Trauma II

Untuk part I, (https://iiumc.com/trauma-6/).

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana publish confession saya sebelum ni. Saya baca komen-komen semuanya.. terima kasih bagi yang menasihatkan saya supaya positif.

Saya setuju dalam rumahtangga tak boleh ada curiga.. tetapi saya menceritakan pengalaman saya, kesan pada trauma yang saya alami. Kesan itu bertahun-tahun lamanya.

Saya percaya mangsa cabul dan p3d0filia, tak adalah bila kena hari ni, esok dah boleh gelak ketawa macam tak ada apa-apa..

Most of them akan alami kemurungan, d3pr3ssion.. yang boleh positif juga akan ambil masa yang lama untuk digest, hadam dan terima..

Jangan kata perempuan, lelaki juga ada mangsa sesama lelaki dan mereka juga akan alami benda sama.. Some of them akan ulang buat kepada orang lain.. some of them akan kemurungan. Siapa yang suka kena cabul dan jadi mangsa?

Ada juga yang memperkecilkan masalah ini.. seronok ke kena cabul? Kalau seronok tu maybe something wrong somewhere.. mungkin dah s3xual grooming.. dah mula develop rasa seronok buat benda haram.

Penerimaan orang masing-masing lain, mungkin puan yang bercakap tu boleh terima dan tak kisah, tapi saya percaya majoriti akan mengalami kesannya, baik pada emosi, fizikal mahupun pemikiran.

Some guys menasihati supaya saya mengubah pemikiran.. betul, daripada pemikiran akan membentuk semuanya. Tetapi ia tak semudah itu untuk ubah.

Saya bersyukur kerana dalam hal ini saya berusaha untuk ubah cara fikir.. tetapi ia mengambil masa yang lama, dengan cara ubah pemikiran inilah saya dapat kemanisan dalam rumah tangga walaupun mengalami episod trauma yang dahulu tu.

(Saya tidak perincikan kejadian-kejadian tu kerana ia bukan point utama). Kalau tak, tak adalah saya duduk dalam perkahwinan ini 10tahun dan beranak pinak..

Saya berikan contoh, jika parking kereta dekat dengan dinding sebelah kanan, kita tak boleh buka pintu.. kena jarakkan sikit baru boleh buka pintu. It happened many times.

So kita faham, kena jarakkan sikit baru boleh buka pintu.. itu satu ilmu baru, kalau kita kata ia ilmu. Kalau dah “kena” banyak kali dengan orang lelaki, rasanya apa kesimpulan yang kita dapat?

Orang tua dulu-dulu juga banyak peribahasa yang berbentuk “ilmu” hasil daripada pengalaman.

Pernah juga kan dengar singa yang gagah dan suka memburu akan hilang fitrah memburu? Bila kena kurung dan hari-hari diberi makan, akhirnya ia menjadi singa yang taktahu lagi memburu.. bila dah jadi begitu, bukan mudah nak ubahkan balik pemikiran seperti asal.

Saya faham komen tersebut, yang nak beritahu power of mind.. tetapi mangsa r0g0l, mangsa cabul, mangsa p3d0filia akan sering mengulang kejadian tersebut dalam minda mereka, dalam sedar atau separa sedar.. Rasa takut, sedih, marah, kecewa.

Nak overcome, dan structure balik pemikiran, it takes time. But again, dgn mengubah pemikiran ( dan redha), kita dapat teruskan kehidupan..

Ada juga yang mendoakan suami saya berskandal dan saya ditimpa ujian lebih dahsyat.. Allahu akbar.

Alangkah malangnya seorang muslim mendoakan keburukan pada muslim yang lain.. hanya kerana berbeza pengalaman dan pendapat. Bukannya tuan puan kenal saya pun, dan bukannya saya buat benda jahat pada tuan puan pun..

Ada juga yang menghukum kumpulan usrah.. saya nyatakan persatuan agama, bukannya kumpulan usrah.. saya tak nyatakan kumpulan usrah itu maksum. Ataupun persatuan agama itu maksum.

Semua kita adalah manusia. Maksud manusia itu sendiri daripada perkataan “nasia” yang bermaksud lupa. Manusia sentiasa lupa asal kejadian, lupa siapa Tuhan. Sentiasa buat kesalahan.

Semua kita berusaha jadi baik, belajar agama.. dalam persatuan agama dan usrah itu, semuanya saling mengingatkan.. ada kerukunan di dalamnya.

Bukankah Rasulullah saw bersabda, maka peringatkanlah! sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mukmin.

Bukankah Saidina Ali ra berkata, kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang! Dalam persatuan agama dan usrah, kita berorganisasi, merancang aktiviti , saling mengingatkan dan melengkapkan satu sama lain.

Bukannya bila ikut usrah ,ikut persatuan agama, semua orang tu dah sempurna. Pelbagai orang dan pelbagai latar belakang dalam tu, tetapi masing-masing berusaha untuk jadi lebih baik.. jadi usahlah menghukum seolah-olah ia tak baik.

Saya hanya menceritakan realiti. Kalau tak, tak adalah kes-kes yang dibongkar oleh orang-orang seperti Syed Azmi bagi manusia yang menggunakan agama untuk menutup kejahatan diri…

Kawan saya yang ceritakan tu sedang mengalami trauma dan taktau nak luah kat siapa,umur pun masih muda, bukannya ia diajar dalam usrah!

Walaupun ada segelintir begitu yang menggunakan agama, tetapi kita kan diberikan akal.. saya berpendapat persatuan agama dan usrah itu lebih banyak manfaat daripada keburukan. Itu pandangan saya. Feel agree to disagree.

Apa yang saya ingin sampaikan adalah hubungan suami isteri tanpa ada paksaan keterlaluan.

Betapa agama islam ini sempurna sampaikan hubungan suami isteri juga diajar.. bila kahwin takkan nak charge suami r0g0l isteri atau isteri r0g0l suami. Berbuat baiklah, menyantuni satu sama lain. Itu yang saya maksudkan.

Kita sering disajikan dalam drama-drama, malam pertama keluar darah, kena r0g0l keluar darah. Itu berlaku dengan paksaan.

Mangsa r0g0l mengalami trauma yang berpanjangan sehinggakan bila berhubungan suami isteri, ia masih dalam trauma. Pasti ada tindakbalas pada pemikiran, fizikal tubuh badan..

Boleh rujuk para doktor apa nama penyakit yang dialami kaum wanita kesan trauma. Walaupun isteri tu tiada trauma dan bukan mangsa r0g0l, pokok pangkalnya jangan paksa!

Takkan tiada rasa simpati, kasih sayang, dan hanya fikirkan nafsu semata-mata, walaupun dah sah jadi isteri. Sebegitu teliti islam mengajar kita menyantuni satu sama lain dalam hubungan suami isteri, supaya kedua-dua nya menerima manfaat.

Saya ulang, kedua-duanya. Bukan sebelah pihak. Fahami lah maksud hadis rasulullah saw, sebaik-baik antara kamu adalah yang baik dgn isteri kamu dan aku adalah yang paling baik dgn isteri.

Ada satu komen yang berkata s3ksual itu satu keperluan. Saya setuju, ia fitrah. Manfaat s3ksual bukan pada sebelah pihak, tapi untuk kedua-dua pihak. Baik suami, baik isteri.

Islam mengajar kita supaya meletakkan nafsu pada tempat/ keadaan yang dibolehkan iaitu selepas berkahwin. Bukan simply boleh lempias… nafsu perlu dilatih dengan tundukkan pandangan, jaga kemaluan, dgn berpuasa…

Yang risaukan saya terlampau over thinking tu, saya ucapkan terima kasih.. saya mengamalkan berterus terang dan berbincang dengan suami, dia faham apa yang saya lalui, tak ada isu bosan, tiada trust sebagaimana yang dikata.

Perkahwinan saling melengkapkan satu sama lain.. saling memberi faham. Rasa curiga saya tak mengurangkan keyakinan suami isteri.. In fact seperti saya terangkan, hasilnya saya temui suami tak seperti yang saya fikirkan pun dan keyakinan wujud lelaki “bersih”.

Kalau rasa cepat bosan dengan pasangan dan ada exit policy, mungkin belum sesuai untuk berkahwin.. Saya berjaya overcome rasa trauma, melalui perbincangan dan muafakat suami isteri.. Ramai mangsa yang rasa malu dan terkesan untuk luahkan kepada orang luar!

Tak ada juga istilah robot. Kalau nak cerita robot ni ,sila gali lagi, saya percaya ramai isteri yang rasa jadi robot malam hari. Jika suami yang dah berkahwin,buang ego ke tepi, cuba selami hati isteri, redhakah dia, gembirakah dia atau pura-pura gembira di malam hari..

Point nya, hubungan suami isteri adalah untuk manfaat bersama.. jika memahami fungsi dan fitrah masing-masing, insyaAllah ia lebih mudah, saling memberi dan menerima..

Point saya yang utama adalah, wujud orang lelaki yang “bersih”, despite confession-confession sebelum ni yang ceritakan kerja orang lelaki ni macam ni dan macam tu. Kalau kita tak buat apa-apa salah, tak perlu trigger dengan confession saya..

In fact, saya hanya meluahkan, supaya mangsa-mangsa tidak terus berkesimpulan orang lelaki ni sinonim dengan s3ks semata-mata, mengalami trauma berpanjangan, taknak kahwin dsb.. Saya ulang, saya tidak perincikan kejadian-kejadian yang saya alami kerana itu bukan point utama.

Saya juga pembaca iiumc sekian lama, ramai juga lelaki yang memberi respon dalam confession saya yang lepas, selalunya perempuan yang komen.. there must be some point made them alert.

Thank you for all responses.. rasanya kebanyakan tu belum kahwin. Kalau dah kahwin esok-esok, ingatlah hubungan suami isteri untuk manfaat bersama ye..

Above all, kita hanya manusia, mencari redha Allah itu yang kita dambakan.. Saya mohon maaf salah dan silap kalau ada yang kurang senang dgn confession saya.

Bagi yang dapat apa yang saya ingin sampaikan, alhamdulillah… bagi yang tak dapat tu, terserah…

– Lia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *