Trauma Dengan Mak

Aku merasa marah sekarang ni sebab perangai Mak yang pelik dan toksik. Perangai Mak aku memang begini waktu aku kecil. Semakin lama semakin menjadi jadi perangainya.

Mak dan Ayahku selalu bergaduh waktu aku kecil. Mereka teriak dan jerit sangat kuat. Setiap hari dalam rumah macam tempat battleground. Sana sini menjerit jerit. Perkara remeh dan kecil pun bergaduh. Mereka tak boleh hidup tanpa pergaduhan.

Kalau rumah sunyi, memang antara mereka berdua yang akan mula marah tanpa diprovokasi oleh sesiapapun. Aku marah mereka sebab selalu bising di mana jua kecuali di khalayak orang lain.

Mak aku marah dekat aku dan cakap ini perkara normal dalam keluarga. Walaupun aku masih kecil masa tu, belum mencapai 12 tahun, aku dah tahu ini bukan perkara normal. Mereka bergaduh sampai anak jadi mangsa. Aku yang masih budak selalu kena marah oleh mereka. Disuruh buat itu ini dengan nada garang.

Mereka tak pernah ambil tahu hal aku dalam sekolah. Aku dibuli oleh beberapa murid sekelas dan guru guru layan aku seperti orang bawahan. Kalau mak aku tahu, dia akan salahkan aku. Aku tahu perangai mak aku. Dia suka victim blame anak sendiri.

Bila aku mula meningkat dewasa, mak aku semakin pelik. Aku tak tahu kenapa mak terasa hati bila aku cuma nak jadi lebih girly, padahal saya memang perempuan pun. Takkan lah nak jadi pengkid atau transgender? Kan dah cakap perempuan tidak boleh menyerupai lelaki dan sebaliknya.

Apa guna dilahirkan sebagai perempuan kalau tak boleh berlagak macam perempuan? Aku nak pakai tudung cantik macam tudung bawal tapi mak aku marah. Jadi aku selalu pakai tudung sarung hitam dari sekolah menengah sampai sekarang, dah dewasa. Gaya tudung macam orang tua.

Aku nak bersihkan muka, nak buka eyebags and blackheads saja. Bukan untuk make-up ye. Tapi mak marah, cakap tak payah nak lawa. Aku nak hairstyle baru dalam rumah. Saja untuk kegembiraan sendiri.

Aku perempuan, nak cuba juga cara ikat rambut yang lawa. Aku buat rambut pigtails sebab comel dan aku suka. Mak aku satu hari balik2 memaksa aku jangan pakai hairstyle itu sebab dia tidak suka tengok.

Selepas itu, aku tak buat dah. Aku nak pakai skirt panjang, yang modest bukan seksi. Mak aku marah dan muka dia macam benci sangat. Banyak lagi mak aku menghalang dan marah aku dari jadi girly. Tapi aku malas nak ulas.

Sekarang aku berpakaian macam perempuan yang tak tahu fashion. Yang tak pandai lawa. Lepastu orang lain selalu fikir aku ni makcik padahal baru umur 26. Perangai aku sekarang macam ala lelaki. Obsessed dengan main game. Aku nak ada sixpack macam lelaki. Nak buat parkour dan martial arts. Macam2 lagi ikut gaya hidup dan hobi lelaki.

Jangan salahkan aku, salahkan mak aku yang menghalang aku dari menjadi perempuan. Tapi mak aku salahkan aku pula bila dia rasa malu yang anak perempuannya tak pandai nak lawa dan berlagak macam perempuan. Logik apakah ini?

Selain itu, mak aku tak suka tengok anak2 ketawa, menangis dan senyum. Tak tahu kenapa. Memang dia akan marah. Bayangkan dari budak kecil sampai dewasa tak dah senyum dan ketawa. Kalau nak pun buat dalam bilik atau tunggu mak pergi kerja.

Pada suatu hari, aku orang baru dalam kerja dan balik rumah sedih sebab selalu dituduh dan dipersalahkan walaupun bukan salah aku. Aku meluahkan perasaan aku dengan mak sampai aku menangis.

Tak tahu kenapa mak aku offended sangat nampak aku menangis. She just crossed her arms and turn her back to me. Dia marah aku yang rasa tersinggung dari kena verbal bullying. Dia tak marah pula kepada pekerja toksik yang layan anaknya sendiri macam sampah.

Akhir sekali, banyak lagi perangai mak aku yang tak betul macam offended dengan anak sendiri sakit. Benci sangat nampak anak sakit sampai marah anak. Anak sakit pun disuruh buat kerja. Dimarah kalau nak ke hospital atau klinik. Lepastu kalau ada lelaki kacau atau buat tak senonoh dekat kami, anak perempuan sendiri yang disalahkan.

Aku yang masa tu masih budak, masih sekolah rendah sudah dikacau oleh lelaki dewasa tapi mak salahkan aku. Budak tak tau apa apa, buat apa budak nak bergatal dengan lelaki dewasa? Ew.

Dah panjang cerita, aku malas nak sambung. Aku nak lari dari rumah tapi takde duit sebab dah 2 tahun tiada kerja. Kerja lama toksik, selalu dibuli. Sekarang aku masih mencari kerja tapi rezeki belum ada. Duit dulu habis, mak dan ayah control tapi salahkan aku pula.

Aku minta pembaca untuk doakan aku untuk mendapat pekerjaan yang bagus. Aku tak tahan nak tinggal serumah dengan mak aku. Aku juga minta pembaca untuk doakan mak ayah aku untuk berubah dan bertaubat.

– ANONYMOUS (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Memang ada jenis ibu yang x boleh tengok anak dia lebih dari dia. Semoga awak dimurahkan rezeki dapat keluar dari rumah tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *