Trauma Bapaku Hot-Tempered

Aku seorang anak. Aku dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana. Alhamdulillah ibu ayahku bekerja keras untuk mencukupkan keperluan anak.

Aku sayangkan mereka. Tapi apa yang berlaku pada hari ini telah membuatkan diri ku menangis teringat kisah ku ketika kanak- kanak dan remaja.

Tiba-tiba segala kenangan manis ku ketika kecil, hilang.

Apa yang ku ingat hanyalah ditengking ayah, dirotan ayah, dipukul ayah, diugut ayah, dihentaj kepalaku oleh ayah. Aku berfikir keras untuk mengimbau kenangan manis tapi aku gagal!

Aku tidak pernah khatam quran kerana tiada siapa mengajarvku quran sehingga habis. Ku trauma dipukul hanya kerana baca iqra tersangkut sangkut.

Kini aku sedang usaha menghabiskan (khatam) quran seorang diri. Doakan aku berjaya habiskan bacaannya.

Aku teringat satu kisah ketika di sekolah rendah, aku sering bertukar sekolah. Walau di mana pun ku bersekolah, ku menceritakan bahawa ibu dan ayah ku ini bukan ibu ayah sebenar ku.

Ibu ayah sebenar ku ialah seorang raja dan pernaisuri yang tinggal di langit. Rakan-rakan mempercayai kataku.

Sehingga lah satu hari fantasi ku ditsmpar hebat. Seorang rakan menengking aku memberitahu ceritaku tidak logik. Aku menipu. Ketika itu aku mempersoalkan diri ku. Aku menipukah? Tapi itu impian aku.

Aku ingin jadi anak raja dan permaisuri yang tinggal di langit yang sentiasa senyum dan sayang pada ku. Sejak itu aku seolah olah tersedar dan cerita tentang ibu bapa sebenar itu tidak pernah lagi ku ceritakan pada siapa.

Hidupku terlampau dikongkong yang mana aku rasa itu menjadi punca aku memberontak ketika remaja.

Aku ialah seorang anak yang bermasalah ketika remaja. Sangat bermasalah. Rasa hina sangat ketika itu tapi apa yang ku fikirkan ialah nak lari rumah nak hidup tanpa ibu ayah yang sentiasa mengawal diri ku.

Aku mula berdendam dan menipu. Menggunakan alasan belajar bersama rakan untuk keluar. Tidak suka berada di rumah. Aku rimas.

Aku berdendam dan berjanji aku akan buktikan aku pelajar bermasalah yang dimarah ibu ayah, di jeling guru, di hina rakan, aku akan berjaya.

Allah Maha Adil, ku berjaya ke menara gading. Alhamdulillah telah bekerja, berkahwin dan mempunyai anak yang sangat comel.

Sepanjang diri ku sambung belajar, aku tidak oernah homesick. Aku gembira bersama rakan. Namun ku tidak pernah juga melupakan ibu ayah.

Setiap kali malas belajar, ku akan ingat diri ini belajar kerana Allah , nak balas jasa ibu ayah. Kesian ibu ayahku yang telah habis banyak duit untukku. Aku tidak ingin susahkan mereka lagi.

Tapi. habit, bercakap sorang-sorang, pendendam, menipu. Itu antara habitku.

Aku termenung berfikir apakah kesan yang jadi pada diriku akibat trauma sejak kecil?

Aku menjadi seorang yang panas baran.

Aku menjadi seorang yang egois.

Aku menjadi seorang yang pendendam.

Pernah hampir membunuh anakku ketika dia masih dalam kandungan. Aku oegang pisau dan menghalakan pisau itu ke perut. Aku sedih menikirkan kejadian itu. Aku jahat.

Aku pernah mencampak anakku (dari dukung campak ke katil) ketika anakku berusia 2 bulan lebih. Kerana aku tidak tahan dengar anakku menangis.

Aku jadi baran. Aku jadi emosi. Ku tengking anakku, anakku terkejut dan berhenti menangis lalu tertidur. Setelah itu, aku sendiri menangis di sebelah anakku.

Semakin anakku membesar, beberapa kali ditengking aku, ditunjal dahinya, aku berkasar. Aku tidak memukul anakku tetapi aku berkasar dengan anakku.

Menolak tubuhnya jauh dariku. Aku oernah menengking dengan suara yang sangat tinggi sehingga anakku ketakutan dan berlari memelukku. Aku bukan ibu yang baik.

Aku bukan pasangan yang baik. Aku ego san aku ganas dengan pasanganku. Aku belajar mengugut pasanganku. Aku ego. Aku berdendam.

Aku sering memaki hamun diri nya semasa ketiadaannya di rumah.

Aku sering bercakap seorang diri, memikirkan pelbagai situasi. Aku sering menangis seorang diri. Pernah menghantukkan kepala ku ke dinding.

Pernah hendak lari rumah. Aku sangat panas baran. Campak barang, hempas barang, merosakkan barang, mencederakan diri sendiri, hampir mencederakan orang lain.

Aku cuba untuk kawal. Kadang aku berjaya kadang aku tewas. Kadang aku membenci diriku sendiri.

Paling teruk yang ku tidak ingin terjadi ialah anakku sudah mula menunjukkan emosinya. Berumur 5 tahun tetapi sudah pandai melawan orang tua, menipu, dan panas baran. Aku menyesal.

Banyak bahan bacaan aku baca. Aku ingin ubah diriku. Aku nak jadi ibu yamg baik. Aku nak sayangi anakku tidak mahu berkeras dengannya lagi. Aku tidak mahu anakku membesar seperti ku.

Kerana dipukul dimarah diherdik sejak ke cil, aku jadi begini. Aku tidak mahu anakku jadi seperti aku. Adakah terlambat untuk aku berubah?

– Seorang ibu dan anak yang penuh cela.

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *