Trauma dan Diri Yang Rosak

Terima kasih admin jika publish karangan ni. Dah lama follow post kat website ni, dan selalu terfikir nak beritahu kisah saya waktu houseman dulu. Sekarang dah jadi Medical officer la. Maaf ye, panjang penulisan ni dan bercampur sedikit bahasa Inggeris. Korang nak kecam lepas baca, kecam la, aku pun dah heartless ni.

Banyak dah kisah doktor siswazah atau ‘houseman/HO’ yang kena buli, sabotage, etc, dan tak kurang juga aku tengok HO yang perangai memang sampah. Tapi ni bukan nak highlight orang lain, tapi aku nak cerita sikit benda yang jadi waktu aku HO yang sedikit sebanyak merosakkan diri aku.

And please, orang yang bajet beragama ni boleh dipersilakan diam dan jangan keluarkan ayat sampah macam “iman tak kuat”, “tak cukup doa/beribadah”, korang tak walk in my shoes jngan fikir korang faham rasanya macam mana.

Permulaannya. Dah jadi HO, bagus dah tu. Dah lepas posting busy dan berat iaitu ‘Medical’. Kat posting medical ni la banyak aku belajar nak ‘resuscitate’ pesakit, nak masukkan IV line, ambik darah walaupun pesakit mempunyai salur darah yang halus macam mana pun pasti akan berjaya (atas ajaran senior yang gempak semua).

Sedikit sebanyak, ilmu perubatan yang nak karat sebab menganggur lebih 8 bulan tu dapat dipolish balik. Okay, jadi ingat dah boleh manage kecemasan dengan baik la lepas ni. Tidak ku sangka, posting lepas tu yng merosakkan diri aku.

Seterusnya O&G, bagi mereka yang dah lalui atau sedang melalui posting ni sekarang, mesti faham keadaan dia macam mana, haru biru, pekikan nurse dan MO, jeritan ibu-ibu yang meneran nak bersalin, tangisan bayi yang baru lahir, etc..

Di sini juga la paling tinggi kes medico-legal hanya disebabkan benda bodoh (serius, mak komen nurse tak bagi bantal nak alas belakang pun nak saman oii!!) atau kecil seperti para bapa yang tak puas hati disuruh keluar sebentar sebab isteri masih belum masuk fasa 3 nak bersalin (habis tu, nak melopong kat dalam bilik bersalin tengok kemaluan isteri orang lain ke?).

Apa yang dipelajari sewaktu medical student, banyak tak sama apabila masuk kerja – bacaan jantung baby yang kita dapat tak sama dengan yang kita pernah belajar di uni, tapi yang obviously bacaan bahaya memang la dapat pickup nak inform MO. Disebabkan bacaan jantung baby ni (atau nama lain dia CTG) la salah satu faktor aku kena sabo habis-habisan dengan nurse dan justeru dengan MO sendiri.
Contoh sabotage aku dapat?

1. Aku baru masuk hari kedua posting jahanam ni. Di bilik bersalin, pesakit yang jalan dah buka lebih daripada 4cm dah dimasukkan ke ruang fasa aktif – maksudnya bila-bila masa jalan boleh buka sepenuhnya dan ibu perlu bantuan supaya baby boleh keluar. Aku waktu ni takat CTG normal atau abnormal boleh la detect, tapi yang grey area ni memang habuk pun tak pandai. Setiap ibu ada nurse one-to-one yang in charge tengokkan keadaan dan CTG.

Alkisahnya sorang nurse ni, dapat bau yang aku tak berapa cerdik (ye aku admit aku ni bangang dan lurus bendul), suruh aku tunjuk CTG yang pendek ke MO (wktu tu aku tak tau panjang berapa baru boleh kira tak normal), dan suruh cakap yang “CTG tak cantik”. Aku tanya la dia apa yang tak cantik sebab aku tengok macam OK je. Naik hantu mak cik tu marah marah ugut kalau apa-apa jadi kat pesakit semua salah aku (depan pesakit).

Aku yang baru ni panik dan pergi tunjukkan CTG pendek tu kepada MO. Obviously aku kena marah la, sebab satu- CTG pendek gila, dua – apa yang “CTG tak cantiknya?”. Bila aku bagitau apa yang nurse tadi cakap, korang tau apa yang MO tu cakap kat aku? “You doktor ke, nurse tu doktor? Tak boleh fikir sendiri ke ha? Useless!” Dan pintu bilik ‘on call’ dihempas ke muka aku. Sejak itu aku dah kena ‘mark’ dengan nurse sebagai mangsa mudah dibuli, dan dalam kalangan MO sebagai ‘useless atau stupid’.

2. Aku tengah attend pesakit lain yang mempunyai bacaan CTG yang tidak normal dan jika perlu inform MO untuk buat pembedahan emergency Caesar (bersalin kaedah bedah), tiba-tiba ada nurse panggil suruh tengok CTG pesakit lain yang ‘membimbangkan’. Ok, kita tinggalkan kejap pesakit tadi nk tengok kemungkinan CTG satu lagi ni lebih urgent atau tidak. Aku tengok dah panjang gila bacaan tak normal ni berlaku tapi tak ada sesiapa inform kepada sesiapa.

Tengah aku tengok CTG pesakit kedua ni MO aku datang dan marah marah sebab tak inform dia CTG pesakit kedua ni dah berjela-jela (20 minit ok) tak normal, tengok-tengok nurse tadi inform MO aku tanpa beritahu aku siap cakap dia dah panggil aku banyak kali tapi aku refuse tengok CTG tu (WTF?!!!). Habis aku kena maki hamun dengan MO ni yang tak nak dengar penjelasan aku langsung.

Alhamdulillah kedua-dua pesakit dan baby mereka selamat selepas dibedah. Tapi aku fobia dah. Aku jadi macam orang kena rasuk setiap kali bertugas di bilik bersalin: check semua pesakit setiap 5 minit walaupun tak perlu sebab tak nak kena sabo dengan nurse dah. Nurse sampai marah aku keluar masuk semua bilik check berulang kali benda yang normal, tapi aku dah tak kisah, yang aku pasti nurse bilik bersalin ni kebanyakan diorang tak kisah pun keselamatan pesakit sebab apa-apa jadi boleh salahkan HO.

Kita buka incident lain pulak. Ye, masih pada minggu pertama aku di posting ni. Kita pro-active la sikit nk belajar sambut baby, hari tu dapat pulak ibu bersalin kali pertama. Kita ready la barang semua untuk potongan episiotomi bagai. Kita secara teori tahu bila moment yang potongan patut dibuat. Dan jeng jeng jeng, aku kena sabo lagiiii.

Kepala baby dah nampak, tapi keluasan dan ketebalan kulit ibu belum sesuai untuk dipotong (belum capai kenipisan maksimum), namun dalam keadaan ibu menjerit, nurse menjerit kita pun nak tenang tak dapat. Nurse mula la jerit “Potong doktor! Potong sekarang!” Aku refuse la sebab tak nipis lagi, tapi diorang jerit, maki hamun, ugut aku macam-macam suruh potong waktu tu. Aku under pressure (dan stress dah) potong la jugak – bodohnya aku.

Setelah baby keluar, as expected luka episiotomi tu dalam dan luas nak mampus sebab potong tidak pada masanya. Dan also as expected, aku kena marah dengan MO lagi with the same sentence, “you doktor ke, nurse tu doktor ha?! Stupid! Menyusahkan!”. And waktu ni aku dah start ketat muka, memang kawan aku tegur aku lepas tu pun cakap muka aku macam nak bunuh orang dah. Lepas tu aku kena label “attitude problem” pulak.

What broke me during posting ni bukan la entirely pasal staff perangai syaitan ni. But mostly family issue jugak. Bibik aku, yang family dah anggap ahli keluarga sendiri, also like my second mothet, yang dah jaga aku dan adik-adik since aku umur 1 tahun, kena diagnose with metastatic cancer (dari peparu dah kena tulang).

Aku sebagai the only doktor in the family rasa down sangat sebab aku boleh diagnose pesakit dengan bermacam-macam penyakit, tapi keluarga aku sendiri aku miss cancer tu. Padahal dia dah berbulan-bulan batuk non stop (lagi satu, aku tak duduk dengan family waktu HO, dan jarang-jarang aku balik rumah).

Aku blame diri aku sangat-sangat. After beberapa rounds chemo dan radiotherapy, cancer dia tak respond, dan akhirnya arwah meninggal dunia waktu aku in the middle of this hellish posting. That was the first crack dalam jiwa aku. And semua pasti faham, benda kuat macam mana pun, kalau dah ada retak, tunggu masa akan pecah juga.

Life goes on dalam posting ni. Aku dah habis tempoh latihan di bilik bersalin dan bertukar ke wad pula. Di wad okay sikit; nurse lebih baik dan memahami, dan waktu rehat ada sedikit lepas settle kerja di wad dan discharge pesakit. Ingatkan semuanya ok la kan. Oh tidak. Kali ni pesakit pula yang sabo aku.

Satu malam, aku balik lewat sikit sebab bila dah senior, MO suruh check dokumentasi junior, jadi aku ada la di wad sampai pukul 8 lebih padahal orang lain dah balik. Ada satu pesakit baru selesai caesar dua jam lepas masuk ke wad. Tiba-tiba dia memekik panggil nurse dan doktor dengan nada cemas. Aku dan nurse 2 orang pergi la tengok, sebab HO yang kerja malam tu tengah tengok peskit di wad lain.

Dia mengadu gatal yang amat sangat pada bhagian pinggang dan kaki, dan mengatakan dia telah diberi ubat yang dia allergic. Bila kita tanya dia, dia kata Heparin (boleh google sendiri ye ni ubat apa, mak-mak pasti kenal ubat cair darah ni), kami semua pelik la, macam mana pulak baru habis operate dah ada orang cucuk ubat cair darah?! Tak logik langsung! Aku pergi la check carta ubatan dan nota pembedahan nak tengok betul ke ada bagi heparin, dan ternyata tiada.

Aku tanya balik kat dia di mana dia cucuk heparin tu, dan dia kata di lengan. Aku call la doktor bius yang in charge pembedahan ni tadi nk tanya psal keadaan pesakit tadi – doktor tu terang kat aku yang ada cucuk Hemabate (ubat menghentikan pendarahan), dan gatal pesakit tadi adalah kesan ubat bius separuh badan yang kian nak hilang (semut-semut mcam tu). Doktor tu pesan suruh bagi ubat tahan gatal dulu (piriton).

Jadi aku inform MO on call pasal pesakit tu dan dia pun suruh ikut arahan doktor bius. Dah bagi la ubat dan pesakit tadi diam kejap. Tak sampai sejam, dia memekik balik, siap maki hamun (babi bodoh bangang, semua keluar daripada mulut dia) kat aku dan nurse aku yang cuba pastikan dia tak bangun. Aku tanya balik apa jadi dan pesakit terus maki hamun aku lagi dalm bahasa mandarin dia (ingat aku tak faham mandarin ke ha?).

Dia cakap aku ni doktor tak guna, bagi ubat tipu, cakap aku belajar mesti tak habis, sijil sogok, dan macam-macam lagi insult dalam bahasa mndarin. Aku tanya la dia dengan nada tegas sikit sebab dia tak nak diam, tanya dia lagi macam mana dia tahu dia allergik heparin, dan dia cerita la yang dulu dia pernah operate jugak dan pernah dapat injection heparin yang kena cucuk jugak.

Tapi bila aku tanya pernh tak dapatkn kad alahan daripada farmasi selepas masuk wad dulu tu, dia rasa offended pulak dan sambung memaki hamun aku lagi. Aku call lagi la MO aku, dia suruh aku bagi lagi ubat tahan gatal tadi. Ok dah bagi ubat aku buat dokumentasi apa yang berlaku tadi semua dalam rekod pesakit sebelum balik. Aku ingat dah settle la kan? Dead wrong.

Pada hari terakhir aku sepatutnya habis posting jahannam ni (sebulan selepas insiden pesakit syaitan tadi), aku kena panggil jumpa HOD dengan pakar yang in charge HO. Diorang tanya aku dulu jika aku ingat tak pesakit tadi, aku cakap ye. Dan soalan HOD yang seterusnya membuatkan aku faham yang aku tak akan dapat keadilan dalam sesi tu.

Soalan pertama HOD aku pasal insiden tu, “kenapa awak jerit kat patient tu?” Nampak tak, betapa aku dah kena judge dah tanpa usul periksa? Aku explain la pasal apa yang berlaku malam tu, tapi diorang keluarkan surat komplen yang pesakit tadi tulis dan dihantar direct ke KKM. Pesakit tu kata yang dia merasa ‘sedih’ dan ‘perasaan tercalar’ kerana doktor ini (aku la tu) telah menengking dan memarahinya di wad selepas pembedahan.

Wow, just wow. Bila masa aku tengking dia?! Bila masa aku calar perasaan dia pulak?! Aku cakap yang semua tu tak benar dan insiden tu pun saya dah inform MO siap dah dokumen dah. Tahu apa HOD aku cakap? Dokumentasi HO tak ada nilai. WTF?! Dan silap aku jugak, tak insist MO on call malam tu datang tengok pesakit tu (tapi seriously, dengan relationship tegang aku dengan MO, ingat aku nak pujuk ke MO tengok pesakit? Silap haribulan aku pulak kena tengking sebab tak boleh settlekan benda remeh macam tu).

Yang doktor pakar sekor lagi tu lagi best, dia hanya cakap kat HOD aku tu yang memang aku known case “attitude problem” sebab dia dapat laporan daripada MO lain yang cakap aku ni rude dan suka buat muka kat diorang (muka tegang aku yang aku cakap awal tadi), rude atau tidak aku pun tak sure sebab aku tak banyak cakap dengan MO, takat inform apa yang patut je.

Konklusinya, aku disuruh buat explanation letter dan kena extend 2 bulan… tapi HOD aku ugut aku; “if you try to escalate this matter to anyone, I will make sure you never leave O&G”. B*%$, maknanya aku tak boleh nak defend diri aku pun. Internal inquiry pun tak ada. Nurse wad aku tadi yang paling terkejut apabila diorang dapat tahu aku kena extend sebab perempuan syaitan tu.

Aku dah broken dah waktu tu. Menangisnya aku waktu tu bukan sebab kena extend, sebab aku tahu tiada harapan dah nak dapat justice dalam postig jahanam ni. Further kena psycho dengan doktor pakar tadi; setiap kali aku ward rounds dengan dia, dia akan cakap depan semua orang pasal kalau aku bagi any problems dia akan pastikan aku kena extend sampai kena buang kerja.

Naive nya aku ni, tak tahu yang aku boleh ambil tindakan undang-undang kat pesakit tadi sebab membuat laporan palsu macam tu. Tapi apakan daya, kalau korang kena ugut dengan HOD sendiri macam tu, berani ke korang saman pesakit tu?

Di sini bermula la aku makin tenggelam; kawan-kawan rapat non muslim (dokror jugak cuma lain posting) ajak aku keluar dengan diorang nk lepaskan stress. Mesti korang dapat agak dah ke mana cerita aku sekarang kan? Seminggu aku cuba positif, banyak berzikir, baca Quran dan berdoa, tapi aku makin sakit hati. Everything was not helping.

Bermula extension ni aku start minum alkohol pada malam yang hari esoknya off day, dan aku minum bukan sebab dapat khayal atau high, dan aku tak pernah mabuk walaupun aku minum 5 kali ganda lebih daripada orang biasa, dan bukan arak biasa aku minum; minuman heavy mcam Vodka, scotch whiskey, langkau, tuak dan macam macam lagi. Lepas minum banyakpun aku still boleh jalan dengan elok, pening atau muka merah sikit pun tidak. Betapa kuatnya liver aku dapat proses alkohol.

Tapi sumpah aku tak pernah sentuh dadah ataupun terlanjur tidur dengan lelaki. Solat memang dah kelaut.

Dua bulan extension tu, aku jadi amat garang dan orang keliling aku pun dapat rasa betapa “malignant” aku waktu tu. Kalau budak anime punya istilah, macam ada ‘aura demon lord’ yang aku keluarkan. Sampai sesama HO dengan aku dan junior aku pun kadang takut nak tegur kecuali jika perlu. Dan posting tu kemudian berlalu tanpa banyak insiden dah, mostly sebab orang dah takut nak sabo aku.

Kerja jalan macam biasa, tapi aku dah tak senyum, tak banyak cakap, ekspresi muka hanya batu walaupun ada doktor pakar lain yang baik gila buat lawak. Tapi rasanya semua dah faham yang aku broken waktu tu, dan mereka pun tak dapat nak buat apa. Semua ni aku tak bagitahu family aku, dan aku tak balik rumah langsung walaupun ada off day bebrapa hari yang kalau ikutkan sempat nak balik rumah kejap. Family telefon pun aku tak jawab sebab nanti diorang dapat dengar nada suata garang aku tu.

Habis posting tu, aku masuk Paeds, happy aku dapat recover balik kemanusiaan aku, terima kasih kepda pesakit yang innocent semua, dan nurse dan MO baik semua. Ada jugak la masa yang aura gelap tu timbul bila ada parents yang bahlul masuk wad (ni golongan antivaxx ye), and nak tambah antivaxx ni golongan yang konon beragama Islam (macam ajaran sesat pun ada).

Hari yang parents dan pesakit antivaxx ni masuk wad, memang tetiba semua takut dengan aku sebab aku punya nada suara lain dan aura keliling aku pun lain kejap sampai mak pesakit tu terketar dan menangis. Rasa bersalah sikit aku tapi aku tak tahan golongan berbahaya ni wujud dan menyebarkan penyakit dan ajaran sesat diorang kat orang lain.

Okay, dah melalut dah. Pendek cerita posting aku yang seterusnya ok je, memang aku dapat perform dengan baik siap jadi HO leader dan dapat markah SKT yang tinggi. Dan bila aku appreciate posting tu, aku siap sacrifice cuti aku bila tak cukup HO senior nak ajar junior. Sampai ke posting ortopedik, di mana doktor pakar sana suka interview HO yang masuk, dan bila dia dapat tahu kisah sebenar kenapa aku kena extend kat O&G tu, memang dia marah dengan HOD O&G tu.

Dia la yang bagitau kat aku sebenarnya aku boleh saman pesakit tadi. Otherwise posting aku aman la jugak, biasa la kena marah sikit sikit sebab tak pasti pasal prosedur di bilik bedah dan sebagainya waktu mula masuk mana-mana posting pun.

Tapi tabiat minum alkohol suka-suka tu tak dapat kikis. Tak dependent pun, dan aku tak pernah mabuk despite minum banyak mana pun. Dah macam sebati sebab aku tahu aku takkan mabuk.

So korang, kalau ada kawan atau family member yang tengah houseman atau doktor tak kisah la level apa pun, tolong la jaga diorang, support diorang. Mana tahu, diorang pendam benda macam ni. Aku ni kira takat luahkan kat alkohol, ada yang jiwa lagi hancur terus bunuh diri.

Please, being a doctor tak glamor mana pun. Kami hanya buat yang terbaik, lagi banyak perkara jahanam yang kami lalui yang tak bagitau je.

– Rin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *