Assalamualaikum dan salam sejahtera warga IIUM Coffesion.
To be honest, I am triggering a lot pasal kes ‘abang B’ tu. It cause flashing back all my bad memory masa kecil. Masa kecil aku sangatlah tidak indah. I only remember bad memory. Tak ingat apa apa pun moment indah masa kecil.
Even sekarang pun doctor diagnosed me with depression MDD, Anxiety dan PTSD. Korang boleh search la apa penyakit aku tulis tu.
Adik beradik mak mostly lelaki. Jadi aku rapat la dengan pakcik-pakcik aku tu. Diorang pun macam abang bus, manja kan aku. Selalu bagi duit, bagi gula-gula, bagi mainan, puji2.
Kanak-kanak mana yang tak suka kan. Nak pulak mak ayah sibuk bekerja. Jadi bila dapat kasih sayang dari orang lain, aku happy sangat. Disebabkan rasa disayangi tu, aku jadi selesa dengan diorang.
Suatu hari tu masa umur aku 5-6 tahun macam tu, pakcik aku ajak masuk bilik dia. Minta urutkan belakang badan. Dia suruh aku pijak. Without any objection, aku buat je. Sebab rasa seronok main2 lepas urut dapat upah plak.
Tapi ingatan aku masih segar, dia buka baju dan turun kan seluar dia. Suruh aku pegang private part dia. But still, aku tak tahu apa semua tu. Dia minta aku urut private part dia. Oh by the way, this event happened kat rumah nenek aku.
Kadang sambil duduk tengok TV sama-sama dia pegang br*ast aku. Aku tak selesa dan selalu tolak tangan dia. Ada jugak dia peluk aku. Cium aku. Tapi aku tak tahu itu adalah amang seksual. Sumpah aku tak tahu.
Bukan tu saja, sepupu perempuan aku pun kena benda yang sama malah lagi teruk. Aku nampak sendiri depan mata yang pakcik aku bukak baju sepupu aku dan tindih badan sepupu aku. Walaupun tak kena pada aku, kesan nya pada aku, aku sentiasa terbayang kan benda-benda tak elok.
Kenapa tak beritahu mak ayah? Mesti ramai curious kan. Sebab tak tau benda tu satu kesalahan. That’s it. Bila dah tahu, it turn myself to other person. I am no longer seorang kanak-kanak yang happy.
Aku selalu kurung kan diri, ketakutan, nak bagi tahu orang dewasa tapi takut. Fikir cara macam mana nak voice out pasal ni. Overthink. Padahal masa tu baru umur 10-11 tahun macam tu.
Guess what? Masa umur aku 27 tahun baru aku bagi tahu mak aku apa yang pernah aku lalui masa kecil. Tapi respon dia sangat mengecewakan aku. Hahaha. Betapa susah nya aku nak dapatkan kekuatan untuk bagi tahu pasal ni.
End up respon yang aku dapat “takkan la pak i*** tu nak buat macam tu. Dia hafal quran lagi tu. Lagi pun dah lama da jadi”. Dia cakap jugak aku pun besar berjaya dah sekarang.
But one thing she never knew, I am suffer. I am sick. I am trauma. Seumur hidup aku duduk dalam ketakutan. Tak cite lagi part how addicted I am toward sentuhan-sentuhan seksual tu semua. I am working in technical field which is monopoly by male worker.
Pernah satu hari aku trigger dengan gurauan mereka dan terlalu ramai lelaki masa tu, aku jadi anxiety dan panic attack. Shaking whole body, sesak nafas.
Senang cerita I cant control any movement on my body. Kejang @ shaking. Idk. Sampai kena hantar ke hospital. Sakit ya trauma ni.
Kepada yang backing abang bus, aku bersangka baik. Mungkin korang tak pernah jadi mangsa dan tak pernah ada pengalaman buruk gangguan seksual masa kecik.
Kepada yang pernah jadi mangsa, they know well. It is grooming. Even if the abang bus is not pedo, but he open space for pedo out there to use his video. The description and comment of the video also berbaur lucah. Its wrong guys.
Nasihat aku, ajarkan kepada anak-anak lelaki dan perempuan anda tentang sentuhan selamat dan tidak selamat. Ajarkan mereka apa yang perlu di buat jika berlaku sentuhan tidak selamat.
Jika anak-anak mengadu disentuh atau diganggu, segera siasat dan ambil tindakan. Don’t you ever compromise dengan predator pedophile.
Anak-anak cuma ada kamu untuk dipercayai. Tapi kalau mak ayah sendiri tak dapat nak lindung anak-anak, ke mana lagi dia akan bergantung? Think of it.
Worst thing, anak-anak akan addicted dan cari jalan untuk puaskan diri sendiri.
– Cempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Child trauma sy juga sgt menakutkan..pastinya anda tak dpt membayangkan org yg patut jaga kita, cuba hancurkan hidup kita..😭
Tolongla… tolong bawa cerita ni sampai masuk tiktok. Org kat sana terlalu sakit
Masya Allah.. ramai juga yg “confess” ada pengalaman spt ini dlm ruangan ni.. org yg x mngalami mmg x dpt byangkn betapa perkara ini aln ‘menghantui’ hampir keseluruhan hidup seseorang itu.., bkn setakat pengalaman sedemikian pd kli pertama, malah ada kejadian yg ‘berulang’ apabila mrk dewasa, or at least ada ‘trauma’ dlm kehidupan mrk.. pd kaum lelaki, tlg lah kasihankan ank2 atau adik2 perempuan yg masih mempunyai mse depan yg panjang, apalah nasib mrk nt, klau mrk diuji dgn perkara2 begini pd usia yg muda, hampir ‘musnah’ seluruh kehidupan jika mrk tidak kuat utk menghadapinya.. ibu bapa pon kna ‘cakna’ dgn ank2, skrg ni kita x bole main ‘pecaya’ je kpd semua org, hatta kpd kluarga terdekat.. krn ‘nafsu syaitan’ ni x mngira sesiapa yg akn mnjadi mangsa nya, walau pon org itu ada latar belakang ‘agama’, mrk tetap manusia biasa yg mempunyai nafsu dan bole tergoda dgn “bisikan syaitan” durjana.. kpd yg pernah jd ‘mangsa’, perlu kuat utk bangkit semula mengharungi kehidupan yg ‘normal’.. klaw x ckup kuat, mohonlah bantuan atau pertolongan dari pihak yg dpt membantu dan semua peringkat, esp. ahli kluarga n org yg terdekat perlu memandang ‘serius’ dan prihatin tentang perkara ini, walau bila pon ianya berlaku, dan berikanlah mrk sokongan moral yg kuat dan padu.. kpd pihak yg memimpin negara juga, perlu ada jln penyelesaian yg ‘tuntas’, (at least ada tindakan makluman kpd murid di pringkat skolah dsb.), kerana ia melibatkan generasi yg akn dtg utk menggantikan generasi yg skrg.. klaw ramai yg rosak dan yg menjadi ‘perosak’, maka pincanglah negara pada masa akn dtg.. wallahu a’lam