Assalamualaikum semua, nama saya Rissa. Saya telah pun berkahwin beberapa tahun yang lalu dan belum lagi di kurniakan zuriat. Di sini saya nak meluahkan rasa sakit yang dah lama terpendam terhadap keluarga suami.
Untuk pengetahuan semua, suami saya mempunyai 7 orang adik beradik dan semuanya ialah lelaki. Mak mertua saya dah pencen dan menjadi penjaga cucu dia iaitu anak along, manakala pak mertua masih berkerja dan mempunyai gaji yang besar.
Saya dan suami masih lagi menetap dengan keluarga belah saya dan belah suami sementara menunggu rumah kitorang siap tak lama lagi.
Dulu saya sangat rapat dan rajin datang setiap kali ada majlis belah keluarga suami tetapi setelah saya di sakiti dan di malukan oleh keluarga suami, saya lebih suka menjaga jarak dengan mereka.
Pada suatu hari ketika beraya kat rumah kawan pak mertua, mak mertua malukan saya, dia paksa saya untuk memohon kerja di dalam sektor kerajaan yang sebanding dengan kelulusan saya kerana saya berkelulusan master.
Depan semua orang dia malukan saya yang saya ni hanya bekerja di dalam sektor swasta. Dan setiap kali bertemu tu lah dia akan paksa saya untuk kerja di dalam sektor kerajaan.
Di depan kawan mak mertua, mak mertua akan tipu kawan dia yang saya ni berkerja di dalam sektor kerajaan. Korang tahu tak apa saya rasa? Sakit dan malu hina sangat kah kerja di dalam sektor swasta? Kerja apa saja yang penting rezeki halal.
Yang saya terkilan sangat dan merasa tak adil, biras saya tak pula mak mertua paksa untuk kerja di dalam sektor kerajaan. Dia tak berkerja dan hanya suri rumahtangga. Kelulusan dia pun sama dengan saya.
Di manakah keadilan mak mertua? Kenapa perlu saya ditekan kan untuk berkerja di sektor kerajaan? Gaji saya pun boleh di katakan stabil.
Saya juga terlalu benci dengan keluarga belah suami saya, kerana mereka suka mengambil kesempatan dalam bab kewangan dengan suami.
Untuk pengetahuan semua suami saya berkerja sebagai seorang pegawai di dalam sektor kerajaan. Dan dia tak pernah berkira dengan mak ayah dia setiap bulan dia akan bagi wang belanja kepada mereka. Lagipun kami tiada anak so kami tak de lah banyak komitmen. Di situ lah mereka mengambil kesempatan.
Pak mertua kerap pinjam wang kat suami bukan sedikit tetapi banyak. Hanya kat suami dia selalu pinjam wang kat adik beradik suami yang lain tak pernah langsung.
Bukan saya nak berkira tetapi mereka terlalu suka mengambil kesempatan. Lagipun kami nak saving untuk kegunaan rumah baru kami nanti.
Yang saya paling tak suka, mak mertua nak menantu dia lebihkan keluarga suami daripada keluarga sendiri. Semasa raya bila kami sibuk nak beraya belah keluarga saya dia akan terus whatsapp kat group family supaya kami cepat-cepat balik untuk beraya bersama mereka.
Ada satu rumah terbuka kami tak datang sebab keletihan. Tiba-tiba mak mertua cakap kami berdendam. Bukan berdendam kami cuma nak me time dan nak rehat sebab baru je pulang kerja.
Yang saya stress ialah family belah suami selalu ada majlis dan kami di wajibkan untuk datang. Kalau tak datang kami akan di tuduh sombong dan sebagainya. Saya bukan tak nak datang cuma saya letih nak rehat dan tak suka bila diri saya disakiti.
Yang paling buat aku burn out dengan mak mertua aku, ialah dia ni terlalu kuat control anak dan menantu dia. Nak pergi belayar pun dia nak ikut.
Jika mak mertua tak ikut, dia akan kirim macam-macam untuk spoil kan holiday kami seperti tahun lepas, saya dan suami pergi bercuti ke luar negeri, mak mertua kerap call suami dan dia kirim macam-macam sampai saya dan suami bergaduh besar. Spoil betul beli ticket mahal-mahal tapi holiday spoil gara-gara mak mertua.
Mak mertua juga tak faham dengan perasaan saya yang kehilangan seorang mak. Dulu semasa mak saya masih ada, dia selalu ada kan rumah terbuka dan akan jemput semua besan dia. Tetapi dah mak saya tak ada raya tu macam hambar tak berapa seronok.
Yang buat saya sakit hati ialah mak mertua paksa family belah saya untuk buat rumah terbuka dan jemput mereka sekeluarga. Saya dah explain kat dia kami tak lagi buat rumah terbuka kerana pemergian mak saya dan untuk menghormati ayah saya dan cukup lah kami adik beradik berkumpul.
Kenapa kami tak buat rumah terbuka? Sebab ayah saya akan menangis jika terkenang emak saya yang selalu memasak setiap kali rumah terbuka. Tapi mak mertua tak faham langsung dia tuduh saya dan suami tak nak jemput dan biar kan ayah saya tak beraya. Dia tak faham rasa kehilangan tu macamana rasa sakitnya.
Saya juga faham perasaan mak mertua saya dia takut semua anak lelaki dia abaikan dia bila dah berkahwin dan nak menantu lebih kan dia seorang.
Saya juga tak akan jauh kan suami dengan ibunya sebab saya tahu perasaan ibu terhadap anaknya. Suatu hari nanti saya juga akan menjadi seorang ibu dan mertua. Cara mak mertua tu je yang salah.
Akhir sekali yang buat saya terkilan jugak ialah biras-biras saya, saya di tuduh punca penyakit ain yang berlaku di dalam keluarga mereka, biras pertama tuduh saya punca anak dia demam.
Anak dia demam bukan sebab penyakit ain, tetapi terjangkit mak mertua yang demam dan biras kedua tuduh saya lah punca dia keguguran di sebabkan saya dengki yang dia mengandung awal. Akhirnya mereka jauh kan diri daripada saya.
Korang tahu tak perasaan saya di tuduh macam tu sedih rasa nya. Setiap kali mengenang diri saya di tuduh.
Jujur saya katakan bahawa saya tak ada perasaan cemburu langsung kat mereka. Saya bersyukur dengan rezeki yang telah Allah berikan kepada saya. Bab anak tu saya tak nak fikir sangat. Saya percaya rezeki allah sebab allah lah pemberi rezeki.
Kini saya percaya dengan perkataan ni “keluarga isteri lah yang banyak membantu berbanding keluarga belah suami yang hanya merosak kan mental”.
Setiap kali terkenang apa yang mereka buat kat saya, saya akan merasa sedih, putus harapan dan sebagainya. Untuk menghilangkan rasa tu saya akan cuba sibuk kan diri dan pergi healing dengan kawan kawan saya.
Terima kasih semua sudi membaca kisah saya ni. Korang doakan saya di perluaskan rezeki dan dipanjang kan jodoh dengan suami. Sekian terima kasih semua..
– Rissa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit