Trained Introvert

Assalamualaikum.. memandangkan sekarang ni musim orang bercerita fasal personality introvert dan kebanyakkannya amatlah negative jadi aku pun rasa terpanggil nak membetulkan sedikit salah faham masyarakat tentang orang introvert dan sedikit tips untuk introvert berlagak seperti extrovert.

Sedikit penjelasan, kami orang introvert tak sombong dan sebenarnya tak serious mana pun. Walaupun luaran nampak garang, tapi kami berhati mulia.. orang introvert nie boleh diibaratkan dengan gelas yang kecil, extrovert pula gelas yang besar. Air yang nak dituang dalam gelas tu pula kita ibaratkan sebagai interaksi sosial.

Jadinya, bila kita tuang air dalam gelas kecil, gelas cepat penuh. Dah tak dapat nak menampung air. Samalah dengan orang introvert. Interaction yang sikit-sikit boleh, tapi jangan banyak-banyak dan lama. Sebab orang introvert tak dapat nak tampung semua interaction tu.

Aku X, seorang guru dan seorang introvert tegar. Kenapa aku cakap aku introvert tegar? Sebab aku bukan sekadar introvert tapi aku ada satu penyakit pemalu dan penakut dengan orang tahap gaban. Cuba bayangkan, dah laa tak suka bersosial pemalu, penakut pulak tu. Nak bercakap dengan orang suara aku menggeletar dan selalunya tiada eye contact yang lama.

Macam mana aku boleh jadi cikgu pun aku tak tahu. Beberapa tahun dulu, bila sampai pintu pagar sekolah sahaja, perut aku akan memulas dan meragam. Dan aku tahu semua tu sebab aku membayangkan situasi berhadapan dan berinteraksi dengan orang yang teramatlah ramai disekolah.

Tapi, semua itu dulu. Aku sekarang dah belajar untuk jadi ‘trained introvert’. Sesiapa yang follow Aida Azlin mesti ada baca kat ig story dia. Aku pun boleh di consider kan sebagai seorang ‘trained introvert’ (TI) aka introvert terlatih.

Nak jadi TI nie memerlukan praktis dan masa bergantung kepada individu. Aku still sama, suka duduk sendiri kurang interaction tapi bila aku tahu yang aku kena keluar kerja ke, kenduri ke atau mana-mana yang akan menyebabkan aku kena berhadapan dengan orang ramai untuk satu tempoh masa aku akan set minda aku untuk berlagak extrovert.

Memang bukan mudah, macam aku cakap tadi, perlukan praktis dan masa. Setiap hari, aku akan cari masa sekejap untuk rehatkan diri sorang-sorang dalam waktu senggang antara kelas. Kadang aku pergi library ke, surau ke etc untuk kekalkan kewarasan aku sepanjang hari.

Nak jadi TI, pertama sekali yang kena buat kat public ialah senyum. Kalau tak mampu senyum tolonglah sengih tak kisahlah orang nak kata kerang busuk ke apa. Yang penting senyum. Kalau risau orang tak balas senyum tu, buang risau jauh-jauh, biaq pi kat depa. Sebab bila kita senyum, automatik kita akan brighten up someone’s day if not our day.

Secondly, nak jadi TI kita kena fake it till make it! Yang nie mantra aku dari dulu. Macam ada confessor tu cakap dia tak mampu nak gelak2 dengan officemate dia dah sebab dia rasa macam pura-pura. Tak apa, pura-pura je dulu, lama-lama nanti mesti kita gelak betul-betul. Kalau lah sampai suatu masa pun still rasa pura-pura, tak apa la.. there’s no harm in faking laugh and making others happy kan.. at least kita tak adalah rasa left out.

Lastly, compliment. Puji. Manusia nie sukakan puji pujian.. Memang tak elok kalau kita puji melampau melambung2. Sederhanalah dalam memuji tapi jangan tak puji langsung. Dan make sure yang kita puji tu sesuai.

Contohnya, kalau kulit dia halus mulus, kita pujilah ‘cantiklah kulit akak’.. lepas tu bolehla sambung ‘akak pakai produk apa?’ Haaa.. itu contoh.. satu soalan boleh bawa ke soalan-soalan yang lain. Barulah nampak ala-ala extrovert gitu.

Yang nie memang sangat penting sebab sebelum kita pikat minda dia, kita kena pikat hati dia dulu. Ye la, suatu hari nanti kalau kita ada hal nak minta tolong pada akak tu, at least akak tu tahu yang kita ni sebenarnya baik je even macam pendiam sikit, bukannya sombong.

Aku doakan semua orang yang ada introvert personality jangan cepat down. Kita tak perlu pun ubah diri kita jadi extrovert, bukan semua extrovert tu bagus. Tapi, kita boleh ubah diri kita untuk sesuaikan dengan sekeliling kita supaya kita sendiri tak stress. Macam chameleon la. Boleh tukar-tukar warna. Kita boleh train diri kita.. Sebab hidup ni life long learning. Chayokkk..

– Sis X (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *