Trauma Dan Rindu

Hai sebelum itu terima kasih kepada pihak IIUM Confessions kerana sudi menyiarkan artikel dan luahan ini. Dan sangat berharap pihak IIUM sudi siarkan.

Kenalkan saya Az (Bukan Nama Sebenar)

Saya lelaki berusia 27 tahun. Berasal dari negeri dibawah bayu iaitu Sabah.

Saya akan ceritakan pengalaman kisah hidup saya yang telah mengubah keseluruhan hidup saya.

Semuanya bermula 15 tahun lepas. Tahun 2010. Ketika saya melangkah ke sebuah tingkatan satu di sekolah berasrama penuh agama di di salah satu tempat di Sabah.

Ketika darjah 6, saya sebenarnya tidak berminat bersekolah di sekolah berasrama penuh agama itu. Alasan yang saya tolak semasa itu sebab tidak tidak berminat bersekolah di luar daerah.

Disebabkan sekolah berasrama penuh agama itu luar dari daerah tempat tinggal, saya menolak.

Jiwa saya dah meronta dan menolak ketika dapat tawaran tapi disebabkan keinginan dan kehendak orang tua saya sendiri mahu saya mempelajari ilmu agama,saya terima.

Tahun 2010, saya menjejakkan kaki di sekolah berasrama penuh agama itu sebagai tingkatan 1. Walaupun pada tahun 2010 itu saya sepatutnya masih darjah 6 (saya awal sekolah ikut batch pada masa itu).

Jiwa saya sangat kosong pada masa itu dan memang rasa terpaksa bersekolah di situ. Saya kerap bersendiri.

Kelas di tingkatan 1 itu diasingkan lelaki dan perempuan. di sini konflik terbesar berlaku kepada saya apabila kawan sekelas saya pada masa itu yang beza umur dengan saya,

Ada sebahagian pulau dan bencikan saya masa itu disebabkan perangai saya masa tu agak kerap pendiam disebabkan pada masa itu saya masih tengah cuba sesuaikan diri lagi.

Dalam ramai-ramai kawan sekelas itu, ada seorang saya individu yang tidak berhenti ganggu saya. Individu itu saya gelar R. Karakter dia agak nakal berbanding pelajar kawan sekelas saya pada waktu itu.

Walaupun sudah bertahun lamanya lebih 15 tahun saya masih tidak apa yang telah R buat dengan saya. Sebab terlalu banyak yang dia buli saya. bila saya cuba pertahankan diri saya ,dia makin menganggu saya.

Banyak kejadian berlaku ketika saya bersekolah pada masa itu. Sehinggakan ada senior tingkatan 6, saya gelar T pada masa itu saya masih ingat sampai sekarang yang telah mengelar saya sebagai adik angkat.

Saya dijaga dari diganggu oleh R dan kumpulan pada masa itu. Saya dibawa tidur bersama dalam satu dorm asrama serta kerap berdampingan ketika di sekolah itu.

Untuk pengetahuan pembaca, T ini saya gelar Ustaz pada masa itu disebabkan gaya dan karakter dia selalu mengajar dan membantu saya dalam agama.

T ini juga selalu kirimkan saya nasihat ke arah kebaikan. Saya masa tu sangat bersyukur mengenali T. Dia juga selalu jaga saya dari diganggu R dan kawan-kawan.

Disebabkan saya rapat dengan senior bernama T inilah , R makin sakit hati.. dia mula rancang ganggu saya lebih lagi.

Ada 2 perbuatan R yang saya ingat dan tidak boleh maafkan dia seumur hidup saya. Kesan perbuatan dia sangat mendalam kepada saya bertahun-tahun lamanya. Saya trauma.

Saya bukan sengaja dendam dengan R tapi apa yang R buat saya pada masa itu saya tidak boleh maafkan dan lupakan sampai sekarang.

Pertama, ketika saya tidur di bilik asrama pada masa itu.. R telah ganggu saya dan rakam segala tubuh badan saya serta ugut saya agar berhenti dari sekolah tersebut.

Saya dalam keadaan naif dan jiwa lemah masa itu sudah hati tidak tenang disebabkan R. Saya pada masa itu memang jiwa seperti orang tidak waras lagi disebabkan sangat takut dengan ugutan R.

Dia kerap ulang cakap sama nak sebar gambar bogel saya masa itu. Saya cuba lawan tapi R tidak berhenti.

Dan akhirnya perbuatan kedua R lagi yang sangat saya tidak boleh maafkan seumur hidup ialah apabila R telah fitnah saya mencuri telefon bimbit senior pada masa itu.

Jiwa saya yang telah rosak dan mati masa itu sangat terganggu apabila senior itu percaya fitnah R. Saya telah dikepung beramai-ramai dan diugut kalau tidak kembalikan telefon itu saya akan dipukul.

Allah saja tahu pada masa itu saya sangat sendiri takutnya saya. Saya rasa hidup sudah berakhir.. Saya bukan takut sebab saya memang tidak mencuri tapi fitnah itu sangat besar.

Sehingga pada masa itu, saya membuat keputusan untuk akhiri hidup saya di dalam bilik asrama dengan minum racun.

Kejadian itu berlaku ketika pelajar lain ke Masjid untuk solat maghrib. Mujurlah ada pelajar lain jumpa keadaan saya pada masa itu kalau tidak memang saya sudah tiada di dunia ini.

Saya ditahan berapa hari di hospital dan ketika saya dibawa balik ke asrama. Keadaan makin tidak berubah. R dan kawan-kawan makin galak mengata dan buli saya akibat insiden saya cuba bunuh diri.

Satu sekolah di situ tahu dengan insiden bunuh diri itu dan malah makin ramai pelajar di situ berfikiran sinis dengan saya. Ada yang simpati tapi ramai yang mengata. Saya sangat tekanan pada masa itu lagi. Fitnah R lagi yang telah dilemparkan.

Akhirnya saya ikut kehendak R untuk berhenti dari situ walaupun saya telah cuba lawan untuk terus bersekolah. Saya masih ingat reaksi R pada masa itu sangat puas.. ya dia puas dapat hancurkan saya..

Ya apa yang R buat tu memang dah hancurkan keseluruhan hidup saya. sampaikan tiap malam sampaikan sekarang walaupun sudah 15 tahun berlalu.

Dalam tempoh itu saya telah bergelut macam-macam. Dalam tidur, saya banyak kali termimpi individu bernama R. Saya sangatlah marah apa yang dia buat dengan saya. Saya bencikan R.. apa dia buat saya memang tidak dapat maafkan.

Saya bukan tidak untuk teruskan hidup. Siapa kata saya tidak cuba. Saya cuba dan cuba tapi seringkali gagal. Kadangkala saya bertanya saya ni normal atau gila? Sebab saya banyak kali bercakap sendiri.

Ya saya rindukan rindu sangat senior bernama T itu. Selepas dia habis sekolah tingkatan 6 masa itu, T ada berjanji dengan saya akan bertemu kembali dengan saya dan terus akan menjadi abang seperti biasa tapi tidak..

Malah ketika saya di tingkatan 2 di situ T tiada hubungi saya. Saya tidak berpuas hati jugak.. saya rindukan T.

Saya ada cuba hubungi T melalui media sosial tapi tidak berbalas.

Maaf pembaca tulisan dan luahan saya agak panjang. Inilah realiti kehidupan saya..

Situasi hidup saya sekarang ada 2.. bencikan dan sakit hati trauma perbuatan R dan rindukan bimbingan dari T.

Saya sakit dan sakit.. sekarang pun kehidupan saya di tahun 2025 masih sama dan makin teruk. Tahun lepas 2024, saya telah disahkan hidup penyakit lagi.

Saya tak tahu kehidupan saya.. depan orang saya lagak normal tapi saya sakit dan sangat sakit.

Saya perlu bantuan dan ada cuba berubah tapi seringkali gagal. Sepanjang 15 tahun ni tipulah saya tiada usaha bangkit tapi ya Allah sakit sangat.. di tahun 2025 masih sama.

Saya yang sedang masih bertarung,

– Az (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *