Asalamualaikum warga IIUM Confession, terima kasih kerana sudi membaca. Aku harap kalian dapat memberi komen yang menyenangkan hati aku yang tengah gundah gulana ketika ini.
Sedikit pengenalan, aku Mas berusia hampir 30 tahun dan sudah berkahwin. Bekerja dan belum mempunyai anak. Doakan aku dan suami dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah ya suatu hari nanti.
Baik, berbalik kepada cerita. Aku mempunyai satu trauma yang aku tak dapat lupakan sehingga kini walaupun sudah 12 tahun berlalu.
Sewaktu berusia 17 tahun, aku tinggal bersama nenek di kampung lain disebabkan jarak untuk ke sekolah lebih dekat dan aku juga diharapkan untuk menjaga nenek.
Lagipun aku nak SPM, tak sesuai tinggal di rumah ibu dan ayah yang hampir setiap hari bergaduh. Jadi aku tinggal dengan nenek.
Rumah nenek sangatlah tidak selamat untuk didiami oleh anak dara kerana kunci pintu utama rosak dan disendalkan dengan kayu sahaja sebagai lock. Orang kampung mungkin faham.
Dinding di dapur juga tidak mencecah bumbung, jadi orang luar boleh panjat untuk masuk bila-bila masa sahaja.
Namun, aku langsung tak pernah terfikir perkara itu akan berlaku disebabkan aku kenal semua jiran-jiran sebelah rumah.
Suatu pagi yang hening, aku tiba-tiba rasa malas nak pergi sekolah. Malas nak bangun mandi. Rasa badan berat sangat. Tapi aku gagahkan juga sebab spm dah nak dekat. Aku takut ketinggalan dalam beberapa subjek jadi aku bingkas bangun untuk mandi.
Bilik air bersambung dengan dapur, jadi aku kena buka pintu dapur dulu untuk ke bilik air. Lepas tolak pintu dapur aku masuk dan menghala ke bilik air, tiba-tiba tangan aku ditarik dan mulut aku diterkup.
Seorang lelaki berada di belakang aku sambil sebelah tangan meraba tubuhku.
Dalam keadaan panik aku menjerit sekuat hati sampaikan peti suara aku rosak dan suara aku berubah sehingga sekarang. Jantung aku berdegup macam nak gila.
Suara aku susah nak keluar disebabkan mulut diterkup, aku meronta, menggelupur supaya dilepaskan tetapi apalah daya kudrat remaja perempuan berusia 17 tahun melawan lelaki dewasa.
Lelaki tak guna tu mengambil kesempatan meraba seluruh tubuh aku dan berusaha membuka pakaian aku tetapi tidak berjaya sebab aku meronta sekuat hati.
Dalam 10 minit meronta akhirnya dia lepaskan aku sebab jiran aku menjerit dari luar, mungkin kerana dengar suara aku menjerit.
Lelaki tak guna tu melarikan diri tetapi aku sempat lihat kulitnya putih, berbulu agak tebal, berlitup muka menggunakan baju, tidak berbaju dan hanya mengenakan boxer.
Aku menangis sepuas hati selepas dilepaskan. Tubuhku kebas dan menggeletar akibat dipeluk terlalu kuat dari belakang. Aku rasa jijik. Akibatnya sebulan aku ponteng sekolah.
Cerita tentang aku tersebar satu kampung. Aku malu. Walaupun tidak dirogol tetapi aku malu. Aku trauma. Sehingga sekarang aku trauma kalau ada yang sergah aku dari belakang.
Suami aku selalu peluk aku dari belakang jadi aku mudah terkejut. Aku tak salahkan dia sebab dia tak tahu cerita. Aku punya trauma sehinggakan aku rasa jantung aku hampir berhenti.
Aku tak tahu macam mana nak lawan trauma ni. Macam mana nak buang rasa ini. Kadang-kadang kalau aku teringat, aku shaking dan menangis. Aku rasa tubuh aku kotor sangat disentuh lelaki tu.
Aku malu nak cerita detail tapi aku harap korang faham, aku tak dirogol menggunakan kemaluannya tetapi dirogol jari jemarinya. Faham kan?
Tolong berikan komen untuk melawan trauma ini..
Terima kasih semua.
– Mas (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Reply to Trauma
Dalam banyak-banyak confession, confession ni rasa lebih tepat untuk aku respon. Sebab banyak yang mirip dengan kejadian yang pernah menimpa aku.
Kebanyakan kes-kes sebegini berlaku semasa kanak-kanak, atau berlaku sampai ke tahap penetration. Jadi aku tak berani nak kongsi trauma aku bimbang dianggap bukan sesuatu yang serius.
Awas kisah aku ini agak panjang kerana aku perlu perincikan supaya tidak datang salah faham. Kejadian yang berlaku kepada aku adalah semasa selepas tamat SPM. Sementara tunggu keputusan, aku diajak oleh bapa saudara aku (aku namakan dia Babi, memang itu nama yang aku gelar kat dia selama ni) untuk tinggal dengannya dan kerja di sana. Dia seorang duda, dan tinggal bersama seorang anak perempuan yang tua beberapa tahun daripada aku. Umur Babi pula ketika itu mungkin sekitar hujung 40-an atau awal 50-an.
Sejak aku kecil, dia merupakan saudara yang paling rapat dengan aku, dan aku juga anak saudara yang mungkin paling digemarinya. Adik-adik aku juga tidak seistimewa aku. Malah dia selalu mengatakan aku ini anaknya. Mujur juga aku sedikit introvert, jadi aku tak pandai jadi anak saudara terpaling manja. Aku tetap malu-malu. Tapi aku rasa selesa dengan kebapaannya, tambahan pula ayah aku seorang yang sangat garang dan lack of parenting.
Berbalik kepada kisah tadi, jadi aku dengan kebenaran keluarga pun ikut dia balik ke tempat tinggalnya di bandar. Di sana memang ada pejuang kerja sementara yang baik. Aku skip soal tempat kerja aku supaya tidak terlalu ketara fakta ceritanya, bimbang ada yang kenal jika baca.
Di sana, aku tinggal di biliknya sementara dia tidur di ruang tamu di tingkat bawah (rumah kampung 2 tingkat). Anaknya bilik sebelah aku. Setelah beberapa bulan, satu pagi tiba-tiba dia masuk ke dalam bilik ketika aku masih tidur (pintu bilik memamg tidak mempunya kunci. Seingat aku pada mulanya dia hanya peluk aku. Aku yang masih dalam selimut hanya membiarkan tetapi tetap rasa hairan. Tindakannya seolah-olah seorang bapa yang jenguk anaknya sebelum ke tempat kerja. Aku tak fikir apa-apa yang buruk pun.
Setelah berlaku kejadian pertama tanpa tegahan dari aku, esoknya dia masuk lagi. Kali ni dia bertindak lebih daripada sebelum tu. Dia mula meraba badan aku dari luar selimut. Aku terlalu takut dan cuma mampu keraskan diri. Tangannya ketika tu ke serata tubuh sambil dia ramas bahagian tertentu. Aku menangis tapi tak mampu melawan. Aku tak tahu macam mana nak melawan, kerana dia aku anggap sebagai ayah yang aku hormat. Kejadian tersebut berterusan selama beberapa hari. Babi semakin berani tarik selimut yang aku pegang. Dan dia dapat peluang cium sekitar telinga dan leher aku. Dia cuba lemahkan aku dengan cara tu.
Ya Allah, betapa jijiknya tapi aku tetap tak mampu melawan. Aku hanya berusaha keraskan badan dan cuba sorok bahagian muka supaya dia tak dapat capai. Aku jijik bila dia cium bibir aku. Sumpah! Tapi dia raba dan ramas-ramas pula bahagian tubuh aku yang lain atas dan bawah. Betapa helpless nya aku waktu itu. Bila dia selesai, dia keluar pergi kerja. Aku jadi bengong, taktau nak buat apa.
Sampai la 1 hari tu dia buat yang sama lagi, kali ni aku pegang selimut kuat-kuat dan berusaha tolak dia. Dia marah dan meramas tubuh aku sekuatnya sebelum keluar. Semua kejadian ni berlaku tanpa suara ye, sebab anaknya ada di bilik sebelah. Dan kerana dia merupakan orang yang dekat, aku sebagai mangsa tak mampu melawan cara biasa. Keadaan jadi mengelirukan.
Sejak kejadian pertama lagi aku cuba elakkan daripada bertembung dengan dia. Mujur juga aku kerja shift, jadi kami di rumah pada waktu yang berbeza. Malah aku langsung tak bertegur sapa dengan dia jika bertembung. Aku keliru sama ada patut suarakan kepada keluarga atau tak. Bukan mudah ye, dia orang kepercayaan keluarga aku. Dan dia juga orang kepercayaan aku sebelumnya.
Bila keputusan SPM dah keluar, aku decide untuk sambung belajar. Babi hantar aku balik ke rumah keluarga aku. Itu kali terakhir aku bercakap dengan dia. Dia ada cuba hubungi aku selepas itu, datang ke rumah keluarga aku macam biasa, tapi aku jauhkan diri. Antara kesan trauma yang aku sedar awal selepas itu adalah aku tak boleh bau bedak yang dia pakai. Kalau terbau dekat mana-mana tempat lain sekali pun, aku jadi panik dan loya. Bedak jenis yang sama ada di rumah keluarga aku, aku buang sebab rasa terganggu dengan baunya.
Tapi aku tak sedar trauma lain yang aku alami. Minat aku terhadap lelaki semakin ke arah lelaki berumur. Selepas tamat belajar, aku dapat kerja. Dalam tempoh itu mana-mana lelaki muda walaupun sebaya aku cuba dekat, aku tak berminat. Bila dah bekerja, aku lebih mudah terjumpa lelaki berumur. Sama ada available atau not available (berkahwin). Sampai ke tahap bernikah dengan seorang lelaki yang dah berkahwin sebaya mak aku (di Siam). Dia ni pada awalnya menipu status. Setelah beberapa tahun, dia masih tak mampu selesaikan isu pernikahan kami, aku nekad minta cerai.
Tapi jiwa dan minat aku masih kepada lelaki berumur. Sampai la aku jumpa suami aku sekarang, hanya tua 5 tahun daripada aku. Suami aku bukan lah lelaki lindungan Kaabah sangat, dia sendiri pun buaya tembaga. Tapi kerana keserasian kami, akhirnya kami tetap berjodoh. Dengan suami aku lah aku dapat sedar semua yang aku lalui, keputusan-keputusan bodoh yang aku buat berpunca daripada trauma yang aku alami dengan Babi. Suami aku mungkin bukan psychiatrist, tapi dia mampu selam semua kisah aku yang sebenarnya dalam beberapa tahun aku hilang diri aku. Selepas kejadian dicabul oleh Babi, aku paksa minda aku lupakan semuanya. Aku hidup berjimba macam takda apa-apa masalah. Sebenarnya minda aku dipaksa untuk telan dan tekan segala trauma ke dalam memori yang paling dalam. Sedangkan aku tak healing pun. Aku sangat minat Law & Order SVU, terutama melibatkan kisah-kisah trauma seksual. Aku simpati dengan mereka sampai aku menangis walaupun itu hanya drama. Aku jadi marah bila ada yang memperlecehkan situasi mangsa serangam seksual. Bila aku sedar kisah lalu tu semula, dan aku buka semua cerita, aku kena panic attack. Aku seolah-olah selama ni deep sleep, tiba-tiba terbangun dan rasa lemas. Aku menangis meraung macam orang baru bangun dari koma bertahun-tahun kemudian dapat berita buruk.
Pada waktu ini aku masih belum berkahwin dengan suami aku sekarang. Dia bantu aku rawat aku, jadi pendengar setia aku, dia buat aku luahkan semuanya. Hari-hari aku menangis, tapi perlahan-lahan aku rasa makin tenang. Akhirnya kami berkahwin, dan suami aku nekad gunakan kuasa dia sebagai suami, 1 hari nanti dia akan ajar si Babi tu. Aku pun tak tahu tindakan tu akan jadi betul atau salah, tapi aku bersyukur sangat Allah hantarkan aku suami yang sangat baik komunikasinya dengan aku. Suami yang akan ada di depan aku selagi Babi tu masih hidup. Dah beberapa kali peluang ada untuk dia buat sesuatu, tapi aku larang taknak timbulkan kekecohan (hari kematian tok dan tokwan). Sebab orang lain tak tahu cerita ni, jadi bukan mudah nak fahamkan orang dengan kisah yang dah hampir 20 tahun berlaku.
Jika ditanya apa yang aku rasakan sekarang, aku dah rasa geli dengan bayangan hubungan dengan orang tua. Kalau suami aku kadang kala usik, memang dia akan makan penampar, dan dia tak salahkan aku jika dia kena penampar. Aku jijik yang bukan main-main.
Soal dendam pulak, dengan adanya suami aku, jiwa aku lebih tenang. Semuanya kerana kami bercakap apa saja topik tanpa selindung. Tapi kalau ditanya apa yang aku nak buat jika berpeluang, aku akan jawab aku nak confrot si Babi, ludah dia dan bunuh dia. Aku selalu berangan untuk ada peluang tu seperti dalam filem-filem The Purge. Itu adalah closure yang paling sempurna.