Untuk part I, (https://iiumc.com/trauma-
Hello semua, terima kasih admin sebab mensiarkan confession saya yang lepas, dan juga terima kasih pembaca IIUM Confession diatas komen komen yang sangat membantu saya.
Untuk pembaca yang mengalami nasib yang sama seperti saya, semoga kita semua dapat move on dengan tenang pada satu hari nanti.
Kisah yang kedua ini pula adalah mengenai guru mathematic aku. Biarkan aku bagi nama dia Cikgu Asin.
Cikgu ni ajar aku mathematic dari darjah 4 sampai darjah 6. Cikgu ini adalah cikgu paling memberi kesan yang mendalam dekat aku, Cikgu Rona pun kalah.
Cikgu ni lah punca kenapa classmate aku sisihkan aku hanya disebabkan aku tidak pandai mathematic.
Berapa banyak cikgu ini ajar aku pun aku masih tidak faham dan tidak ingat teknik yang dia ajar tu. Dekat part 1 aku ada cerita yang aku ni slow learner dan tidak fokus dalam kelas.
Character diri aku yang ini juga menyebabkan Cikgu Asin hilang sabar dengan aku. Aku hampir hari hari kena marah depan kelas setiap kali waktu mathematic.
Disebabkan aku selalu dimarah inilah classmate aku tak nak berkawan dengan budak slow learner macam aku ni.
Pernah ada seorang classmate namanya Nurul nak tampal kertas dengan ayat “Saya bodoh” dekat belakang baju aku.
Cikgu Asin ni kutuk aku depan orang ramai, pernah satu hari masa aku darjah 4, ada pengawas datang jual bracelet hari kemerdekaan dengan pamphlet ilmu kat dalam kelas, banyak aku kumpul pamphlet tu sebab dalam tu ada komik yang menarik, aku suka sangat.
Pengawas datang waktu kelas Cikgu Asin,
Cikgu Asin dengan lantangnya cakap “Jacyn ni belajar math tak nak, tahu beli benda tak berfaedah ni je”
Suka hati je Cikgu Asin tu assume aku ni tak nak belajar math, aku punya struggle hari hari belajar waktu malam dengan mak, sampai menangis aku kena marah sebab tak pandai pandai math.
Aku ni pelik dimata Cikgu Asin, disebabkan aku selalu lupa bawak buku latihan dan juga buku teks, aku akan bawa semua buku setiap hari sebab tak nak buku tertinggal.
Aku juga tak ingat untuk pay attention dengan jadual waktu harian aku. Ya aku ada masalah fokus, dan aku juga pelupa. Familiar dengan ciri ciri ini? nanti aku akan jelaskan dihujung cerita ini.
Pernah satu hari Cikgu Asin dikunjungi pencerap, dan aku pula, seorang kanak kanak pergi cakap, “maaf cikgu saya tak faham” waktu tu.
Terus berubah air muka Cikgu Asin, mungkin dia ingat aku nak kenakan dia kot ( part ni aku baru terfikir bila aku dah dewasa ni), tapi aku tak ada niat pulak nak kenakan dia waktu tu,
Cikgu Asin pernah kutuk aku depan cikgu wada, cikgu wada ni guru kelas aku. Kencang betul kutukan mereka berdua dekat aku, memang dia sengaja nak sakitkan hati aku masa tu, sebab diorang kutuk betul betul belakang aku.
“Tak faham betullah dengan jacyn ni” kata Cikgu Asin, cikgu wada jawab “Dia tu memang macam tu kak” dan terus dengan kutukan kutukan seterusnya terhadap aku yang waktu itu berumur 11 tahun.
Cikgu Asin suka panggil aku waktu kena jawab soalan dekat blackboard, aku yang tak tahu cara jawab akan jadi orang last tercegat dekat depan blackboard tu, sambil tahan air mata, Cikgu Asin marah marah aku depan class,
Ditunjang kepala aku tah berapa puluh kali sepanjang 3 tahun dia mengajar aku. Dah berapa puluh kali juga classmate gelakkan aku sebab tak tahu nak jawab soalan dia.
Waktu awal darjah 6, terdetik dalam hati aku. Takkan aku nak jadi budak bodoh sampai habis darjah 6 ni. Aku kena tunjuk kat Cikgu Asin yang aku boleh berjaya.
Aku mintak parents aku hantar aku pergi belajar Abacus kat pusat tuisyen.
Ajaibnya lepas aku belajar abacus, otak aku yang slow learner ni faham semua cara untuk jawab soalan math, belajar abacus ni lah punca aku dapat kira dengan cepat dan betul.
Bila dah nak pertengahan darjah 6, Cikgu Asin terdiam bila dia tengok aku dah boleh jawab soalan math dengan laju, aku masih ingat muka dia yang tak percaya aku boleh jawab semua soalan dia.
Kawan kawan aku pun sama, aku masih ingat muka diorang sampai hari ini, dan untuk pertama kalinya aku rasa aku telah berjaya.
Aku ada target waktu tu, aku cakap dengan diri aku, kalau tak dapat 5 A pun tak apa, janji mathematic aku A waktu UPSR. Dan ya, Tuhan telah mendengar doa aku. Aku berjaya dapat A untuk mathematic UPSR.
Aku show off ( memang aku nak guna perkataan ini pun) dekat Cikgu Asin yang aku dapat A math waktu ambil result UPSR. Dan Cikgu Asin terdiam sambil tengok result aku sambil angkat kening.
Disebabkan trauma yang aku lalui dengan Cikgu Asin. Setiap cikgu math yang ajar kelas aku, aku ada perasaan yang cikgu tu benci aku, aku jadi pendiam dengan cikgu math.
Sanggup aku hadir class mathematic cikgu kelas lain sebab aku rasa cikgu kelas lain tak benci aku.
Pernah waktu tingkatan 3, aku lari dari cikgu math aku yang tengah hulurkan tangan untuk salam aku (waktu tu dia jumpa aku kat luar) sebab aku rasa aku telah kecewakan cikgu aku dengan kebodohan aku dengan math ni,
Aku memang struggle belajar math dengan add math sampai aku habis tingkatan 5, memang kena extra effort untuk belajar sebab aku ni slow learner.
Tahun lepas, Mak aku ada hadiri kelas agama, kebanyakan pelajar adalah orang yang sudah pencen. Mak aku terjumpa Cikgu Asin di kelas tersebut.
Cikgu Asin memang kenal mak aku sebagai “Mak Jacyn”. Mak aku ambil peluang cerita mengenai keadaan aku Si Jacyn ni dekat Cikgu Asin.
Mak aku apalah lagi, dia tahu aku kena teruk dengan Cikgu Asin ni dulu, terus dia in the mood for humble-bragging haha kelakar bila dengar mak aku cerita intipati perbualan mereka berdua.
Mak aku bilang, “Cikgu Asin ini tahu kamu tu susah waktu kelas dia, dia nampak kamu struggle”.
Terus aku berucap, ya tuhan.. kalau kau tahu aku ni susah dan nampak aku struggle dalam pelajaran kenapa kau tidak tolong aku ?!
Setelah habis perbualan mak aku cakap “Cikgu Asin jemput kamu menghadiri majlis perkahwinan anaknya”
Kalau ikutkan aku tidak mahu pergi, sebab aku berat hati. Aku tidak mahu jumpa Cikgu Asin lagi, cukuplah aku hadap dia waktu dulu.
Aku beranikan diri untuk pergi, untuk aku cuba untuk moved on dan lihat jika dia akan memberi impak kepada diri aku.
Aku pergi ke majlis kahwin anaknya, apa yang aku buat adalah haha ini kelakar, aku pergi dekat semua booth makanan dan aku makan,
bila mereka hidangkan aku makanan dari meja pengantin aku makan, makanan yang nampak mahal lagi lah aku berulang dua tiga kali, dalam hati aku,
“Hah biar aku makan semua ini, ini adalah untuk waktu waktu yang kau buat aku dulu” kelakar pula bila aku fikir semula.
Hujung majlis kahwin, adalah waktu yang gementar kerana aku harus jumpa Cikgu Asin, dan Cikgu Asin cuba peluk aku dan aku biarkan sahaja dia peluk sambil dia cakap “Elok elok ditempat kerja”
Demi tuhan lepas aku jumpa dia tu, aku tidak moved on malahan aku trigger dengan memori lampau waktu didalam kelas dahulu, terus aku menangis dengan teruk selama dua hari.
Banyak kali aku bilang dekat mak aku, yang aku mahu baling telur di rumah Cikgu Asin kerana mahu balas dendam, ya aku tidak malu untuk mengaku yang aku berdendam, cuma tahap dendam aku adalah dengan baling telur di rumahnya sahaja.
Bapa aku sokong aku siap dia mahu offer drive kan kedepan rumah Cikgu Asin lagi, tapi mestilah kami tidak melakukannya. Benda itu berdosa, hanya seperti angan angan sahaja.
Mari, aku terangkan kenapa aku ada ciri ciri slow learner, tak fokus dan pelupa. Aku ada ADHD tapi diagnosis ADHD aku dapat waktu umur aku 21 tahun, sewaktu aku dekat universiti.
Dengan diagnosis ni telah banyak membantu aku untuk memahami diri aku yang sebenarnya.
Jadi sepanjang sekolah, tanpa diagnosis ini adalah susah, dan aku belajar didalam aliran perdana, jadi effort aku untuk belajar tu harus extra daripada orang lain.
Diagnosis ini bagi aku peluang untuk belajar cara untuk menguruskan diri aku yang ADHD ini.
Syukur kini aku lebih ter-urus dan keadan diri aku adalah baik. Semoga mereka yang senasib dengan diri aku terus tabah,
Dan semoga parents yang mempunyai anak yang ada ADHD terus sabar dengan anak anak, dan dianugerahkan pahala yang besar membesarkan anak ADHD yang macam saya ini.
Terima kasih kerana telah membaca confession saya ini.
– Jacyn (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
ANAK SAYA UMUR 5 TAHUN TADIKA PRIVATE PUN TEACHER DIA KELUARKAN PERKATAAN “KAMU NI TAK PANDAI PANDAI LAGI KE PADAHAL BARU 6 BULAN SEKOLAH DI SANA APA PERLU SAYA BUAT..ADA SEDIKIT GANGGUAN DIA MALU NAK KESEKOLAH SELALU CAKAP ADIK TK PANDAI CIKGU MARAH