Trauma

Ini kisah aku yang nak diluahkan. Mungkin aku pun di layak dikecam dan akan dilabel sebagai manusia tak reti bersyukur.

Aku memilih untuk menulis disini sebab tak de sapa kenal aku. Berbeza bila aku meluahkan di status ws, meluah pada orang² sekeliling.

Mereka cop aku sebagai manusia kurang sabar. Ok tak ape lah.

Flashback balik kisah 2017 setelah 2 bulan kawen aku pregnant. Masa ni aku memang tak bersedia lagi untuk pregnant tapi bila memikirkan suami aku masa tu dah di akhir 30 an. Aku terima dengan hati terbuka.

Aku pun tak la muda mana. Aku dihujung 20 an. Hampir 10 tahun jarak usia aku dan suami.

Start dari tahu aku pregnant 4 minggu sampai ke sembilan bulan aku alahan teruk. Beberapa kali masuk ward untuk drip air. Aku muntah dan keadaan begitu lemah.

Start dari tu emosi aku tak stabil aku jadi marah pada anak aku dalam kandungan.

Aku juga diuji dengan pelbagai penyakit ketika pregnant, kadang hampir setiap hari aku ke klinik desa tak pun ke kk. Paling lama pun jarak appoinment aku 2 minggu sekali. Emosi aku betol² terganggu.

Kemudian waktu bersalin aku terpaksa diinduce atas masalah masalah yang aku hadapi. Aku menjalani tempoh pantang dengan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Sampai ke hari 60 luka bersalin aku masih belum sembuh.

Teramat sakit diri aku,

Tentang segala yang telah aku lalui. Aku merasakan tidak adil untuk tanggung segala seorang diri.

Tapi suami aku sangat baik dia bekerjasa sama dengan aku dalam menjaga anak. Cumanya suami aku sibuk kadang hujung minggu pun kerja.

Jadi tinggalah berdua aku dan anak dirumah.

Ada hari aku hanya sempat solat, dari pagi hingga malam aku tak makan nasik. Sebab tunggu suami aku balik. Hanya makan biskut roti tu pun telan je. Sebab aku tak henti² menangis.

Pernah sekali tu jiran aku sampai datang kerumah sebab anak aku menangis

Lama kelamaan aku stress. Aku dah tak suka cuti aku lebih suka hari bekerja. Setiap kali suami aku balik dia yang akan handle anak. Masa tu la aku baru nak masak bagai.

Walaupun aku penat. Aku terpaksa masak jugak. Aku b40 je, memang tak mampu kalau asyik beli makanan kedai.

Semua yang aku lalui ni dah jadi trauma dalam hidup aku. Setiap kali aku tengok anak aku aku rasa nak marah, pernah beberapa kali aku cuba untuk pukul dia walaupun masa tu dia baby lagi sebab aku penat sangat.

Trauma ni membuatkan aku dah tak nak beranak lagi. Cukuplah sorang ni je anak aku. Hari² aku sebut benda tu. Sampailah aku bagitahu suami aku masa tu anak aku baru 3 bulan.

Suami aku nasihatkan aku untuk sabar dan pujuk aku. At least anak first 5 hingga 6 tahun baru aku pregnant lagi.

Tapi tak bagi aku. Aku memang tak nak beranak lagi. Aku hanya diamkan diri. Aku pun dah pakai perancang implanon.

Sekarang dah 2022, anak aku pun dah besar 4 tahun. Suami aku dah mula bertanyakan untuk anak no 2.

Usia aku dah masuk 34 tahun, dan aku dah luahkan pada suami aku. Aku tak nak beranak lagi. Kalau dia nak kan anak lagi aku izinkan dia untuk kawen lain dan ceraikan aku.

Aku explain semua tentang trauma aku. Suami aku amat terkejut sampai ke situ fikiran aku. Suami aku masih lagi fasa untuk pujuk aku.

Tapi aku tetap dengan pendirian aku. Suami aku sebut “nanti kalau kita tua, Sofea (nama anak aku) akan ikut suami dia siapa nak jaga kita? Kalau tak de anak lain?”

Dulu aku pernah trauma lepas aku dapat lesen kereta. Aku bawak kete ayah aku. Dan aku terlanggar tiang api. Hancur kemek kereta tu. Dan disebabkan aku kami semua balik kampung naik bas.

Sampai sekarang aku tak bawak kereta sebab kisah tu. Aku terlalu trauma walaupun dah 20 tahun berlalu.

Bergitu juga dengan trauma beranak dan jaga anak ni. Baru 5 tahun lepas mana mungkin aku laluinya lagi?

– Laila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *