Terima kasih admin andainya sudi siarkan confession ni.
Harini 17 Ramadhan.Entah tragedi atau bahan jenaka.Rambo tak kelihatan pun.Aku pun tak perasan Rambo takda.Aku di dapur siapkan kain yang baru dibasuh. Tiba-tiba abah panggil mintak tolong tengokkan kucing kat tingkat atas.
Rupanya Rambo.Rambo tersepit di celah-celah kayu di antara syiling bumbung rumah.Aku cuba untuk tarik Rambo tapi tak dapat.Badan Rambo tersepit.Rambo sakit.Ketika aku tarik Rambo meronta kuat untuk lepaskan badan tapi masih tak dapat.Aku tahu Rambo sakit.
Mata Rambo seperti ada air mata.Setiap kali aku cuba tarik dia mengiau kuat.Bukan mengiau yang biasa tapi memang suara dia sudah tidak tahan dengan kesakitan tu.Kerana sakit tu Rambo gigit tangan aku.Sampai melekat gigi Rambo di tangan aku.Tangan aku berdarah.Sakit tapi mungkin tak sesakit badan Rambo yang tersepit.
Cubaan demi cubaan untuk lepaskan Rambo tak berjaya hingga terpaksa kami telefon Jabatan Pertahanan Awam.
Ya Allah seksanya bila tengok Rambo.Aku pegang Rambo untuk tak biarkan badan Rambo tergantung.Takut Rambo lagi sakit.Mata Rambo merenung aku seakan ingin beritahu Rambo dalam kesakitan.Aku tak sedar mata aku menangis.Rambo meronta lagi kali ni sampai Rambo terkencing.Tangan kanan aku pula digigit.Berdarah lagi tapi aku tak rasa kesakitan tu.Aku tahu Rambo lagi sakit.
Ya Allah Kau kurangkan sakit Rambo. Kuatkanlah dia untuk bertahan sekejap. Hari panas. Lidah Rambo sampai terjelir sebab panas sangat. Aku pun sampai bermandi peluh pegang Rambo.Mak dan adik naik atas kipaskan Rambo.Rambo nampak tenang sikit tapi lidah Rambo masih terjelir. Rambo dah kurang meronta mungkin sudah penat sangat dan panas.
10minit kemudian JPA sampai.10minit yang sangat menyeksakan bagi Rambo.Tak sampai 5minit dah selesai.4 orang anggota JPA tolong angkat kayu bumbung kat tempat Rambo tersepit. Alhamdulillah Rambo dah selamat. Tapi Rambo masuk balik dalam syiling mungkin sebab takut.Tapi aku lega sebab Rambo dah selamat.Terima kasih #JabatanPertahananAwam sebab tolong Rambo.Mungkin nampak remeh kes ni tapi apabila dah terkena baru aku tahu ia tak seremeh yang aku sangka.
Pihak JPA dah balik.Masa aku letak minyak kat tangan, Rambo turun datang kat aku.Aku peluk Rambo.Aku bawak Rambo ke bilik air,mandikan Rambo sebab ekor Rambo penuh dengan najis.Habis mandi lap badan Rambo dan biarkan dia jilat badan dia.
Itulah kali pertama jadi benda macam ni.Entah nak gelak atau kesian.Sama banyak ja perasaan nak gelak atau kesian.Tak apa lah yang penting Rambo dah selamat.
– Pencinta Kucing
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit