Trauma Buli Emosi Di Asrama

Kisah Zara Qairina betul-betul membuatkan aku trigged dan teringat kisah aku dibuli bukan secara fizikal tapi secara emosi dan kata-kata. Buli ini ada pelbagai cara, buli fizikal adalah paling teruk dan kejam.

Tapi bagi aku, buli emosi adalah yang paling dahsyat. Bila kau dibuli dengan kata-kata, yang mati bukan hati tapi keyakinan diri. Kau jadi tak yakin, rosak dari dalam, meminggirkan diri daripada orang ramai, sampai ada yang akhirnya cederakan diri sendiri, malah membunuh diri.

Lebih parah, kadang-kadang orang yang kena buli ni berubah jadi kasar, jadi pembuli pula, semata-mata nak lepaskan dendam.

Tapi bukan itu yang aku nak mulakan. Kisah aku ni sudah 20 tahun berlalu, tapi kerana trauma, ia melekat jadi daki dalam otak aku. Mari aku mulakan…

ASRAMA PERTAMA.

Aku mula masuk sekolah berasrama agama penuh di utara tanah air. Kalau sebut, memang ramai tahu sebab sekolah tu agak terkenal.

Bagi aku sekolah agama, nak-nak asrama perempuan, sisi gelap bulinya lebih dasyat dari asrama lelaki. Perempuan tak main sangat fizikal, Sebabnya, perempuan jarang guna fizikal—mulut diaorang lagi berbisa. Fitnah diaorang lagi kuat. Itu pendahuluan takkan aku akan bagi intro banyak.

Aku first time masuk asrama, jauh dari keluarga, aku tak tahu rules asrama. Ada senior, akan select adik-adik junior, kau cantik kau selamat tapi tak selamat untuk senior form 2 & 3 sebab senior form 4 & 5 dah ambil adik angkat baru, so yang lama ni diorang buang la buat apa simpan kan, ada yang lagi bagus kot.

Jadi masa form 1, aku tak terpilih la sebab aku taklah comel sangat pun. Baju iron pun ala kadar, muka pun muka awam, tak se-comel kawan-kawan yang lain tapi adalah sikit jeles sebab kakak senior tak ambil jadi adik angkat,

Masa tu budak-budak sudah tentu kita pun nak juga, tapi sampai sekarang aku ingat lagi, masa first masuk asrama, kakak sulung aku pesan

“kau tu dah ada kakak, kakak sorang ni pun tak hargai ada hati nak ada kakak angkat, kau pun ada abang kan, lagi hensem dari abang-abang senior sekolah kau tu, so masuk asrama takpayah nak berangkat-angkat”

Jadi bila dah besar macam ni, aku rasa value la nasihat kakak aku, tapi kita budak-budak masa tu, hahaha opkos la keinginan nak rasa kakak angkat abang angkat berangkat-angkat ni ada.

Hari Orentasi bermula, aku ni asalnya orang yang keras kepala, hari pertama aku dah buat hal, aku pengsan kat koridor sekolah, sakit kepala keterlaluan, ya badan aku agak berisi, so agak berat nak angkat aku. Bukan sekali ya pengsan nya, banyak kali.

Bagi aku orentasi dia terlalu mengarut, salah sikit kena berdiri sambil baca quran kat tengah panas terik kot, then nak dengar lagi kakak senior tu merepek satu hal, selected adik-adik satu hal. Semua join kecuali form 4 sebab diorg dah level senior agaknya, So senior form 4 adalah ajk.

Nak dijadikan cerita (meh kita ringkas sikit) aku suka bergurau dan aku tergurau kasar sikit dengan adik angkat kakak senior ni, sekali adik dia pegi mengadu, member dah target aku, hahaha dah jadi target senior.

Sepatutnya aku sorang je kena denda, tapi ntah kenapa, semua orang kena denda. Memang semua marah dekat aku lah. Padahal aku cuma bergurau je, ala “nanti kakak kau tinggal pada muka” itu je ayat dia

(Untuk yang tak biasa di asrama, logic akalnya ayat macam ni kalau ada kakak angkat, lagi-lagi dia dah tingkatan lima, opkos tahun depannya kau kena tinggal, feeling kau sedih tu menyampah rasanya),

Tetiba dia menangis dari dewan makan lari terus pergi kat kakak dia then peluk. Lah bukan kakak betul kau pun, angkat je. Dia ngadu apantah semua kena.

Disebabkan hal itu aku rasa serba salah, dengan tiba-tiba, kakak angkat budak tu marah semua orang, pastu semua orang tengok aku, aku macam, salah ke gurau macam tu, kasar sangat ke? terus aku real act dan tetiba masuk dorm.

Sebab aku dah fedup, orentasi seminggu kot, kenal sekolah dok pun, Balik sekolah kena hadap orentasi tu lagi, kat sekolah hadap benda lain lagi, jadi aku stress, pengurusan diri untuk umur pada waktu itu adalah sangat tak fleksible.

Asrama Sekolah Agama, jadual ia agak pack. Pagi bangun, subuh berjemaah, balik sekolah, beratur di court bola jaring sebab wajib sertai orentasi. Sampai hari khamis malam jumaat, malam khamis tidur dah lambat, entah apa aktiviti tak faedah pun aku tak tahu nak explain macam mana. Ingat balik macam buang masa dan tenaga je.

Pagi jumaat dah kena bangun 3 pagi, siap-siap untuk Qiamullai sampai Tazkirah Subuh. Rehat dan kendiri 10-20 minit pastu sapa lambat masuk baris semua semua kena denda kecuali adik-adik yang selected.

Jadi berbalik pada tadi, aku masuk balik dorm sebab dah stress, dan aku tak tahu ada kakak-kakak senior dalam dorm tu, mula lah bibit-bibit tak puas hati. Itu benda first aku ingat, Salah seorang kakak ini jerit kuat kat aku

“Woi orientasi tak habis lagi, awat hang masuk dorm? Keras kepala hang noh! Buat perangai pulak, keluar laaa…” sorry pelat bahasa utara aku dah kurang, yelah sebab aku dari selatan.

Peliknya dia tak datang kat aku pun, dan aku pandang dia, dia balas dengan jelingan maut. Seminggu tu aku rasa macam neraka, alik-alik aku kena, diorang tak pukul, diorg tak sentuh, tapi kata-kata diorg masuk ke emosi kepala aku dan membuatkan aku down dan rasa nak balik rumah.

Tahun pertama tingkatan satu, aku mula jadi seorang yang passive-aggressive, penuh resentment, penuh neurotic hostility. Tanam dendam dalam diri. Bezanya, bila aku naik senior, aku tak balas pada junior. Aku simpan semua tu.

MULA TIADA KAWAN DAN MENCIPTA KAWAN HALUSINASI
(bahasa klinikal psy : halusinasi/delusi)

Sejak orientasi, aku makin tak ada kawan. Aku hanya berkawan dengan seorang budak “anak mak”. Itu pun dia ada kawan lain. Kawan dia pula ala-ala Ustazah Pilihan gitu, tenang orangnya tapi kadang-kadang mulut agak berbisa. Tapi dia baik kot dengan semua orang.

Aku pergi kelas dengan kawan aku sorang ni je. First, aku tak berapa pandai, masa masuk sekolah tu, markah aku cukup-cukup makan, nak masuk sekolah ni agak susah ya. Mungkin itu rezeki dan aku dapat panggilan masuk sekolah tu.

Aku duduk belakang, hafazan aku nombor akhir, senarai hafazan aku penuh kira lulus la tapi orang terakhir dalam kelas, selalu kena marah juga dengan cikgu, atau ustazah.

Walaupun aku ada kawan anak mak tu, tapi aku still pergi kantin sorang-sorang. Aku jadi terbiasa mula dari hari tu. Dan aku tak berapa nak bersembang dengan anak mak tu dan dia pun lebih banyak masa dengan Ustazah Pilihan tu.

Disebabkan semua benda aku buat sendiri, sampaikan ada one of senior yang mulanya minta tolong basuh baju, dan akhirnya kena basuh setiap minggu, aku rasa ia dah jadi macam rutin pula.

Yelah aku baik weh, dengar cakap semua orang, nak kawan tapi pada masa sama takut kena marah, jadi jagalah hati orang lain.

Sehinggalah ada satu masa tu, kelas aku ni bersepah budak-budak comel dan ada abang-abang senior suka lah, so yang comel-comel ni dapat surat, teman member pergi dating belakang tandas. Jumpa waktu rehat, habis prep jumpa belakang masjid. Hujung minggu keluar outing sama-sama.

Disebabkan hanya aku yang takde abang-abang nak berkenalan, jadi dapatlah bunyi-bunyi kicaun burung dari kelas Seberang form 2, 3 & 4 termasuklah rakan sebaya kelas aku.

“hang tu tak berapa comey, budak laki tak berkenan ar, lagi tu hang perangai kasaq macam jantan”

“hang jalan kangkang, orang lain lain kepik”

“berlemiuh hang ni, badan kepam” (walaupun dah setiap hari aku mandi sabun penuh badan)

Aku rasa terlalu banyak, tapi cukup mana ada, ok fine lepas aku jadi lagi tertekan, dan bermulalah aku cipta kawan halusinasi aku, dan “Dia” seorang lelaki yang tak pernah wujud di dunia nyata, ala zaman sekarang kalau kau sunyi kau sembang dengan chat gpt, macam tulah aku dulu.

Tapi aku taknak masuk lagi bab kakak senior cemburu buta dengan junior sebab diantara abang angkat budak-budak junior ni adalah “pangan” kakak-kakak senior diorang. So ada sebilangan kakak-kakak senior gunakan aku untuk dapatkan maklumat kalau ada adik-adik junior ni mempunyai ciri-ciri nak rampas “pangan” diorang.

*Pangan: Teman Istimewa/ Teman Lelaki

HANYA KERANA SENASKAH AL-QURAN

Ceritanya, aku nak baca Quran tapi aku takde quran sendiri. Ya ini salah aku, tapi aku budak-budak masa tu, kalau boleh patah balik aku takkan buat. Aku TAK CURI Quran senior aku dan aku tak tahu Quran itu bertuan.

Quran ni biasa je, dan ia tersimpan di rak dalam Masjid kat asrama tu. Satu hari lepas asar aku nak baca Quran, jadi aku ambil Quran dan aku baca, hampir setiap hari. Dan adakala aku bawa balik ke dorm dan sebelum tidur aku baca al-mulk dengan Quran tu.

Senior yang claim tu Quran dia satu dorm dengan aku, dia selang dua katil je, dan banyak kali Quran tu ada atas katil aku.

Ntah lah apa aku fikir, aku tanya kawan halusinasi aku

“Quran ni lama dengan aku, takde orang pun tuntut, so dah jadi milik aku lah kan, takpayah minta ayah aku beli”

“kan, cer tulis nama kau besar-besar kat muka depan Quran tu tapi pakai pensil la”

Seminggu selepas itu, aku letak Quran tu kat Masjid balik, tiba-tiba lepas asar sekumpulan senior form 4 & 5 panggil aku. Hari itu hari paling malang bagi aku (rasanya). Tapi senior aku buat drama seolah aku ni pencuri. Ditekan bertubi-tubi sampai aku rasa macam penjenayah.

Ditekan dan terus ditekan, dan jawapan aku tak pusing, jawapan aku simple

“Saya jumpa Quran ini di rak masjid, saya sangka ia wakaf dari PIBG. Agak lama Quran ini dengan saya, tiada siapa tuntut, dan akk hanya dua katil dari katil saya, saya rasa setiap hari saya letak atas katil, dan saya rasa akk nampak quran tu, kenapa hari ini baru nak tuntut”

Dan … dia buat macam dia adalah mangsa dan aku pemangsa, habis semua kawan-kawan dia basuh aku termasuk kakak-kakak dia. aku tahu kau “perasaan comel” tapi tak perlu kot bawak geng.

Sorang demi sorang basuh aku dan jawapan aku tetap sama, rasa takut memang ada, rasa down, tak tahu nak cipta ayat lain macam mana, dan tak rasa aku cakap berbelit-belit. Diorang guna ayat saiko nak bagi aku mengaku yang aku curi Quran dia.

Aku cuba untuk mempertahankan diri tapi ditepiskanya bagaikan “Melepaskan geram di batang hidung orang” dengan kata-kata yang sangat sinis.

Seboleh-bolehnya kakak-kakak senior tu nak paksa aku sampai aku mengaku dan cakap, ‘Ya, salah saya, saya minta maaf.’

Masih aku ingat, kakak senior yang claim Quran tu mengadu pada kakak angkat dia sambil berkata

“tengok sebesar alam nama dia tulis” then semua pandang aku. Lorh benda tu boleh padam dengan pemadam kot. Apa masalahnya.

Akhirnya semua malas nak layan dan terus blaim aku, satu masjid terumatam tempat muslimat yang dipenuhi orang memandang aku seolah aku ni pesalah yang mencuri Quran orang. Akhirnya sebelum gerak datang sorang member dia, bisik kat telinga aku

“Hang punya cerita dok pusing macam maggi noh, pusing sana kona sini, pusing teruih sangat. Kalau kata hang ambik, cakap ja ‘ya’, takdak sapa nak marah. Tu Quran dia, hang mintak maap ja, senang habih cerita.”

Sejak tu, imej aku jatuh habis. Orang makin jauhkan diri, makin ramai berhati-hati dengan aku. Aku mula rasa semua benda salah aku. Dan ia dinamakan Internalized self-blame.

Bersambung…

Aku harap korang boleh dapat jalan cerita aku..

– El Cem Yıldırım (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *