Trauma Ay4h Baran

Assalamualaikum pembaca yang dikasihi. Salam Syawal buat semua. Terima kasih kerana menyiarkan cerita ini.

Sebelum itu, niat saya berkongsi kisah ini untuk mendapatkan nasihat daripada pembaca budiman sekalian dan bukan untuk mengaibkan sesiapa. Izinkan saya membahasakan diri ini aku.

Sebagai pengenalan, aku seorang lelaki dan berada di pertengahan usia 20an. Alhamdulillah aku baru tamat belajar universiti dan baru mula bekerja serta masih tinggal bersama ibu, ayah dan adik perempuan.

Ibu merupakan seorang ibu dan isteri yang baik dan penyabar. Dialah yang mencari nafkah menjual kuih menyara kami.

Ayah pula dahulu pernah bekerja sebagai pemandu teksi dan grab tapi dah berhenti kerana sakit jantung dan diabetes. Sejak itulah ibu menjadi penyara tunggal kami sekeluarga.

Ayah aku seorang yang panas baran. Sungguhpun macamtu dia tak pernah naik tangan ke mak aku. Jarang sekali juga merotan aku cuma adalah pernah makan penampar sekali sekala, haha.

Cuma, bila dia marah ayat yang keluar tu memang lebih sakit dari kena tampar. Maki.

Makian tu sangatlah biasa bila dia marah. Tinggi suara apatah lagi. Nak bagitahu ayat makian dia pun aku tak tak sampai hati dekat sini.

Bod@h, b4bi, si4L tu selalu sangat dah. Aku, mak aku, adik aku selalu dah kena.

Aku pernah gaduh dengan ayah aku buat pertama kali masa Tingkatan 4. Kisahnya, dia ajar adik aku buat kerja sekolah ke apa entah lepastu dia maki-maki adik aku masatu dia darjah 4.

Aku sebagai abang (walaupun abang angkat aku masih sayang adik angkat aku) masatu sangat triggered dan terus kata kat ayah aku “boleh tak jangan maki anak macamtu”.

Lepastu memang terbalik lah rumah tu cerita dia. Makin mengamuklah bapak aku. Masatu betul betul krisis aku rasa.

Pergi sekolah terus rasa tak boleh nak bercakap. Kawan-kawan cikgu pun ada yang perasan sebab selama ni aku dekat sekolah memang pengawas yang ramah tamah mesra alam.

Berbulan juga nak okay balik masatu. Lama tak cakap dengan ayah. Tapi lepastu ok balik. Dia macamtulah lepas dah ngamuk ngamuk maki maki akan okay balik. Lepastu kitaran tu bersambung sambung macam biasa.

Benda ni aku hadap daripada kecik menyebabkan trauma tu sampai sekarang. Aku dengar dia bersin atau batuk pun aku jadi anxiety rasa takut yang tiba-tiba muncul.

Dia kalau marah suka hempas barang. Ada sekali tu aku paling bengang sekali dia pergi pecahkan TV LCD 42 inci sebab ada gaduh dengan mak aku. Dah lah tv tu mak aku yang bayar.

Aku rasa makin menjauhkan diri dari dia. Aku cuba cuba jugak nak rapat dengan dia tapi entahlah aku rasa tak boleh. Makin awkward bila makin besar ni.

Aku makin benci bila dia maki mak dengan adik aku. Aku rasa helpless tak boleh buat apa nak jaga mak dengan adik aku. Aku jadi pemarah bila ayah buat dekat mak dan adik aku macamtu.

Mak aku selalu pesan untuk sabar, buruk macam mana pun ayah kau juga. Tapi aku rasa aku dah hilang hormat dah dengan ayah aku. Aku sedih. Orang yang patut jadikan suri teladan terdekat dalam hidup aku macamtu.

Baru-baru ayah aku buat perangai lagi. Aku memang geram dengan dia. Sampai terlepas cakap dekat mak aku kalau aku jadi dia lama aku minta cerai. Benci yang sampai macamtu sekali. Astaghfirullahalazim.

Aku perasan mak aku dah macam taknak cakap dengan aku sejak balik kampung dari raya baru ini.

Sungguh aku takda niat nak guris hati mak aku ni. Aku geram ke ayah aku tapi mak aku pulak terasa sedangkan aku nak backup dia. Faham tak cemana tu?

Aku pun tak sanggup dah tengok mak aku hadap baran ayah aku ni. Raya tahun lepas dah la mak aku kena panggil bodoh depan sedara mara. Aku ingat lagi. Geram. Baru baru ni je dia beria nak raya selama ni tak pun.

Aku selalu balik kampung bertiga je sebab alasan dia waktu raya banyak boleh cari duit. Ok lah fine dia pun cari duit utk kitorang gak masatu. Aku jadi tak pandai nak beraya bila ada dia.

Aku rasa sedih tengok orang lain salam dan peluk minta maaf dengan ayah dia masa raya. Bagi aku dialah orang paling pelik dalam hidup aku.

Pernah sekali masatu bulan puasa dia mengamuk sebab mak aku masak sup ayam. Memang kena makilah masatu. Bulan puasa ke tak puasa ke takda beza.

Lepastu dia tekan tekan minyak kereta kuat kuat macam orang tak betul dia keluar rumah. Masa aku tutup pagar tu aku betul betul luluh hati dan berdoa lagi dalam hati kalau dia pergi tak balik balik pun takpa aku tak kisah.

Aku sayang mak aku. Tapi bila jadi macamni entahlah. Aku tahu dia tersepit aku pun tersepit. Aku taknak jadi anak derhaka dengan ibu.

Dengan ayah pun aku taknak jadi anak derhaka. Tapi tulah kadang aku rasa tak sabar nak keluar rumah duduk rumah sendiri lepastu pindah cari kerja jauh-jauh.

Tapi aku risau mak aku. Dia pun tak sihat sangat. Adik aku pun ada pemikiran yang sama. Hikmahnya benda ni semua jadikan aku dengan adik aku lebih rapat. Kitorang kongsi segala kegeraman bersama.

Aku pun fikir taknak jadi anak yang tak baik sebab satu hari nanti aku mungkin ada anak dan aku pun tak tahu hidup di masa depan macamana kan.

Cumanya aku nak bagitahu kalau korang jadi mak bapak tolonglah jangan maki anak-anak. Luka mental ni dahsyat. Kesan sampai ke tua.

Aku pun tak tahu dah hala tuju penulisan ni kemana. Tapi tulah aku betul betul nak minta nasihat pembaca semua apa perlu aku buat?

Aku betul betul nak kan nasihat sekurang-kurangnya yang sedapkan hati. Aku pun minta doa dari semua orang. Doakan keluarga aku dapat hidayah Allah SWT.

Terima kasih.

– Awanana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *