Assalamualaikum terima kasih admin sebab sudi publish story aku. Nama aku Suri (bukan nama sebenar).
Aku anak bongsu dan adik beradik aku yang lain semua dah berkahwin dan jarang ambil tahu antara satu sama lain. Jauh di sudut hati aku, aku rindu mereka untuk bertanya khabar aku. Aku rindu sosok abang dan kakak dalam hidup aku.
Tujuan aku menulis untuk menceritakan satu persatu kenapa aku trauma dengan keluarga aku dan setiap kenangan ni buat aku kadang-kadang menangis sendiri sampai rasa nak muntah.
Sejak kecil, kami adik beradik memang kurang kasih sayang ayah sebab ayah sendiri pun datang dari keluarga yang buang dia dan kurang ambil tahu pasal dia.
Jadinya nasib yang sama menimpa kami. Setiap dari kami ada kenangan buruk bersama ayah, ayah bukan jenis mengasari secara fizikal tetapi mental melalui kata-katanya.
Dulu nenek atuk aku lebihkan makcik aku, jadinya bila ada anak, ayah aku lebihkan anak lelaki sebab dia sakit hati atuk nenek aku dulu tak ambil kesah pasal dia. Jadinya kami yang anak perempuan ni jadi mangsa ayah untuk melepaskan segala dendam ayah.
Aku ingat lagi, masa tu dalam kereta ayah tiba-tiba cakap dengan bangganya dengan abang aku, ayah lebihkan sayang anak lelaki daripada perempuan padahal aku ada dekat belakang. Kau bayang apa perasaan aku waktu tu. Aku nangis dalam hati je mampu.
Ayah aku selalu buruk kan makcik aku, jadinya adik beradik aku pun haa sama je lebih kurang perangai tak ambil kesah pasal adik beradik, lebihkan pakwe makwe which haram disisi Islam.
Kalau aku tegur haa mulalah cakap aku ni adik derhaka ataupun menyibuk hal abang kakak. Nasib adik bongsu macam ni lah. Semua kau buat salah, abang kakak kau je yang betul.
Namun apa yang aku nak ceritakan adalah kisah aku. Kisah aku didera mental sejak abang dan kakak aku dah besar dan tak tinggal lagi dirumah.
Sejak kecil aku paksa diri aku ikut semua kemahuan ayah dan cuba belajar betul2 demi nak dapat pujian dari ayah. Kalau aku tak dapat apa yang ayah idamkan, ayah akan persoalkan kenapa dan susah nak dengar apa2 penghargaan keluar dari mulut ayah.
Di rumah, hanya ada ibu tempat aku mengadu. Tapi itu sebelum kehadiran kakak ipar aku yang mana semuanya baik belaka, tapi pasal kakak ipar aku tu nanti aku cerita.
Kebanyakkan masa, aku hanya duduk di bilik bersendirian dan nasib baik ada kucing tempat aku menghilangkan bosan dan tempat aku berbual kalau tak aku gila dah kot.
Aku jarang bercakap dengan ayah sebab ayah jenis yang suka merendahkan apa yang aku cakap. Di mata ayah apa yang aku cakap tak penting, kadang2 aku diperli dan setiap perlakuan aku direndahkan oleh ayah sebab aku bukan anak yang ayah idamkan.
Bagi ayah, ayah kerja tu dah menunjukkan kasih sayang ayah, takperlu pun nak bagi kasih sayang bagi duit cukuplah. Ibu aku pulak cakap kesian ayah penat kerja, jadinya aku membesar tanpa kasih sayang ayah tapi dera mental tu still ada macam biasa.
Ayah suka anak yang aktif, banyak bercakap dan kerana aku seorang pendiam, aku selalu dibiarkan ayah. Anak kesayangan ayah adalah abang aku yang memang kelebihan bercakap dan pandai melawak.
Setiap permintaan aku, aku terpaksa gunakan abang aku yang sorang lagi untuk meyakinkan ayah, kalau tak ayah takkan dengar apa yang aku nak sampaikan berlainan dengan abang aku, cakap je apa, ayah dengan senang hati tunaikan.
Semakin aku membesar, aku jadi seorang anak yang pendiam, emosi terganggu, kuat memberontak dan takut nak utarakan pendapat sebab aku takut ayah merendahkan dan perli aku.
Aku selalu paksa diri untuk cemerlang dan capai apa yang ayah nak semata-mata nak kasih sayang ayah sampai impian ayah nak tengok anak dia jadi seorang engineer.
Walau apa ayah buat dekat aku, aku paksakan impian ayah sampai satu tahap semua jalan tertutup untuk aku jadi engineer dan semestinya ayah sangat kecewa dan bermacam kata ayah ucapkan untuk menyakitkan hati aku dan aku hanya mampu diam.
Ayah tak tahu bertapa aku lagi kecewa tak mampu nak tunaikan impian ayah sebab aku nak ayah bangga dengan aku.
Aku tak mampu jelaskan kepada ayah alasannya sebab kata-kata aku umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ucapan aku tak ada erti bagi ayah.
Akhirnya aku memutuskan untuk bawa diri jauh ke negara lain untuk mengambil bidang yang aku impikan sambil merawat hati aku yang trauma dengan ayah dan keluarga sendiri.
Kau nak tahu alasan lain kenapa aku pilih untuk bawa diri ke negara lain? Sebab semenjak kehadiran kakak ipar aku (waktu tu belum kawin dengan abang yang menjadi kesayangan ayah aku), aku jadi bertambah trauma.
Sebab tiba-tiba ayah menjunjung tinggi kakak ipar aku sampai memuji depan aku. Aku tak tanya pun pasal perempuan tu, tetiba cerita semua kebolehan perempuan tu.
Aku pun dengan jujurnya buat muka menyampah. Aku takleh tipu diri aku. Sanggup melayan kakak ipar dan abang aku sampai kehulur kehilir ikut. Aku kalau komen apa-apa, memang makan perli dengan abang, ayah bonus ibu aku pun join.
Memang kakak ipar aku ni pandai ambil hati dan plus abang aku cakap kesian mak kepada kakak ipar aku ni tak sayang dekat kakak ipar jadinya ayah dan ibu aku kenalah bahagiakan kakak ipar aku ni.
Habis nasib aku ni tak sama ke macam kakak ipar aku ke ayah dan ibu aku buat? Aku sedih tapi lawak pada masa yang sama, kenapa nasib aku macam ni hahaha?
Aku ingat lagi masa diorang tak kawen lagi, mak, ayah dan abang aku datang ke negeri tempat aku belajar dekat dengan rumah kakak ipar aku.
Aku tunggu diorang dari pagi sampai malam semata-mata nak makan sekali. Punya la dari pagi aku tunggu diorang call sampai malam baru aku dapat call.
Apa yang aku dapat? Diorang jumpa aku beberapa minit je, selebihnya diorang jumpa perempuan tu. Sedih hati aku berlapar dari pagi dengan hati yang rindu nak makan dengan diorang, jumpa2 je cakap dah kenyang.
Jujur aku memang mengamuk dan terus tinggalkan diorang masuk terus asrama, abang aku keluarkan kata-kata konon nampak baik, cakap mak ayah penat datang nak jumpa aku. Ada aku kesah?
Korang dari pagi jumpa perempuan tu and jumpa aku berapa minit pastu boleh pulak cakap macam tu.
Benda ni bukan berlaku sekali tapi berkali2, kalau sebelum abang aku jarang laa nak tengok aku dekat tempat belajar, tiba2 wujud perempuan tu, rajin pulak datang sana.
Sampai ibu ayah aku yang selalu datang tengok aku pun dah jadi rutin tengok perempuan tu dulu sebelum aku. Haaa lawak benar jadinya.
Aku cemburu sebab ayah tak pernah layan aku macam tu. Tiba-tiba datang dia dalam family aku dilayan umpama puteri. Abang, ayah dan ibu aku sanggup sisihkan aku semata-mata nak bahagiakan kakak ipar aku. Aku makan hati sebab aku tak pernah dilayan macam tu.
Masa abang dan kakak ipar aku kawen, aku langsung tak dijemput, tahu-tahu dah kawin. Gambar dalam group ws. Aku ni dianggap keluarga ke tidak?
Setiap kali ada kakak ipar aku dalam rumah, aku yang umpama orang luar. Kakak ipar aku memang sejak sebelum kawen asyik ikut je abang aku ke mana-mana. Sampai selalu tidur dekat rumah aku tapi bukan sebilik dengan abang aku.
Sampai aku tegur ingatkan ayah aku benda tu tak elok tak manis, malah aku yang dimarah balik dengan family aku satu set. Ya Allah Im speechless aku duduk dalam family Islam ke tidak ni.
Aku buntu sangat2 sebab aku sorang, aku nak mengadu dekat orang luar tak elok pulak en. Aku mampu nangis sorang dalam bilik macam orang gila. Aku pulak dianggap bawa masalah. Aku masa tu tertekan kenapa family aku ni.
Paling sakit, masa birthday aku, umpama birthday kakak ipar aku. Mak ayah aku melebihkan kakak ipar aku daripada aku. Diorang sambut birthday aku, tapi yang dilayan, adalah dia. Kau rasa?
Jujur aku terasa. Masa tu aku rasa baik aku tak payah sambut. Setiap kali ada kakak ipar aku, aku rasa lebih baik aku angkat kaki siap2 supaya aku sendiri tak makan hati.
Walaupun aku sakit hati sampai sekarang aku belajar redha. Walaupun banyak kali aku nangis sampai pening kepala, nak muntah sakit kepala teringat semua family aku buat dekat aku.
Tapi aku juga yang selamatkan perkahwinan abang aku dengan kakak ipar aku masa almost nak bercerai dengan izin Allah sebab keluarga aku kurang common sense bab jaga hati orang.
Aku orang yang paling tersakiti dan aku janji pada diri aku untuk tak buat benda yang sama dekat orang lain. Aku takkan sakiti anak aku kelak seperti mana ibu dan ayah aku dan adik beradik aku sakiti aku.
Aku akan didik anak aku sebaiknya insyaallah supaya diorang pun tak menyakitkan orang lain. Aku bersyukur dengan rasa sakit ni, aku jadi makin kuat.
Dengan kesakitan ni buat aku semangat nak belajar pasal jaga hati orang. Aku jadi menghargai setiap orang yang hadir dan bahagiakan aku.
Tapi tolong korang, aku perlu support dan nasihat. Aku baru nak bekerja nanti, kalau boleh nak kerja negeri kelahiran aku, tapi aku trauma dan aku takut emosi aku terganggu teringat peristiwa ni balik. Aku taknak hidup makan hati tengok perlakuan diorang.
Kalau aku kerja jauh tak bermakna aku tak jaga ibu ayah aku kan? Hak aku juga untuk jaga mental aku kan? Bagi cadangan korang please.
Aku sayang ibu ayah aku, tapi aku belum mampu nak lupakan apa yang mereka dah buat dekat aku. Aku takut rasa nak bvnvh diri tu datang balik.
Dan nasihat untuk abang kakak, kalau ada adik tolong lah bertanya khabar. Kau tak tahu nasib adik kau yang kena duduk sorang-sorang dengan ibu ayah kau. Kena dera mental dan takda tempat mengadu macam aku.
Mak aku selalu pesan jangan susahkan abang kakak. Tapi abang aku susahkan aku takpe. Pening aku. Help.
Pesanan untuk yang bakal ada anak, tolong belajar ilmu parenting. Jangan kau dera anak kau senyap-senyap dan kau lebihkan orang luar daripada anak kau.
Rasulullah pun berpesan seseorang yang paling baik tu adalah orang yang paling baik dengan keluarganya.
Lama-lama aku faham kenapa Rasulullah cakap macam ni, sebab rasa sakit yang paling sakit tu adalah datang dari keluarga sendiri sebab keluarga tu adalah orang yang kau paling sayang.
Btw doakan aku dapat suami yang sayang aku sebab aku dah trauma dengan lelaki lagi-lagi family aku sendiri pulak tu.
Semoga wujud lelaki yang bertanggungjawab untuk isi kesunyian hati aku yang takde sesiapa ni (ada keluarga pun semua buat hal sendiri) dan bukan menambah kesakitan aku lagi. Aamiin.
LOVE U GUYS DAN JANGAN LUPA SAYANGI KELUARGA KAU.
Yang kesunyian,
– Suri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit