Traditional Masculinity vs Modern Masculinity

Salam semua. Usia perkahwinan aku baru jejak 5 tahun. Anak baru seorang.

Sambil suami aku tengah pakaikan baju anak aku, mak aku buka mulut – bapak kau dulu mana ada nak siapkan anak.

Nada mak aku ala bergurau dan bersahaja je. Aku pun sama2 gelak kecil.

Aku tahu mak aku bahagia bersama ayah aku sebab dah tua2 pun mereka berdua masih sweet bersayang ber-darling depan cucu.

Cuma cara ayah aku sayang keluarganya berlainan dengan suami aku.

Benda ni buat aku terfikir tajuk di atas.

Ayah aku dulu tak pernah buat kerja macam masak, cebok anak atau kemas rumah. Tapi ayah aku pandai bertukang.

Ada sekali mak aku kata seronok jiran sebelah dapat dapur besar, esok pagi dah dengar ayah aku tengah pecahkan dinding sebab nak sambung dapur untuk mak aku.

Ada satu kejadian, mak aku terjatuh dalam bilik air sebab mozek lama dah licin kata mak aku. Esok pagi ayah aku dah ready nak pecahkan mozek lama dan nak pasang mozek baru ye.

Semua benda yang perlu tukang dalam rumah tu ayah aku buat sendiri. Sweet tak ayah aku. Ayah aku sweet dengan cara sendiri.

Lain pula dengan suami aku. Suami aku pun sweet dengan cara dia.

Pagi2 suami aku akan ke pasar beli barang basah seawal 4 pagi di hari cuti. Dia sendiri pilih lauk mentah apa dia nak, banyak mana dia nak beli. Aku ikut je.

Balik rumah suami aku akan siang semua dan pack dalam bekas untuk masuk dalam peti ais. Suami aku juga potong bawang siap2 letak dalam peti ais.

Tugas aku hanya memasak menu yang sesuai dengan barang basah suami aku beli.

Sambil aku masak breakfast, suami aku yang urus anak dari mandikan anak sampai pakaikan bedak dan dandan rambut anak. Lepas tu kami makan sama2.

Siap makan, suami aku yang akan basuh semua benda dalam sinki.

Masa aku main dengan anak suami aku basuh dan jemur baju, vacuum satu rumah dan kemas apa yang perlu.

Masuk waktu lunch pun sama, sambil aku masak suami aku main dengan anak lepas tu kami sama2 makan. Lepas makan suami yang kemas dapur.

Lelaki ni nampak maskulin di mata AKU bila mereka buat apa yang mereka mampu buat dengan kudrat mereka ada dan kita orang perempuan kena terima la setakat mana kudrat suami kita.

– Kinah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. alhamdulillah, syukur. atas kurniaan nikmat itu.
    hargailah apa yang ada di depan mata sementara ia masih ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *