Hai semua. Harini aku nak share pengalaman aku as anak kepada ayah aku, cucu kepada atuk dan nenek aku, anak sedara kepada makcik dan pakcik aku.
Cerita aku berat kepada family ayah aku. Mak aku mualaf, yatim piatu. Jadi tak ada apa sangat yang nak dikongsikan.
Apa pun, korang pun tak kenal aku. Tak ada istilah aku sebarkan aib. Aku cuma nak berkongsi, harap dijadikan iktibar, pedoman, untuk kita yang masih hidup dan bakal mati ni.
Atuk aku minggal umur 95 (pada tahun 2020), meninggalkan balu, nenek aku, umur 78 (pada tahun 2023).
Ayah aku anak ke 2 dari 7 beradik. Makcik 1, ayah aku, makcik 3, pakcik 4, pakcik 5, pakcik 6 dan pakcik 7. Ini adalah susunan adik beradik ayah aku.
Kami 6 beranak. Ayah, ibu, kakak 1, kakak 2, aku, adik. Kami rapat. Kami sayang each other. Hingga kahwin, takputus hubungan kami berenam. Malah semakin rapat.
Ketika kami kecil, aku selalu terfikir kenapa kami selalu beraya di rumah atuk dan nenek pada Ramadhan 29, 30. Atau Syawal 4,5. Kalau Syawal 1, ayah je naik, kami semua dalam kereta.
Ada satu masa, kami ada di rumah nenek, makcik 3 tiba tiba datang, mereka tunggu di luar, kami harus keluar dulu baru mereka masuk.
Makcik 3 cakap mak aku ni masuk Islam sebab nak kahwin dengan ayah aku. Tuduh mak aku sihirkan ayah aku. Begitulah.
Dahulunya ayah dan ibu tinggal di flat tu sebab ayah aku tolong bayar, tapi atuk taksuka ibu aku, dihalaunya mereka serta kakak 1 (masa kakak baby).
Dihalaunya mereka bertiga, diambilnya kereta mereka dan dijadikan kereta sapu. Terkontang kanting ayah ibu cari rumah sewa bersama anak kecil. (Ini ketika akhir 1980 an).
Kami ber empat sangat rapat dengan ibu dan ayah. Ayah ada keluarga, tapi dia seolah tiada sesiapa. Dia selalu bercerita kepada kami tentang apa yang di rasa.
Pada ayah, dia tak ada sesiapa yang boleh dia meluah rasa kecuali isteri dan anak anak. Kami pernah nampak ayah di sisih, dimarah, dipulau.
Ayah aku dulu cakap sorang sorang sewaktu driving, makan, pakai baju, sebab waktu kejadian dia tak mampu nak bercakap. Sebab atuk selalu back up yang lain.
Atuk dan nenek aku ada masalah favoritism. Pada aku ni masalah. Sebab favoritism mereka ni membawa kepada musibah.
Masa berlalu. Aku dah besar. Ayah dan ibu masih buat perkara sama, cuma beza nya ibu dah naik ke rumah nenek. Mereka selalu pergi berdua.
Dan sejak dari itu nenek dan atuk mula call aku, kata “Nanti free call lah mereka, mereka sunyi”. Aku macam “Aik, mana anak anak dan cucu cucu lain?”.
Aku diam jela. Aku call. Seminggu sekali aku biasakan diri call mereka. Ayah aku selalu cakap ” Kalau kasihan kan ayah, call mereka”. Aku okay. Adik beradik lain ada yang okay, ada yang tak.
Aku perasan, sejak atuk dan nenek tua dan uzur, kami berenam serta pakcik 5 dan anak beranak banyak take over jaga atuk nenek.
Yang lagi 4 dan keluarga mereka (yang juga favorite atuk nenek), seolah olah hilang ghaib di telan bumi.
Pada tahun 2015 atuk aku jatuh sakit teruk, takboleh naik flat lagi. Anak anak lain sangat rasa terbeban. Yelah siapa suka kan tambah tanggungjawab.
Jadi bermula lah perjalanan kami sekeluarga take over all the responsibilities. Yang sepatutnya dibahagi 7, tapi digalas ayah, ibu, pakcik 6 dan isteri.
Masalah favoritsm atuk dah slow down, yelah dah tua. Nenek… memang masalah. Masalah semasalahnya. Aku malas nak cerita masalah dia hahaha. Aku nak cerita kemuncak je.
Dia nak duduk di flat tu lagi, kami kata takboleh, atuk sakit. Dia insist nak. Pakcik 6 dukung atuk aku, naik tingkat 5 sebab nak puas kan hati nenek. Lepas seminggu atuk sakit balik, lambat ke hospital.
Nasib baik tak mati lagi orang tu, tapi nyawa nyawa ikan. On 2015, atuk was 90+. Nenek insaf, dia kata okaylah pindah. Tapi nak duduk dekat dengan rumah anak favorite.
Orang kata, jauh bau wangi, dekat bau tahi. Anak favorite jarang melawat, nenek kecil hati. Nak pindah dekat rumah anak favorite lain. Semua duit lori, depo rumah, dan lain lain cost adalah tanggungan ayah dan ibu.
Sebab pakcik 6 masa tu anak dia sekolah rendah lagi. Ayah kasihan. Dalam masa 2 tahun, nenek aku pindah 3 kali. Kali ke 4, atuk sendiri cakap “Aku dah taklarat”.
Nenek minta ayah aku rumah. Dia kata ayah aku je boleh jaga dia. Ayah dan ibu aku buat kan atuk dan nenek rumah sebiji di atas tanah ayah aku & ibu.
Iya buat kan rumah. Hari mereka decide, ibu aku menangis. Ayah aku diam. Dimasukkan semua emas ke dalam arrahnu. Jual sedikit saham dan aset yang ada.
Kalau aku jadi ibu, sumpah aku lari balik kampung. Tapi ibu aku baik, tak macam aku.
Mungkin pada korang tak apalah, balas jasa mak ayah, nampak macam orang kaya, atau lain lain. Tidak. Mak ayah aku cikgu, cikgu yang rajin. Dua dua cikgu.
Mak aku cikgu sekolah menengah, ayah aku cikgu sekolah rendah. Cuma emak aku rajin buat kuih dan ayah aku jual santan.
Banyak mesin santan ayah aku. Mereka usaha sangat kuat, kenapa? Kerana mereka cuma ada each other dan anak anak. Keluarga pulau dan sisihkan. So apa lagi boleh buat…
Pada 2018, mereka datang duduk di rumah baru. Macam macam nenek complain. Besar lah. Tinggi lah. Kosong lah. Takada orang lah. Surau jauh lah. Monyet lah. Cina lah. India lah. Babi lah. Semut lah.
Sejak pindah, hari hari dizikirkan nama anak anak yang dah tak sudi. Tapi anak anak yang dah bekorban ni?
Kemuncak. Ada satu hari atuk demam, nenek pula nangis nak mak cik 3 dan pakcik 4. Atuk aku demam, nenek mogok tak nak makan.
Dia kencing di meja makan dengan harapan anak anak balik melawat ayah yang demam dan emak yang meracau.
Tapi tidak. Ibu dan ayah aku yang datang lap dan mop kencing nenek. Dia kata dia nak anak dia datang tengok dia. Atuk cerita dia pening kepala dengan nenek, malam tu atuk aku masuk hospital.
Lepas 3 hari, atuk aku meninggal. Atuk sempat minta maaf ke ayah. Kasihan ayah aku, bila ayah yang minta maaf ke anak, dia rasa dirinya adalah anak yang jahat.
Penat aku type. Sepenat hati aku flashback. Okay nak sambung sikit je lagi.
Lepas atuk meninggal, datanglah anak anak favorite ke rumah baru atuk nenek hasil kerja keras ibu ayah aku buat kali pertama.
Antara soalan bodoh yang aku dengar adalah “Lepas pak mati, mak ke dapat rumah ni?”. “Lepas mak mati, rumah ni mak wasiatkan ke siapa?”.
Kepada semua mak ayah dan aku juga, sayangilah anak anak walaupun siapa dan apa mereka. Sayangilah anak sama rata.
Kita tak tahu siapa sebenarnya intan dan siapa sebenarnya permata. Apapun maaf dari aku kalau ayat aku berterabur.
Ini adalah cerita dari time frame yang sangat lama. Dari aku kecil hingga aku anak 2. Dari ayah aku muda hingga dia tua.
Saksi aku kepada ketidak adilan kasih sayang daripada ibu bapa kepada anak anak. Dan mak ayah yang membenarkan fitnah anak kepada orang lain (makcik 3 kepada ibu aku).
Semoga Allah ampuni dosa kita semua.
– Ayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit