pun. Lain orang lain ujian. Cuma doakan yang baik-baik je untuk aku.
– Ameeda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit