Trauma atau Manja?

Assalamualaikum, saya Caca (bukan nama sebenar). Saya seorang pelajar matrik dan berusia 18 tahun.

Tujuan saya ceritakan kisah saya ini untuk mendapatkan pandangan dari semua, apa yang perlu saya buat untuk atasi semua masalah saya.

Semuanya bermula waktu saya berusia 6 tahun. Berat badan saya 10 kg lebih berat dari kanak-kanak lain. Semua kata kata saudara mara, jiran, classmate, stranger dan cikgu yang menghina fizikal saya, saya ingat sampai sekarang.

Kata kata mereka banyak mengubah saya dari seorang yang berani kepada seorang yang pengecut, pemalu, takut bila berada di tempat yang ramai orang, takut bercakap depan ramai orang, takut bersukan dan takut nak buat aktiviti lasak.

Zaman kanak-kanak saya hancur macam tu je. Kenangan pahit terlampau banyak. Saya pernah kena marah dengan cikgu sebab saya terlampau slow, lagi lagi subjek Bahasa Inggeris.

Markah Bahasa Inggeris saya turun drastik waktu darjah 4. Waktu tu saya dapat cikgu yang garang dan dia tak suka saya. Dia hanya suka budak-budak yang pandai je. Sebenarnya bukan cikgu tu je yang tak suka saya, ramai lagi.

Mungkin sebab saya hitam and gemok. Saya perasan cikgu selalu layan budak budak cantik dan bijak je. Kawan-kawan selalu ejek saya “badak” “gajah” dan segala haiwan yang banyak lemak tu, mereka gelarkan saya.

Saya banyak kali nak sertai pertandingan dianjurkan oleh pihak sekolah. Saya juga suka pegang jawatan-jawatan. Tapi, cikgu selalu tak nak ambik saya.

Pernah waktu darjah dua, cikgu cakap siapa siap tugasan yang cikgu bagi , dapat masuk pertandingan menyanyi berkumpulan.

Saya bersemangat buat dan saya dapat masuk. Semasa latihan, saya selalu perhatikan saya dan cikgu cakap “Caca! kenapa muka macam tu?a wak nak masuk ke tak ni?!”

Saya terkejut terus tak bersemangat dan saya cakap saya tak nak masuk. Saya tahu cikgu nak pilih yang cantik je.

Waktu darjah 5 pula, cikgu cikgu suruh pilih orang untuk pegang jawatan dalam sukan bola jaring dan cikgu cakap “pilihlah yang lawa lawa sikit” Masih segar diingatan saya ayat tu.

Sejak dari tu, saya takut nak masuk pertandingan dan saya takut nak pegang jawatan.

Ramai yang cakap rindu sekolah. Tapi bagi saya sekolah tu tempat yang menakutkan. Sebab saya fikir sekolah banyak orang jahat Waktu darjah enam saya selalu tertanya tanya siapa yang cipta sekolah.

Saya benci pergi sekolah. Saya pon tak suka pergi perkhemahan dan kem kepimpinan sebab penceramah selalu suruh ke depan.

Naik sekolah menengah, berat badan saya turun 10kg. Ketika itu saya dah tak dengar lagi ejekan ejekan itu lagi. Result saya semakin baik dan saya selalu naik pentas.

Dalam tingkatan selalu dapat nombor 1 atau 2. Sehinggalah selepas pkp, berat badan saya naik lagi sebab saya hanya duduk di rumah. Jerawat pulak semakin penuh.

Sehinggalah selepas pkp, ketika itu saya berjalan naik tangga untuk pergi ke kelas.

Tiba tiba saya terdengar satu suara lelaki berkata “Caca.. kau makin gemoklah HAHAHAHAHA” Budak lelaki itu gelak bersama kawan kawannya yang lain.

Saya langsung tidak pandang ke arah orang mereka. Saya terkedu. Saya takut. Saya malu. Ayat itu menghancurkan hati saya. Ayat itu jugak membuat saya teringat masa lalu saya di sekolah rendah. Bermulalah kejatuhan saya..

Dari nombor 1 turun jadi 4, 7, 9, 11, 15, 18 sehinggalah SPM. Result saya hanya 3A 2B 4C Kawan kawan saya ramai dapat 5A. Tapi saya bersyukur addmath saya C+.

Saya ditawarkan belajar di matrik. Di matrik, emosi dan mental saya semakin teruk. Ramai pelajar yang fasih berbahasa Inggeris. Ramai pelajar yang bijak. Ramai pelajar yang cepat tangkap apabila pensyarah mengajar.

Saya menangis setiap hari. Hampir sebulan saya di sini tapi tetap menangis. Saya trauma dengan cikgu dan lecturer. Saya takut saya dimalukan depan orang pandai.

Nama saya selalu disebut dalam kelas. Saya rasa saya paling bodoh. Macam mana mereka boleh faham dengan begitu cepat? Saya rasa saya tidak layak di sini.

Saya hairan cikgu-cikgu selalu cakap saya slow tapi kenapa sekolah rendah saya selalu berada di kelas kedua daripada tujuh kelas, sekolah menengah selalu di kelas pertama?

Dan kenapa saya dapat tawaran matrik untuk satu tahun? Adakah kata-kata cikgu saya salah?

Sekarang, saya masih tiada hala tuju. Saya tiada cita-cita. Kalau orang lain tanya cita-cita saya, saya akan cakap saya nak jadi ahli forensik.

Tapi saya tak pernah yakin. Boleh ke saya capai cita-cita tu? Saya belajar sebab tak nak kecewakan parents saya je. Saya tak pernah buat untuk diri sendiri. Saya pon tak yakin saya boleh bertahan di matrik ni selama satu tahun.

Oh lupa nak cakap, selepas SPM mak saya suruh ambil lesen kereta. Setiap hari saya menangis sebab saya selalu lupa jalan dan lupa step.

Cikgu saya dah stress ajar saya sampai tertidur. Test JPJ kali pertama saya gagal di jalan dan litar. Lagilah murung saya waktu tu. Selepas 3 minggu baru ambil kali kedua. Alhamdulilah lulus kali kedua.

Maaf jika penulisan saya berterabur.

Saya nak tanya apa perlu saya buat untuk dapatkan keberanian saya kembali?Orang kata kalau dah biasa buat pembentangan, pergi ke depan dan bercakap, lama lama akan berani.

Tapi, saya tak nampak apa-apa perubahan pada diri saya. Semua tu saya dah buat sebelum SPM. Dan apa yang saya perlu buat untuk hilangkan trauma saya? Adakah saya terlalu manja?

– Caca (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *