Assalamualaikum. Jujur bila saya membaca confession yang berkahwin dengan orang “alim”, rupanya adalah perosak anak orang… Dan juga kisah mangsa ped0philia, hati ni rasa bagai dirobek..
Menutup dosa dengan pakaian dan luaran.. perkara sebegini lah yang menakutkan saya masa sebelum nak kahwin dulu.
Saya seorang wanita yang menjaga aurat sejak baligh… (i am doing that not for anyone else, it is for myself. Because i believe that is what Allah ask for. I love Him so much.. so i want do what He likes).
Bila masuk universiti, saya baru belajar bergaul dengan lelaki kerana sebelum ni saya bersekolah all girls… course yang saya ambil pula majoriti lelaki.. sampai saya dah kerja pun, selalunya saya seorang saja bunga.
Saya jenis suka berkawan..itu fitrah saya yang memang peramah, suka bercakap dan suka bersembang.. tetapi bila berkawan dengan lelaki, untuk bercouple, keluar berdua, apalagi bersentuhan.. itu satu garis batasan yang saya letak dalam diri saya.
Lelaki sentiasa mencuba-cuba dengan saya daripada zaman sekolah sehingga sebelum kahwin… ada yang berubah semata-mata kerana saya..
Ada yang berkata bila berkahwin mereka nak wanita yang menjaga diri seperti saya.. ada ustaz yang melamar, bila saya tolak, boleh pulak dia marah saya… saya banyak tolak lamaran atas sebab yang saya akan ceritakan nanti..
Mereka “nakal” dengan perempuan lain, tetapi bila dengan saya, they treat me well, masih berhemah, mungkin atas rasa hormat… sampai dah kerja sekarang, dengan saya,mereka tak melampaui batas..
Reading confession and stories from people around me… made me think many times about marriage. Takut nak kahwin..
Saya pernah jadi mangsa cabul oleh perompak, dir4b4 ketika nak ke sekolah, ditunjuk kemaluan semasa outing.. saya takut nak rapat dengan lelaki. Saya fikir dalam kepala mereka hanya s3ks semata… itu antara sebab saya menolak lamaran.
Saya bukan berpakaian menjolok mata.. tetapi saya masih menjadi mangsa mereka.. whatever i went through before, dengan banyak kali saya terselamat.. made me think that Allah always there, He take care of me.
Bukan mudah nak jadi seorang perempuan.. untuk menjaga maruah dirinya. Lagi pula saya belajar jauh daripada keluarga.
Maruah seorang muslimah sangat tinggi dalam Islam.. dalam sirah, apabila seorang wanita muslimah diganggu dan ketika itu seorang lelaki muslim cuba pertahankan maruah wanita muslimah tersebut telah terkorban, Rasulullah saw sampai menghantar tentera.
Saidina Umar ra juga pernah menghukum seorang yahudi yang mencabul seorang wanita muslim.. jangan ada sesiapa berani menjatuhkan wanita muslim, begitu tinggi Islam meletak maruah seorang wanita.
But nowadays, bila dalam keluarga sendiri boleh ada pemangsa… Allahu. Siapa nak bela lagi, kalau ahli keluarga sendiri pun macam tu? sebak dada saya.
Sebelum ini, saya pernah meletakkan kriteria suami saya, mesti seorang yang tak merokok, pandai mengaji Quran, dan mesti ikut usrah.. kenapa usrah? bagi saya seorang lelaki yang ikut usrah, dia seorang yang berpendirian..
Tetapi hari ini, usrah, persatuan agama, webpage jodoh, jadi tempat untuk menghalalkan couple islamik…
Dulu ada juga lelaki yang ikut usrah sebab saya… ada juga lelaki yang bersongkok berkopiah, nak tawan hati saya, tapi bila saya tolak, ditabur nya fitnah pasal saya.. ada lelaki yang mesej tazkirah dan hadis hari-hari untuk buat saya cair, tapi bila saya tolak, saya pula kena marah..
Di kala hati saya tak nak kahwin kerana takut dengan lelaki, takut juga tersalah membuat pilihan. Akhirnya Allah buka pintu hati saya utk terima lelaki yang jadi suami saya sekarang..
Walaupun saya terima suami dengan istikharah dan suggestion daripada orang sekeliling, tetapi saya terima suami, kerana tak ada red flag yang dia seorang yang kontroversi di mata saya..
Saya terima dia kerana keperibadiannya..saya kenal dia sebagai seorang yang sangat susah bercakap dengan perempuan. Sentiasa tundukkan pandangan. Bukan bermulut manis.
Jujur walaupun dah 10 tahun kahwin, saya masih curiga dengan suami. Saya sentiasa nak tau apa ada dlm fikiran dia.. saya tak percaya wujud lelaki yang “bersih”. Dari sekolah, saya sering diceritakan apabila seseorang lelaki tengok perempuan, ada sahaja benda “lain” dia nampak..
Saya sering menguji suami saya.. tanpa pengetahuan dia.. saya cek history browser dia di pc dan di phone. Suami jenis share semua password dia dengan saya tanpa saya minta.. apa yang saya jumpa, preference dia hanya pada akademik dan ilmu hartanah.
Saya tak percaya wujud orang lelaki yang innocence. Tapi itu lah dia, dia lebih sibuk mencari ilmu meningkatkan diri dia dan membaiki diri. Suami pernah cakap kat saya, ingat tak ada benda lain ke nak fikir, ingat orang lelaki fikir s3ks sahaja?
Saya tahu, melihat dari dia bangun pagi, sampai dia pejam nak tidur malam, masa dia sentiasa terisi dengan benda berfaedah. Tapi saya ni, masih nak tahu, masih nak tanya juga.
Dalam hubungan suami isteri pula, suami sangat polite. dia takkan “buat” kalau saya tak bersedia. dia tau sejarah saya yang dulu tu, dia tau trauma yang saya lalui. Dia tak terkam macam serigala.
Dulu memang saya takut nak kahwin, bila ada kawan saya cerita yang dia rasa sakit sangat malam pertama, sampai berdarah. Padahal suami kawan saya tu orang penting persatuan agama.
Mengucap saya, nak tenangkan kawan saya yang trauma lepas kahwin.. masa tu saya belum kahwin, lagilah saya fikir banyak kali nak kahwin ke tak.
Orang yang faham agama takkan buat macam tu.. Rasulullah saw bersabda, sebaik-baik antara kamu adalah yang baik dengan isteri kamu dan aku yang paling baik dengan isteri. Suami selalu sebut hadis ni. Suami tak pernah paksa saya dalam hal hubungan suami isteri. Dia mampu bersabar.
Suami cakap sebelum kahwin dia boleh sabar, lepas kahwin pun kalau tak dapat, tak adalah dia tak boleh sabar. Saya tak percaya bila ada lelaki yang tak fikir s3ks semata-mata… sungguh sampai sekarang saya tak percaya dan masih ragu-ragu.
Walaupun sukar nak percaya, masih wujud lelaki begini.. suami juga rajin membantu kerja-kerja rumah, rajin solat sunat dan mengaji, mengasuh anak, memasak, tak pernah mengungkit, tak pernah bercakap buruk pasal orang lain. Saya juga percaya masih ramai lelaki seperti suami saya.
Saya tak ada lah baik sangat, selalu juga lewat solat, mengaji kadang-kadang, solat sunat pun ikut mood nak buat… cuma yang pasti saya sentiasa jaga, adalah aurat saya. Itu sahaja.
Confession saya hanya nak meyakinkan, wujud lelaki yang “bersih”. Walaupun sering kita disajikan dengan cerita-cerita yang tak enak didengari…
Terkadang saya rasa tidak adil bila saya jadi ragu-ragu, jadi skeptikal dengan suami, tapi itu lah.. trauma itu sungguh sukar dibuang.
Semoga kita dapat didik anak-anak lelaki kita menghorm4ti wanita. Baik perempuan, mahupun lelaki, biar mereka sentiasa menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan sebagaimana disebut dalam Al-Quran.
Hidup kita masih ada banyak tujuan lain, bukan semata-mata memenuhi hawa nafsu.. kepada yang terlanjur, mudah-mudahan taubat dengan sungguh-sungguh.
Saidina Umar walau dijanji dengan syurga, tak pernah merasa cukup dengan amalan sendiri dan sentiasa takut tak dapat masuk syurga. Jangan perkecilkan dosa zina, dan merasakan Allah akan beri syurga semudah itu. Kita takkan selamat sehinggalah tiba hari pembalasan.
Jadi sama-sama kita membaiki diri menjadi lebih baik..
– Lia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit