Trauma

Hai, nama aku Shantique (bukan nama sebenar) tapi boleh panggil aku Sha. Aku nak luahkan ketidakpuasan hati aku terhadap makhluk-makhluk yang bergelar lelaki.

Sepanjang hidup aku asyik patah hati je, aku tak bercinta, aku tak bercouple, and aku tahu batas-batas yang aku perlu jaga.

Tapi aku asyik broken je, aku suka la, crush crush gitu tapi aku tak couple, tapi aku broken. Semua lelaki yang aku pernah jumpa, semuanya berakhir dengan kisah yang tidak bahagia. Aku penatlah macam ni.

Kadang-kadang tu terbit jugak rasa tak puas hati kenapa orang lain yang bercouple, bercinta terlihat ‘bahagia’ dengan pasangan masing-masing? Sedangkan aku?

Aku dah cuba jaga diri and so on, tapi asyik kecewa je. Ni nak suruh aku langgar semua ‘rules’ ke baru nak bagi aku ‘bahagia’?

Jujur aku cakap, aku tak kisah pun hidup single memanjang, tapi itulah kadang it gets lonely too. And kita sebagai manusia memang lumrah la rasanya nak ada pasangan.

Nak nak lagi perempuan, nak ada encik driver yang boleh bawak aku jalan-jalan, boleh teman aku jalan-jalan, someone yang caring dengan aku.

Tapi aku pun tak dapat lari dari fitrah seorang wanita yang inginkan seseorang yang dapat melindungi aku, rasa suka bila ada orang bagi perhatian. Pendek katanya, aku senang cair la dengan lelaki.

Sebab sebelum ni, aku dulu yang akan suka dengan seorang lelaki ni, and then aku memang jenis yang berani luahkan perasaan. Reject tak reject belakang kira, yang penting aku lega.

Sebab bila aku suka seseorang ni, dia akan buat aku jadi macam tak keruan, and hati aku macam tak mampu nak tanggung perasaan tu, so aku pilih untuk confess.

Tapi kesemua lelaki yang aku pernah confess, semuanya ditolak. Tak pernah lagi aku jumpa lelaki yang terima aku dan suka kat aku HAHAHA.

Sampailah umur aku 18 tahun, masa tu aku STPM, tahun tu kali pertama aku jumpa lelaki ni suka kat aku. Dekat sini, biar aku namakan dia Khan (bukan nama sebenar). Mula-mula aku pun tak percaya dan malas nak kisah lah kan.

Tapi lepas lama-lama, sebab kami classmate, so aku jumpa Khan setiap hari. So, dari situ la aku nampak kelainan cara dia dalam melayan aku dan kawan-kawan perempuan dia yang lain. So aku pun mula nak percaya lah, ‘eh mungkin mamat ni betul suka kat aku.’

Dia tak pernah confess laa, tapi kita boleh nampak daripada actions dia. Bak kata orang, “actions speak louder than words.” Haaaa gituuu..

Pastu kawan-kawan dia pun asyik ship ship kan kami, usik-usik bagai, tambah-tambah lagi masatu cikgu bahagikan kami dalam kumpulan untuk satu subjek ni, tup-tup aku dengan dia satu kumpulan. Makin kuat la budak-budak lelaki sakat kami berdua.

Khan ni good-looking, tinggi, body pun boleh tahan, takde la sado sangat tapi tak jugak kurus sangat, just nice. Kulit dia pun tak gelap dan tak cerah sangat, tapi boleh la masuk kategori ‘Tall, Dark and Handsome’.

Selain itu, Khan juga seorang yang soft-spoken, nampaklah dari cara dia bercakap, cara dia sopan walaupun dia lelaki, dia bukan jenis yang suka jerit-jerit dari hujung ke hujung tu. Sebab ramai je aku jumpa lelaki macam tu.

Khan ni nampak shy shy sikit, pemalu. Lelaki pemalu comel kot. Tapi ada masanya dia tak berapa malu jugaklah sebab dia agak suka jugak kacau kawan-kawan perempuan aku, kiranya classmates kami jugaklah.

Lepas tu Khan ni rajin study berbanding member-member dia. Kalau masa takde cikgu, kawan-kawan dia syok main Mobile Legends atau PUBG, tapi Khan ni asyik dengan buku, pen dan nota-notanya, tapi dia tak nampak nerd. He is more to ‘poyo’.

Kadang aku pun tak tahu dia buat apa sebab aku ni jenis bukak buku bila ada homework and kalau dah dekat nak exam je huhu.

Eh panjang pulak eh describe si Khan ni..

Okay lepastu Khan ni pernah la cakap kat aku yang dia nak nikah dengan aku, dia siap tanya lagi nak nikah umur berapa sebab dia nak buat persediaan lah kan? Pastu dia selalu chat aku, usik-usik aku, ambil berat pasal aku.

Aku, sebagai seorang perempuan yang dah lama nakkan peneman tapi asyik kena reject dan tak pernah ada lelaki suka kat aku, siapa je tak cair mat oii..

Oh lagi satu, lupa aku nak cakap, Khan ni kind of a sweet talker jugaklah. So adalah ayat-ayat yang dia gunakan untuk pancing aku. And dia suka buat origami, so satu hari ni, dia lipat-lipat kertas, pastu aku tengah buat kerja yang cikgu suruh buat.

Pastu masa dah nak balik hostel tu, aku tengah kemas-kemas barang, tiba-tiba si Khan ni hentak meja aku d engan tangan dia, pastu dia berlalu pergi tanpa berkata apa-apa so, aku pun hairan lah ‘eh apasal mamat ni?’

Tapi aku malas nak kisah, so aku sambung kemas barang.

Sampailah kawan aku Tania (bukan nama sebenar) bagi aku satu kertas origami berbentuk hati, kertas tu warna soft red macam tu. Pastu Tania cakap dia jumpa kertas tu atas meja aku, the exact place where Khan hentak tadi.

Pulak dahhhhhhh..

Okay sambung part 2.. Jeng jeng jeng.

– Sha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit