Trauma Dicurangi

Cut story short: Aku dapat tahu suami aku bercinta dengan wanita lain 2 bulan selepas berkahwin.

Aku kenal dengan suami aku tak lama. Kami berkahwin selepas setahun berkenalan. Aku bukanlah sejenis yang pandai bercinta atau senang tangkap cinta.

Perkenalan aku dengan suami aku memang dengan tujuan yang jelas iaitu ‘dating to marry.’ Sebelum kahwin hanya bertanya khabar dan keluar berjumpa sebulan 1 atau 2 kali.

Suami aku pula seorang yang introvert dan bukan jenis yang pandai berbual. Dia soft spoken dan aku senang dengan personaliti yang begitu. Dia pernah putus tunang 2 kali. Kami sama2 di umur 30an dan beza umur suamiku 5 tahun lebih tua dariku.

Sepanjang perkenalan, dia beritahu yang memang tiada wanita lain dalam hatinya. Aku suruh dia bawa keluarga datang merisik untuk kenal lebih lanjut tentang status dan latar belakang suamiku selepas 5 bulan berkenalan.

Semua nya nampak senang dan mudah hingga kami bertunang selepas 10 bulan perkenalan dan berkahwin selepas 1 tahun.

Selepas berkahwin, aku baru belajar untuk betul2 kenal dia. Background kami tak jauh beza. Dia ada kerjaya yang stabil dan gaji yang kukuh walaupun gaji aku lebih tinggi dari dia.

Dari segi pemikiran tak jauh beza, cuma bagi aku dia lebih tend to think negatively tapi dia tak mudah nak kongsikan perspective pemikiran dia sebab dia pun sedar yang dia mudah berfikir negatif.

Communication style kami pula agak berbeza. Macam radio wavelength tak sama, aku frekuensi AM dia frekuensi FM. Jadi kami selalu juga berbalah sebab kurang comprehension. Most of the time energy kami tak match.

Bagi aku, suami aku seorang yang kurang empati dan kurang emotional intelligence. Bahasa simple kurang vibe la.

Aku sedar perkara ni dari sebelum berkahwin lagi, tapi bagi aku tak penting (sebab pengalaman masa lalu yang bila aku jumpa someone yang same vibe and high emotional intelligence the feeling get too intense and aku lebih mudah terluka).

So, sebab tu aku terima dia seadanya sebab sedar yang diri aku pun bukan lah sempurna di matanya.

Back to the story lepas kahwin, dua bulan pertama mmg aku rasa kurang rapat dengan dia. aku tak faham dia, dia tak faham aku. tapi aku rasa kami happy. SIkit2 kami cuba belajar untuk memahami hati dan perangai masing2.

Dua bulan kemudian, satu jumaat tu, aku rasa sgt bahagia dengan dia tapi semua tu musnah pada keesokan harinya. Suami aku kerap outstation sebab keperluan kerjaya. Malam tu, dia baru balik dari oustation jam 12am. Aku happy je peluk dia sambut dia kat pintu gate.

Masa dia tengah mandi, ada satu panggilan masuk. Selalunya aku tak amik kisah, actually aku tak pernah kisah nak check phone dia. Tapi terdetik dalam hati nak check malam tu.

Aku pelik tengok whatsapp perempuan tu ada common group dengan tempat kerja aku. Aku kenal seorang je kenalan suami aku yang sama tempat kerja dengan aku. Masa tu aku dah berdebar. So lepas dia mandi, aku confront dengan suami aku, dia tak ngaku. Katanya tu rakan kerja dari seremban.

So, dari situ aku mula jadi detektif, summary dia, kantoi lah yang dia ada wanita lain yang dia keep on contact. Dia janji nak delete semua tu and berubah. So that was the first time dia kantoi.

Minggu seterusnya, nampak sedikit perubahan dia tapi tak lama. Kekal dalam dua minggu je macamtu, and aku start rasa balik dia suka sorang2. Selepas 2 minggu, kantoi perempuan tu call dia lagi, aku mengamuk kat hotel. Dia peluk aku and bermati matian tak ngaku. Dia cakap dia tak contact.

So, sepanjang perjalanan 2 jam tu aku memang express dari hati ke hati kat dia. Ingatkan dia terima la sikit kan tapi nope. Semua tu macam angin lalu je. Dia tetap contact perempuan tu.

Oh lupa nak cakap, perempuan tu bini orang ya. Tapi perempuan tu ada masalah dengan suami dia. And end of that month, memang kantoi dengan bukti segala mesej2 cinta suami aku dengan perempuan tu. Boleh dikatakan, time ni la turning point nya.

Before tu, aku nak cerita sikit background suami aku dengan perempuan tu (based on cerita suami aku la, kalau dia tipu aku, maknanya cerita aku ni tak valid la ye).

Dia kenal perempuan tu dah lama. Dari zaman kolej. Perempuan tu setahun lebih tua dari suami aku and fasilitator masa zaman dia belajar dulu. Memang dari awal laki aku sukakan perempuan tu, tapi masa tu dia kena reject. So, dorang kawan je macam biasa.

And laki aku pun jumpa tunang first dia and dorang move on. Sepanjang tu memang ada on and off dorang contact2 chatting2 tapi entah la, perhubungan dorang ni intense. Selalu gaduh and laki aku selalu kena block. Tapi laki aku ni macam tak boleh henti cari perempuan ni.

So, lepas putus tunang kali kedua, aku rasa dalam 5 tahun lepas kot, dorang start contact balik. Time tu perempuan ni dah kahwin kali pertama tapi ada masalah dalam first marriage dia and dia divorce. Suami aku nak try dia masa tu tapi kena reject lagi sampai la perempuan ni kahwin kali kedua.

And dorang masih contact on off macam biasa. Perempuan ni masih tak bagi harapan kat suami aku tapi dorang ni selalu contact each other and sharing masalah masing2. Aku assume dorang ni macam emotional support for each other lah gitu. Sebab masing2 takde family member yang rapat.

So, tahun lepas, lepas dia datang merisik aku, hubungan dia dengan perempuan tu makin rapat. Tapi sebab dia dah pernah putus tunang dua kali. Dia tak nak putus tunang lagi, dia proceed kahwin ngan aku.

Alasan dia ‘perempuan tu yang suruh dia cari kawan lain, sebab taknak beri harapan’. Status perempuan tu? Masih bini orang tapi at the verge of divorce maybe? And mereka takde anak.

So, aku rasa aku ni macam mangsa kebodohan dan kepoyooan dua manusia ni lah. Masing2 acah2, sorang konon2 jual mahal. Sorang, selfish. Last2 terkahwin dengan aku tapi masih tak boleh move on dari prmpuan tu. Perempuan tu pulak katanya ‘saya bukan penyondol’ tapi tak habis2 contact laki aku.

Weh, kalau aku tau, aku memang tak la nak proceed. Kenapa la that girl tak pertahankan dia time tu, jumpa aku. So, aku boleh cancel. Time tu aku takde la cinta nak mati ke apa. Sekarang ni, sorang bini orang sorang laki orang. Lagi aku tak faham. Mana wey agama dalam diri masing2. Takde agama ke?

Ok, back to the time yang kantoi kali kedua. All the message, all phone recording, the timeline masa ni aku dapat tahu. Oh and laki aku memang rekod setiap perbualan dia dengan perempuan tu. Kemain manja dia.

Sampai sekarang dia belum delete the phone recording. Tak move on kot. Memang mengamuk lah aku time tu wey. Aku baru kahwin kot. Manusia mana tak meroyan.

So, time tu aku dah decide nak divorce. Aku packing2 barang2 aku and tinggalkan rumah. Lantaklah dengan 40k duit yang aku dah keluar nak kahwin. Aku dah tekad. Tapi along aku brainwash aku. Dia suruh aku fikir masak2.

Along aku jumpa dia. Slow talk dengan dia. Bagi dia nampak kebodohan dia. Bagitau dia yang dia buat tu haram etc. Aku pulak, aku tak amik masa yang lama nak move on dari rasa sedih tu. (sebab aku ada toxic positivity, semua benda negatif aku tak suka acknowledge and aku akan abaikan supaya aku rasa senang hati).

Dalam masa 3 hari, aku bgtau dia, apa yang dia perlu buat utk gain back trust aku (block the girl, stop contact, aku pegang semua password dia, aku boleh check phone dia bila2 masa etc).

And dia memang dah berubah. Hari2 kami solat jemaah almost semua waktu kalau kami bersama. Dia start belajar ngaji dengan aku. Memang nampak sangat dia makin sayang kan aku. Dia layan aku dengan sangat2 baik. Banyak beralah dengan aku. Selalu gak tolong aku.

And alhamdulillah aku mengandung tak lama lepas tu. Sebenarnya kami makin bahagia. Tapi aku tahu, deep down yang laki aku ni sebenarnya terluka putus cinta. Tapi aku nak buat macam mana? Dia cintakan perempuan yang dia tak boleh miliki.

Sekarang, after few month, masalah nya ada lah sekarang. Impak nya adalah sekarang. Aku tak sembuh. Aku trauma. Aku rasa aku tak beri diri aku cukup masa untuk sembuh. Aku nak shortcut rasa bahagia.

Now, bila dia depan mata aku okay, bila dia outstation aku asyik nangis mengamuk sorang2 kat rumah. Semua kecurangan dia, mesej dia dengan perempuan tu semua flashback. Sampai aku rasa biar jela aku mati. Macam2 aku text dia luahkan rasa sakit hati aku. Walaupun dia takde buat apa2.

Ada trigger sikit je, contohnye aku mimpi perempuan tu, aku akan start meroyan. Rasa nak bercerai. Biar la dia ada peluang dengan perempuan tu. Sedar tak sedar aku rasa aku depress. Walaupun dia baik, dia dah berubah. Tapi luka dalam hati aku ni tak sembuh. Aku selalu attack dia tanpa sebab.

Aku risau sebab sekarang aku tengah mengandung. Aku tak dapat kawal emosi aku. Aku asyik rasa down and sedih. Macam counting days bila aku akan dikhianati lagi and bila aku akan ditinggalkan. Aku takut aku jadi harm pada anak dalam kandungan.

Aku tak boleh nak share kat sape2 sebab aku tak nak dorang susah hati. And lately ni, perempuan tu macam bersungguh2 nak tayang diri. Semua tempat dia nak upload gambar, telegram, instagram dah tak private. Padahal dulu dia siap block aku. Aku taktahu aku delusion ke apa.

Aku rasa suami aku rindukan dia walaupun aku takde bukti. Aku obses stalk perempuan tu. Aku nampak dia makin cantik makin happy. Aku jadi makin depress. Hari2 aku rasa nak bercerai. Samada aku nak tinggalkan perkahwinan ni atau seek professional help.

Suami aku tak nak berpisah. Tapi aku tahu dia masih cinta dan rindukan perempuan tu. Ada satu malam tu, dia tak sihat, dia mengigau dan sebut2 nama perempuan tu. Sebagai seorang isteri yang dipeluk malam nak tidur, tapi dia sebut nama perempuan lain apa yang akan kau rasa?

The best step is aku minta cerai dan bawa diri. Aku bukan tak boleh hidup sendiri. Aku bekerjaya. Independant, tapi aku tengah mengandung. Tiada peluang kah untuk anak aku dapatkan kasih sayang bapa dia?

Benda tu je sekarang yang aku fikirkan kalau aku bercerai. Macam aku tak bagi peluang kat anak aku. Macam aku akan rampas kasih sayang yang patut anak aku dapat.

Sumpah sakit betrayal trauma ni, tak mudah nak sembuh.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Sorang kawen dah 2 kali nak cerai, sorang lagi 2 kali putus tunang. Elokla sesama toxic berjodohan. Nanti bila diorang bercerai, kita gelakkan diorang berjemaah. Cinta sejatilah sangat. Ingat romeo dan juliet ke, wakakaka.

  2. sis jangan mengalah, make your self glow jugak, cantik kan diri, happy kan diri selalu, selalu fikir positive, nanti lama2 suami akan sedar awak adalah yang terbaik.

    • Saya pun nak gelak sekali, nanti ajak okay. Si skandal tu bukannya cinta pon kat si suami, sekadar rasa bangga kerana ada orang masih tergila-gilakan dia walaupun dah bertahun dan lelaki tu sudah beristeri.

      Suami sis sebenarnya tak guna, pentingkan diri sendiri dan juga penakut (dayus) sebab tak berterus terang sebelum berkahwin dulu. Dari cerita nie, nampak sangat sis nie pilihan ke2 sekadar backup plan sebab si Skandal tu dok tolak si Suami.

      Orang macam nie ( si Suami) elok amik buang dalam gaung jaa laa sebab dok mainkan hati orang.

      Nasihat saya? Jaga hati, mental dan perasaan sis sendiri dulu, berdoa pada Allah minta petunjuk dan kalau sis nekad nak bercerai, minta support daripada ahli keluarga atau kawan-kawan yang dipercayai. Why people (not all) assume that when a couple get a divorce, their children won’t get the love they deserve from both of the parents? Even kalau bertahan sekali pon, memang ada jaminan ka yang ibu bapa tu boleh bagi kasih sayang sepenuhnya kat anak2?

  3. yg saya nampak sis perlukan ketenangan tapi sis jangan harapkan dari orang lain, hanya diri sis saja yang boleh bagi ketenangan tu.. sis serahkan semua kepada Allah.. dan mcm ayat nora danish yg baru2 ni dia doa dan berharap cinta kepada Allah sangat memberi kesan juga kepada saya.. tak perlu harapkan cinta dari manusia tapi doa untuk cinta Allah dan bergantung kepadaNya semata2.. insyaAllah waktu tu untuk semua apa yg akan jadi selepas tu sis akan mudah berdamai dengan takdir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *