Trauma Dari Poligami

Assalamualaikum semua. Nama aku Kuntum (bukan nama sebenar), umur 26 tahun. Aku anak no 3 dari 5 adik beradik.

Ibu aku bekerja sebagai pegawai kerajaan gred 52. Ayah aku bekerja pegawai kerajaan juga tapi gred bawah. Dia masuk kerajaan dengan pendidikan diploma sahaja.

Pada umur aku 10 tahun, ayah aku kahwin lain di thailand dengan seorang doktor.

Masa tu ibu aku tengah sarat mengandungkan adik aku yang no 4 dan tengah sambung master.

Ayah aku ni orang kuat agama jugak, dia didik kami menutup aurat, hantar sekolah agama apa semua.

Ketika ayah aku bagitahu mak aku dia kahwin lain semestinya ada pergaduhan.

Mak aku sempat bawa kami semua keluar rumah nak cari hotel tapi ayah aku kejar kami dan mereka bergaduh.

Selepas itu aku rasa macam family aku huru hara. Mak aku redha dan berdamai dengan takdir.

Dan selalu juga aku tengok ibu aku nangis sorang2.

Lepas kejadian tu, semua ibu aku yang uruskan. Anak sekolah, tanggung hutang rumah kereta. Segala urusan anak semua atas bahu mak aku.

Ayah aku hanya tahu bergilir gilir pergi rumah kami dan mak tiri saje.

Aku rasa mak aku sebaik-baik manusia, bila orang tanya mana datang kekuatan dia. Dia hanya mampu cakap semua pinjaman Allah.

Mak aku punya baik dia siap invite madu dia datang rumah kalau ada apa2 majlis.

Tapi kami tahu ibu banyak memendam rasa.

Sekarang ni kami dah tak pernah kisah ayah kami ada atau tak.

Kalau giliran ibu ada lah ayah kat rumah.

Ketika ayah bagitahu ibu dia kahwin lain, sebagai puteri yang rapat dengan ayah aku jugak rasa sakitnya.

Rasa macam hero aku sudah di rampas orang.

Ketika ibu aku sakit nak melahirkan adik aku, ayah kat rumah mak tiri. Dan ibu aku drive sorang2 ke hospital.

Dalam pantang juga ibu aku kena drive hantar dan ambil kitorang sekolah.

Sekarang kitorang semua dah besar, bila kakak2 aku kahwin. Persiapan majlis semua ibu aku yang kena handle termasuk nak fikir kerja2 yang sepatutnya lelaki yang urus.

Ayah hanya tahu nak jemput bini muda dia dan jadi tukang komplen kalau ada yang kurang masa majlis. Dah la kos majlis pun ibu aku yang keluarkan duit.

Ayah aku ni kategori tak mampu pun. Tapi dia pandai cari bini-bini gaji besar.

Anak dengan mak tiri aku pun 4 orang jugak. Dan ada anak tiri ayah aku 2 orang. Jadi semuanya 6 orang.

Entahlah disebabkan perangai ayah aku sibuk berpoligami tapi tak bertanggungjawab dan aku nampak struggle mak aku. Rasa macam takut betul nak kahwin.

Mak ayah aku kahwin masa mak aku belajar third year degree. Dan dapat anak first masa mak aku tak habis belajar lagi.

Punya banyak pengorbanan mak aku tapi ayah aku balas dengan pengkhianatan.

Benci betul bila lelaki sikit2 guna hukum lelaki berhak kahwin 4. Sikit2 sunnah. Tapi tanggungjawab kelaut.

Kesannya di anak-anak dan isteri pertama.

Masa tak poligami pun kongsi2 dengan bini bayar komitmen. Ni bila kahwin dua mungkin gaji tu lepas bayar petrol ulang alik rumah bini-bini jelah.

Aku kadang2 terfikir kenapa ya lelaki nak sangat kahwin lebih ni, tak fikir jauh ke apa side effect dia. Hakikatnya banyak hati yang terluka.

Banyak lagi aku rasa aku tak cerita side effect dari poligami ni.

Untuk lelaki di luar sana, boleh bagi sebab yang kukuh tak kenapa lelaki nak tambah bini?

Pernah fikir tak perasaan bini pertama dan perasaan anak-anak?

– Kuntum (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Tak salah nak kahwin lebih. Ada je poligami bahagia. Kau jangan nak sapu rata semua poligami tu tak bahagia. Ramai je yang bahagia dengan poligami cuma tak tunjuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *