Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku ingin ceritakan pengalaman aku hantar anak kucing di klinik haiwan swasta.
Waktu petang aku bagi kucing makan, anak kucing pun datang dan makan sekali, lepas tu aku keluar rumah kejap ada urusan di luar.
Bila aku balik rumah, mak aku beritahu cermin tingkap pecah bahagian dapur. Memang syak jiran sebelah lah. Dia je suka baling batu kat lorong kampung ni.
Aku cari anak kucing aku, dia duduk bawah peti ais, sehari suntuk. Dia nampak macam kesakitan.
Aku tak sanggup la tengok anak kucing macam tu, aku bawa anak kucing pergi klinik kerajaan waktu pagi, hanya ada 1 bilik sahaja, tunggu kat 2 jam gak, anak kucing dah menggigil kesakitan.
Bila masuk bilik rawatan dia hanya beri ubat vitamin dan ubat cecair warna kuning, dia suruh beli vitamin sendiri di luar, bayar RM10.
Aku tanya kat kaunter sebab aku syak dia kena racun kot, so dia bagi charcoal dengan ubat selsema biji. Sedangkan anak kucing tu kecik. Dia tak ada tengok size anak kucing aku.
Aku tak pasti yang rawat tadi doktor atau bukan. Dia kata takda pape. Macam tak beri perhatian pada anak kucing yang sakit.
Bila balik rumah, aku tumbuk dengan lesung batu ubat charcoal bagi guna picagari/syringe. Then aku tengok leher dan muka anak kucing bengkak.
Aku serius tak sampai hati nak biar je dia camtu. Aku cuba call klinik haiwan swasta mintak hutang dulu. Berapa pun aku tak kisah aku akan bayar secara ansuran.
Nampak klinik dan doktor ok, cumanya pembantu doktor tu je tak okey, seorang lelaki india yang sekali pandang macam bekas penagih dadah or bekas sakit mental.
Bila anak kucing aku menjerit jerit, aku masuk bilik, aku tengok kaki anak kucing tendang tendang sekuat hati,
Dan aku nampak lelaki tu bila nampak aku terkejut sikit dan longgarkan pegangan alat oksigen. Tadinya dia tekan muka anak kucing tu dengan kuat, boleh je pegang slow. Doktor pulak pergi mana entah.
Aku ni bodoh, jenis lurus bendul tiada pendirian, niat aku nak anak kucing aku selamat tu je.
Sepatutnya bila aku nampak macam tu bawa je balik rumah redha dan biarkan dia meninggal dengan keadaan natural.
Aku serba salah. Kalau tiada tindakan dan usaha untuk selamatkan anak kucing tu pun aku rasa berdosa yang amat sangat.
Doktor yang suruh aku balik dan anak kucing perlu tinggal di klinik untuk rawatan dan diberi oksigen.
Aku trauma. Boleh percaya ke atau dia biarkan je anak kucing aku mati terseksa.
Dan akhirnya anak kucing aku dah meninggal dunia.
Paling aku benci perkataan doktor tu. Kalau hantar dia di hospital mungkin akan selamat sebab banyak peralatan yang boleh tolong dia, di klinik dia tak banyak yang boleh bantu sebab peralatan tak cukup.
Kalau rasa tak boleh rawat anak kucing saya, dari awal lah suruh saya bawa balik, lepas tu dia sebut and budget u pun tak cukup. Tapi aku kene bayar RM375. Aku sendiri pun tak nampak apa dia buat.
Dia pun takda tunjuk cctv dia rawat anak kucing. Tempat simpan haiwan pun tersorok.
Sebenarnya masa 1st aku ada hantar anak anjing, dan anak anjing tu telah pulih kakinya,
Ini buat aku percaya pada klinik tersebut walaupun nampak depan mata aku macamana pembantu lelaki tu berkelakuan kasar terhadap anjing dengan menarik kuat2 tali yang ikat leher anjing mungkin alasan tak nak dia bergerak dan sebagainya.
Masa anak anjing aku muntah dalam pet carrier nya, cepat2 anak anjing tu makan balik, cepat2 macam takut kena marah. Anak anjing aku pun kurus sampai nampak tulang. Bila aku dah ambik dia.
Aku suka tengok dia selera makan. 3, 4 packet makanan basah dia makan,
Tapi anak anjing tu telah pun meninggal dunia kerana aku hormat pada mak dan nak jaga hati jiran aku lepaskan kat taman rakyat klang.
Lepas 4 hari dia dah meninggal dunia tepi jalan. Sangat menyayat hati.
Aku akan bayar klinik tu walaupun anak kucing aku dah meninggal dunia. Tapi lepas ni aku takkan pergi lagi klinik dia. Aku trauma sangat.
Aku risau dia terseksa di klinik tu dengan pembantu lelaki yang kasar. Patutlah tak ramai orang, datang pun 1 orang check dan ambik ubat aje.
Aku risau berdosa biarkan dia kesakitan terngiang ngiang di kepala dan hati aku. Aku berserah pada Allah. Allah yang menjaga semua makhluknya.
Aku dah usaha dengan tindakan selebihnya aku tawakal dan redha. Walaupun aku kurang sihat tapi aku gagahkan diri untuk makhlukmu Ya Allah.
Haiwan lebih baik dari manusia yang tidak berperikemanusiaan!!!
Maafkan akak, anak kucing yang comel.
– Marya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit