Transgender Tak Jadi

Assalammualaikum para pembaca, pengomen IIUMC, dan sekiranya admin luluskan luahan ini. Terima kasih sangat2.

Sebelum2 ni dah hantar banyak jenis confession dan rasa admin pun perasan sebab hantar luahan pun pakai email, kan? Maaf admin, sebab ni bukan kisah dongeng. Ni kisah benar dari fragment a.k.a cebisan memori hidup aku.

Moga2 ni jadi pengajaran buat semua.

Aku perempuan, umur 20an +++ . Tak kahwin.

Aku pernah berkeinginan nak jadi transgender a.k.a tukar jantina sejak aku kecik lagi. Dalam umur 5 tahun gitu.

Aku ada adik beradik lelaki yang ramai, sorang je kakak perempuan. Beza umur aku dengan dia 20 tahun ++ , jadi masa aku baby dia dah kahwin. So kami tak rapat.

Kenapa tak rapat? Dia tak suka aku. Sebab mak aku dapat aku masa umur 40 an. Doktor suruh gugur sebab mak aku ada penyakit, takut aku lahir cacat. Tapi mak aku pertahankan jugak nak aku lahir. Akhirnya, aku lahir dan sempurna. Sihat wal afiat.

Jadi, aku membesar dengan adik-beradik lelaki aku. Umur kami nak dekat2. Jadi faham2 jela kan, aku main tak macam budak perempuan. Aku main pedang, pistol, golf, kereta dan sebagainya. Pakai baju pun baju berseluar dan jarang sangat la nak pakai skirt ke dress ke, dan aku tak suka dandankan rambut aku dan mak aku kata rambut aku macam rambut budak lelaki, tak boleh didandan. Tak cantik.

Aku biasa pakai baju lelaki bila aku besar sikit, baju adik-beradik lelaki aku diturunkan ke aku. Maksudnya sambung pakai. Aku pun tak kisah tak dapat baju baru, asalkan baju tu selesa. Aku sauk je. Lagipun baju-t memang feveret aku la. Selesa. Senang pakai, nak lari ke lompat ke, tak akan menjadi halangan~ (macam iklan M*** pulak..)

Aku main macam budak lelaki. Panjat pokok, redah longkang dan parit, tangkap berudu, main askar2 , baling batu, main gasing, main layang2..

Aku kecik2 takde kawan sangat, aku biasa ikut adik beradik lelaki aku la main dengan kawan2 dia dan bila besar sikit, kawan2 aku pun banyak lelaki.

Jadi, cara aku pakai, bertindak, bercakap macam budak lelaki. Hatta jalan pun macam budak lelaki. Orang lelaki kalau berjalan nampak macho, kan? Aku perempuan, macam lelaki.. Boleh bayang tak betapa hodohnya cara aku jalan? *tepuk dahi* *geleng kepala*

Pokoknya, bukan gadis idaman mana2 lelaki beriman a.k.a gadis syurga la. Hodoh!

So, masa kecik, aku selalu kena marah sebab cara aku yang kasar tu, gurauan aku atau cara aku berjalan bertindak macam lelaki. Family aku risau. Tapi ini lah masalahnya, diorang buat aku keliru.

Nak aku jadi perempuan, tapi layan aku macam anak jantan jugak. Gurau kasar tak ingat, cakap kasar2 , bagi aku tengok kartun apa? Ultraman, power rangers. Bila aku nak tengok Barbie ke Teletubies ke, tak bagi. Terpaksa aku lari ke rumah kawan perempuan aku nak tengok semua tu.

Belajar nak pakai cantik sikit, ala2 berbedak ke bermekap ke, maki tak ingat. Kata aku budak tak sedar diri. Adoi! Hodoh sangat ke aku?

Lepastu aku dapat anak sedara la, perempuan. Diaorang punya tatang grooming dia macam perempuan sejati. Bila aku nak apa yang macam anak sedara aku punya, dress cantik, kasut cantik, ada bedak sendiri, klip rambut. Maki dapat. Weh.. Maki..

Macam seolah aku kena jadi buruk. Budak tu kena jadi cantik. Membesar aku macam cerita dongeng orang putih. Mana tak jadi jeles aku dibuatnya.

Aku perempuan tapi dilayan macam lelaki dan disuruh jadi perempuan?

Akhirnya, aku dalam diam, ada cita2 nak tukar jantina. Bukan jantina je. Agama sekali. Fuh..dahsyat tak aku? Masa aku fikir nak tukar agama ni, masa aku 9 tahun.

Aku ingat lagi, ustazah aku kat sekolah agama cakap. Islam itu gaya hidup. Orang yang tak jadikan Islam sebagai gaya hidup, tanda dia tak suka dengan Islam. Gaya hidup maksudnya, perbuatan biasa sehari2.

Maka, sebagai budak. Aku perhatikan keluarga aku. Solat celam celup. Suka hati dioranglah kecuali mak aku. Solat full all the time. Nak imam solat? Jarang sekali. Bergaduh? Selalu. Lebih suka menyanyi dari mengaji. Main perempuan? Ada sorang perangai macam tu. *pening kepala aku*

Aku cuba cari satu agama yang compatible dengan perangai keluarga aku ni, dan aku jumpa— Kristian. Itupun aku tengok kat tv dan dvd/cd orang puteh yang adik beradik lelaki aku beli.

So, kesimpulan otak budak aku ingat family aku suka jadi Kristian dari Islam. Maka, kebodohan telah terjadi.

Aku cakap kat mak aku dan seisi keluarga aku, aku nak tukar agama jadi Kristian. Satu penampar sampai tersungkur ke lantai aku dapat dari mak aku. Sakit beb! Sampai sekarang kalau ingat, masih terasa sakit. Pijar pipi aku. Airmata pun mengalir. Adik beradik lelaki aku, tengok aku macam nak telan aku hidup2. Kaki memasing dah ready nak pijak aku berjemaah. Buat pertama kali, mak aku kata aku bukan anak dia lagi. Pengalaman sadis untuk budak umur 9 tahun.

Bila ditanya kenapa nak tukar agama? Aku kata, gaya hidup kita macam orang Kristian bukan orang Islam. Orang Islam, gaya hidup bukan macam ni!

Pang! Satu penampar lagi sampai pada pipi aku sebab aku tinggi suara kat mak aku. Perghh! Sakit!

Aku tahu masa tu, family aku tak boleh terima langsung apa aku cakap. Diorang paksa aku syahadah balik dan diorang taknak dengar aku cakap pasal hal tu lagi. So, aku diamkan aje sejak dari peristiwa tu. Aku biar je family aku hancur dan dalam masa yang sama, aku pun hancur. Aku zip mulut aku dari cakap apa2 lagi. Lantaklah kau nak jadi apa. Aku belajar agama bukan lagi atas dasar nak mendalami, hanya sekadar skor atas kertas, itupun tak berapa nak skor. Aku tak suka nak mengaji walaupun mak aku hantar aku pada 3 orang guru mengaji. 3! Dan aku ambil masa lebih dari 10 tahun untuk khatam AlQuran, tanpa faham makna. Baca saja.
Aku dah takde hati.

Umur aku 13 tahun, makin membuak perasaan nak tukar jantina. Aku jeles tengok lelaki tak payah pakai tudung, boleh pakai seluar panjang dan bila panas, diorang boleh lipat lengan panjang tu jadi pendek, paling best diorang bukak butang baju diorang sampai nampak baju t kat dalam dan diorang kipas diri diorang bawah kipas sambil tersenyum lega. Boleh main lari2. Main bola dan main bola takraw dalam kelas. Jeles tersangat aku.

Jadi perempuan susah, kena pakai tudung dan aku ni pulak cepat peluh dan tersangat banyak peluh dan aku benci nak lipat tudung aku bagi berbentuk cantik. Asyik tak menjadi je. Selalu kena ejek muka macam ‘opah2’ je. Huduh.

Pakai lengan panjang tak boleh selak2. Nak pakai kain sekolah tu, dalam tu kena pakai seluar panjang, kalau tak, satu kaki aku akan kena ruam. Pakai singlet pun aku pakai singlet lelaki. Singlet adik beradik lelaki aku. Aku rembat diorang punya.

Singlet perempuan tipikal tak boleh serap peluh aku langsung dan jadi perempuan, ada dada yang kian membesar. Sumpah, aku benci giler nak cari baju dalam tu, nak pakai pun tak selesa. Jenama mahal ke murah ke, sama je! Ruam kalau tak singgah, saje je. Memang mood swing aku jadinya.

Period pain, yang ni sadis. Berguling aku atas lantai. Menggigil. Pengsan. Tak lalu makan. Rasa nak marah. Penat repeat benda sama tiap2 bulan. Depressed aku jadinya. Dapat pulak kaum adam jenis tak memahami.

Pokoknya, aku tak selesa jadi perempuan. Tambah bila membesar ni, mula dengar tipikal, perempuan kena buat itu, kena buat ini. Lelaki jadi Raja Bersiong, mengada2, menyakitkan hati. Lepastu, sejenis perangai membandingkan siapa cantik, siapa hodoh.. Perghh hati sakit.. Yang cantik disanjung tinggi ke langit weh, pakai bedak jerebu pun ramai orang sayang. Kalau dia maki pun still kata sweet. Dia malas pun still kata, takpe dia penat tu. Kesian.

Jadi lelaki ni, mudah pada pandangan aku. Memang la berat jadi lelaki ni dari segi macam tanggungjawab. Tapi dari segi gaya hidup tambah2 duduk di iklim panas macam ni, bahagia betul jadi lelaki.

Ekstra, jadi lelaki ni best, walaupun dah tebuk 100 perempuan pun, selagi perempuan tu tak terberanak, ke mengandung ke, atau selagi dia tak bukak mulut atau takde siapa tahu, sampai bila pun orang sekeliling tak tahu apa dia buat.

Paling best, bila jantan macam ni dapat kahwin dengan perempuan sesuci embun, lawa namatey. Lepas try and error, dia dapat perempuan baru yang plastik pun tak koyak lagi.

Lelaki muka koyak pun, kalau dia baik sikit berduyun la perempuan nak. Macam dia bagus sangat. Jadi lelaki ni memang best la bagi aku.

Aku ni bukan nak provok ke ape, cuma faktor ni semua lah punca2 aku teringin nak jadi transgender. Bukan aku ni tak teringin nak jadi perempuan. Tapi hidup aku, haish..susah nak kata…dah banyak aku cakap tu.. Betapa susah hidup aku..

Bukan bermaksud aku ade keinginan dengan perempuan. Haha pernah try, tapi aku rasa perempuan ni tahap annoying dia macam mintak kena tampar je, bias, pilih bulu, pilih kasih, pilih puak. Aku memang tak dapat masuk la dengan perempuan ni. So aku tak suka perempuan. Macam mana aku tak suka diri aku perempuan, macam tu jugak aku tak suka perempuan sebagai pasangan.

Bila jadi lelaki, ada kebebasan yang mutlak, kau boleh keluar malam nak pergi kedai tanpa rasa takut. Kau boleh keluar rumah bila kau rasa perlu, bila otak kau sesak dan buntu tak payah nak minta izin, atau bila kau keluar sejam pun, takde sape tanya, melainkan kau dah hilang seminggu baru orang cari. Takde nak hilang 5 minit, duduk dekat longkang depan rumah, dah kena cop ‘menggatal’ padahal takde siapa pun kat situ atau dapat call, makian setimbun dalam call dan makin setimbun menanti di rumah sebab keluar rumah tak bagitahu. 5 minit.

Solat kat masjid, perghh best.. Tak payah nak bawak mahram bagai, atau tak payah tunggu greenlight dari sesiapa dan tak payah nak sakit hati, bila tetiba cakap, “Tak payah ikutlah, duduk je kat rumah. Menyusahkan.”

Bila teringin nak makan apa2, start motor /kete dan kau boleh pilih jenis restoran, warung, mamak, gerai mana kau nak. Duduk dan makan. Tak kira masa dan tak kira waktu.

Jadi perempuan? Curfew kau pukul 7 tepat terpacak kat rumah. Itu zaman sekolah. Lebih 5 minit, rotan di betis menanti. Padahal jammed kat pagar sekolah siapa yang tahu.. Kayuh basikal macam masuk pertandingan berbasikal.

Bila dah habis sekolah, takde makna nak hangout ke, duduk depan rumah ke. Tahanan rumah is a must. No friend in real life. Boleh bayang tak kalau aku kahwin nanti macam mana? Fenomena macam ni jugak berlaku. Lelaki ke mana2, kita stuck kat dalam rumah dan cuma boleh keluar bila suami izin je, itupun kalau dia bukak phone dia, atau dia angkat call. Selagi tak bukak phone, maknanya izin kau tak dapat. Shopping? Haha, macam explore race.

Aku tak kahwin, tapi life aku dengan kaum adam, macam ni lah. Macam hangsuang perangai! Semua benda nak cepat! Takde nak bagi kita ‘me time’ ke ‘leisure time’ ke, semua ikut kehendak diorang je. Memang best jadi lelaki.

Aku kenal dan bercinta dengan banyak lelaki, semua mulut manis macam gula. Janji itu ini, kalau kahwin nak jaga dan sebagainya, baru 2 bulan rapat lepas 5 tahun berkawan. Dah tunjuk perangai gila seks dia, dan sadis aku pernah terjebak sama, benci gila aku dengan jantan sekor tu.. Tak guna betul aku jadi perempuan! Boleh terjatuh atas perangkap bodoh tu? Grr.. Dah tu pulak, main tinggal je aku, cari perempuan lain pulak. Perempuan berpurdah, tudung labuh pulak nak try…

Haaa yang ni lari tajuk kejap, perempuan tudung labuh, purdah semua.. Korang jangan nak tergoda dengan lelaki yang setakat pandai post islamik je kat fb diorang tu, itu belum tentu cermin diri, dan belum tentu jugak dia kaki masjid, dah konfem taubat, dan lagi join segala bapak mak usrah yang ada dan lagi, cuba2 nak buat baik dengan korang, nak tolong hantar balik rumah ke, pergi kedai buku ke ape ke.. Taktik gitu, banyak buruk dari benar je. Silap haribulan jadi macam aku.. Kerana budi tergadai body..

Sekarang, aku tak tahu siapa nak kahwin dengan hampas macam aku ni. Background family pun tak boleh dibuat mesra besan dan ipar duai. Mungkin bujang sampai mati gayanya. Ada pulak sakit kronik, bukan HIV/AIDS/SIFILIS/GENORHEA ye.. Bukan.. Sakit lain.. Aku pun ada sakit misteri..ada saka + sihir.. So, hidup aku memang penuh misery dan tunggang langgang. Makna kata, memang tak kahwin la jawabnya..

Sambung cerita tadi.. So, aku kenal jenis lelaki yang suka mengongkong, korang tahu, baru 2 bulan kenal. Macam2 peraturan dia letak. Tak tenang hidup aku dibuatnya. Ugut2 bagai. Last2 aku mintak putus. Perghh..bala bala..

Ada pulak, kenal lelaki baik ni. Tapi sayang la, mummy boy sangat. Mak dia tak suka aku sebab aku ni belajar tak pandai, ada sakit lagi. Lepastu bila pelajaran dia drop, dia salahkan aku sebab ganggu tumpuan dia. So apelagi, aku lepaskan jela dia. Btw, dia baik la dengan aku, walaupun perangai yang pelajaran sendiri drop salahkan orang tu aku tak berapa suka, tapi banyak la perangai baik dia aku suka. Tak merapu sangat. Tak mengongkong. Tapi tu la, bukan tu je sebab aku dengan dia putus, parti politik kami pun tak sehaluan. So, better off, pisah jela. Aku doa dia kekal tak merapu dan jumpa manusia pandai setaraf yang macam mak dia nak tu. Redha kahwin kan atas ibu bapa. Baguslah perangai taat tu ade lagi. Harap kekal lah.

Apepun, jadi lelaki ni best. Kau jahat pun perempuan baik jugak kau cari dan kau dapat, kau jadi baik pun, bertambah baguslah, perempuan baik kau cari dan kau dapat.

Kalau jadi perempuan? Kau jahat, jadi hampas, siapa nak kat kau lagi? Takde kualiti. Tapi dalam hal camni, kalau body kau mantap, muka kau lawa macam Cik Jat kan.. Benci2 pun orang tetap ambil kau buat bini, sebab apa? Sebab kau lawa. Sedap atas katil. Lepastu keluar la ayat ni, “Apa pun masa silam sayang, abang terima..” Perghhh.. Penangan cantik perempuan, Habil Qabil pun saling berbunuhan.

Cantik, tak pandai agama, takpe. Ade yang sudi memimpin ke jalan yang benar..katanya..

Cer kalau tak cantik? Haha, bimbing diri sendiri la sampai nampak jalan benar tu.. Yang entah bila boleh sampai tu..

Jadi perempuan ni serba serbi kena pandai, ibarat kau robot paling sempurna atas muka bumi ni, duit pandai cari, belajar tinggi, muka cantik, body mantap, boleh beranak, pandai kemas rumah, pandai masak, pandai menjahit, pandai tukar tayar, pandai mengurut, pandai ambil hati dan sebagainya.

Lelaki hidup cincai barai takde nak kena maki tujuh keturunan, kecuali kau takde duit. Kau ade duit, kau buat hal, kau tinggal bini kau pun, kau kena maki dengan netizen je, tapi lumrah real life, bini kau dapat ayat, tak pandai jaga laki. Senang weh jadi lelaki.

Tapi kompem, korang yang baca sampai setakat ni, banyak yang dah berbakul maki dalam hati pasal aku, kan?

Aku tahu, kat ruang komen, kompem for sure la, ade yang cakap, perempuan mudah masuk syurga melalui 5 perkara. Aku pun tahu bab tu beb. Tapi penghuni neraka siapa paling banyak? Perempuan.

Lelaki? Tak sebut pun kan, tak ramai kat neraka. Kompem ramai kat syurga la jawabnya. Sebab tu bestnya jadi lelaki. Lebih mudah masuk syurga bagi lelaki sebenarnya. Tanggungjawab yang nampak berat tu, kalau dihayati betul2, lagi mudah masuk syurga dari perempuan. Seronoknya jadi lelaki weh.. Seronok sangat.. Kau buat jahat pun, kau masih nampak bermaruah. Kau buat baik, orang julang tinggi, Tuhan sayang kau sangat2. Bestnya..

Diciptakan manusia pun, lelaki dulu. Kalau tak sebab permintaan Nabi Adam nak kan teman, takde perempuan nak wujud sama, dan sebab perempuan jugak, manusia kena tinggal kat dunia. Kena lalui macam2 lepastu dikelaskan ke neraka dan syurga. Neraka ramai perempuan. Sedih, kan? Tak best jadi perempuan. Sengsara berganda2 dari lelaki, dari segala seksa dan jerih payah, kena masuk neraka. Double story of neraka. Neraka dunia dengan neraka akhirat. Apelah nasib jadi perempuan..

Tapi itulah, lepas dari semua cerita dan kesengsaraan hidup aku sebagai perempuan yang bagai takde akhir ni, aku jadi pasrah nak tukar jantina.

Sebab apa? Kalau lelaki jadi perempuan, dia boleh potong punai dia dan bentukkan macam perempuan punya. Perempuan pulak? Celah mana nak pasang punai tu pulak dah.. Fungsi ciptaan Tuhan sampai bila2 pun tak sama dengan fungsi ciptaan manusia. Tambah pulak, ada period ni, memang kelakar la cerita dia. Jadi lelaki tapi period. Otak aku macam tak boleh terima pulak ketidakwajaran tu. Kalau aku jadi lelaki pun, fitrah aku tertarik pada lelaki jugak, memang lari la lelaki straight yang ada, nak terima transgender kecuali gay. Meninggal!

Jadi, aku sejenis manusia yang memilih untuk tak jadi transgender, walaupun aku masih kekalkan beberapa ciri2 kelakian dan kekasaran aku miliki, aku buat keputusan untuk tak kahwin dalam masa terdekat ni dan mungkin di masa akan datang..

Sebab mana ada lelaki cukup tabah nak terima kekasaran aku, bercinta pun ramai penipu, keluarga sendiri pun maki, buat tak layan, perangai macam sampah. So what, nak kahwin? Tak wujud bagi aku lelaki yang boleh adapt kekurangan ni, dan kalau ade pun, aku pun tak boleh adapt kekurangan yang ada. Aku yang buruk, Tuhan datangkan pun yang buruk jugak, sama macam aku. Kalau aku tak boleh terima diri aku sepenuhnya. Macam mana aku nak terima orang lain, kan? Last2 janji dicapati jugak. Kena kencing untuk ke berapa kali entah.

Aku pun tak fikir, kalau aku jadi lelaki. Aku jadi lelaki yang baik. Aku jadi perempuan pun tak boleh jadi baik, inikan pulak jadi lelaki. Memang kelakar la jawabnya. Lagipun, kulit perempuan, rangka tubuh aku memang perempuan. Kulit lelaki cuma 1/10 dari kulit perempuan. Kulit perempuan jenis lembut dan boleh diregangkan. Kulit lelaki lebih mampan dan tahan dari perempuan walaupun ketahanan lelaki terhadap kesakitan itu kurang dari perempuan. Kekuatan perempuan pulak, kau body builder sekalipun, kau ada kekuatan yang sampai mati tak boleh sama dengan lelaki.

Jadi, lepas fikir panjang tak berapa nak panjang, jadi transgender ni kena gigih. Gigih melawan arus fitrah kau sendiri. Malangnya, aku tak segigih tu nak buat semua tu. Pakai duit banyak pulak tu. Dari aku tukar body aku jadi satu bentuk lain, baik aku tukar untuk beli kebebasan aku dari kehidupan toksik ni.

Mana tahu, satu hari nanti aku dapat keluar dari kehidupan toksik ni. Tapi kalau tak dapat, baik mati jelah. Terima jelah pembalasan Tuhan.

So, sekarang aku bernafas dalam penafian yang banyak, ketidakpuasan hati dan sebagainya. Pendek kata, hidup tak tenang, hati tak lapang. Aku pun dah jauh dari Tuhan. Bukan taknak pergi kat Tuhan, tapi..hidup aku tak mengizinkan berbuat demikian. Cerita panjang lebar ni baru 3/10 dari cerita sebenar aku.

Pasal tukar agama tu, entahlah.. Kalau aku buat pun, aku rasa tak logik anggap Nabi Isa tu Tuhan. Tuhan tu Tuhan, Nabi Isa hanya Pesuruh Tuhan. Tak sama. So, aku rasa.. Aku kekal jadi agama Islam tapi hidup jadi orang fasik al munafik jela… Tak tahu sampai bila nak jadi macam ni.. Aku penat dan putus asa.. Takde jalan keluar dari hidup toksik macam ni..

Doakan aku, tak mati sesat. Aku rasa aku dah cukup sesat sekarang ni. Mana tahu ada doa orang soleh kat sini makbul, tetibe datang manusia baik2 nak keluarkan aku elok2 dari kehidupan toksik ni. Doakanlah ye..

Terima kasih sebab baca.

– T_T

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *