Assalamualaikum.
Aku dah jarang kat sini sebenarnya, in fact, dah lama deactivate facebook. Tapi memandangkan semalam YB KBS, Syed Saddiq declare yang PLKN & BTN dah mansuh serta-merta, aku decide untuk, well, pecah lubang kat sini.. Which is, aku rasa, tak perlu diamkan lagi..
pengalaman aku pergi BTN masa mula2 masuk U dulu, (semua fresh student kena pegi, wajib) memang teruk, seteruk-teruk camp yang aku pernah pergi. facilitators yang, ugh.. activities.. content.. none of it yang elok.. aku benci semuanya. trauma pun ade.
first day, they yell about how siswa-siswazah masa kini hopeless (BTN tahun 2010-2011, tak ingat the exact date)
and then those facilitators, lelaki-lelaki tua yang entah siapa-siapa, mula mengeluarkan arahan. pecah satu universiti jadi beberapa bahagian. and they start to give chores, kerja-kerja yang takde kena mengena dengan BTN.
Basuh kereta facilitators, kutip daun kering dan sampah keliling camp, basuh tingkap dan kipas dalam dewan, sapu dan mop lantai dewan,
budak lelaki pegi panjat pokok kelapa dan cari cawan & ais however they can, faci nak minum air kelapa muda sejuk.
at the same time, they handpicked, facilitators ni pilih sendiri PELAJAR-PELAJAR perempuan, yang bertudung labuh, yang berpurdah, bertutup-litup, aka mereka yang nampak alim-alim ni, untuk SHAMPOO rambut-rambut facilitators. tak guna punya orang-orang tua.
budak2 ni tak nak, bukan mahram, tak boleh bersentuhan, lepas tu mereka ugut, kalau mereka tak buat, semua tak boleh makan untuk hari tu. (we haven’t had any food at that time, lepas tu diorang ugut tak nak bagi makan malam). the boys said, takpe, takpe, biar kami yang shampoo kan, budak2 perempuan tu tak boleh. tapi facilitators mengamuk. ended up, budak2 perempuan tu shampoo jugak sebab rasa bersalah dan takut. I was really disgusted by these pakcik-pakcik la..
kononnya kerja-kerja ni untuk runtuhkan dinding ego kami, anak-anak orang kaya yang tak pernah buat kerja rumah. hoi, aku buat semua kerja rumah sendiri la dari kecik, family kami susah, orang kampung.
all these chores diberikan 1 sen upah, for each group, bukan individual.
nak makan kena beli, nasi sepinggan 5 sen, lauk 4 sen, dapat la seketul ayam atau ikan.
kongsi satu group dalam 7-8 orang. makan secubit sorang sikit
this and that, the usual team-building activities dalam mana2 camp. macam biasa, main lukis-lukis, buat nama, logo, lepas tu war cry. cliché
tapi tak begitu berkesan, sebab diorang pilih randomly, sorang student untuk jadi ketua, wakil universiti, terima arahan daripada facilitators. tapi dia tak dapat pikul tanggungjawab tu, dimalukan di khalayak ramai, lepas tu diorang pilih pula orang lain untuk jadi ketua. everytime that new leader, buat kerja bagus, facilitators akan bandingkan dia dengan previous leader. kesian gila budak tu malu.
lepas tu waktu malam, kami kena tengok video, orang kena tikam, kena libas dengan parang, kena tikam guna lembing/ tombak/ buluh runcing I dont know, dekat bahagian perut. semua tu government officials. scene dalam tu direkod menggunakan, macam kamera lama, poor quality, dan macam rusuhan berlaku, tapi tak tau kat mana.
facilitators kata, ini yang jadi kalau orang tak sayang negara dan biarkan ianya jatuh ke tangan pembangkang. I was really traumatized by all those gore videos. budak perempuan ada yang menangis-nangis dan tahan muntah. itu malam terakhir kami di sana tak silap aku.
facilitators ni pandai, dia check phone budak sorang-sorang, untuk pastikan takde videos atau gambar-gambar yang leak out. phone waktu tu simple phone, senang check, tak boleh sorok. tak reti nak sorok pun. dan kami semua dipaksa untuk sign agreement, apa2 yang terjadi dalam camp tu, tak boleh bocor. atau kami akan dikenakan tindakan undang-undang or something, tak ingat apa yang mereka ugut secara details.
BTN yang group kitorang pergi tu memang hell-hole.
kitorang tanye group-group lain, dalam universiti, batch kami la, BTN diorang macam mana.
semua jawab ok je, seronok. diorang dapat camp lain. group kami balik semua trauma, macam orang tak betul je masing-masing. jadi topik hangat jugak la untuk sebulan dua, sebab mesti ada yang terlepas cakap or tak reti simpan rahsia kan.
aku tak dapat ingat kejadian penuh yang jadi waktu tu. tapi memang macam-macam la jadi.
dan bila BTN diumumkan dimansuhkan serta-merta, happy gila aku. tak tau la berapa ramai mangsa budak-budak kena kat camp neraka tu.
– Kamal
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit