Assalamualaikum semua. Aku nak buat confession sikit pasal isteri aku. Hubungan kami okey je, tak ada apa-apa masalah. Setakat bergaduh manja tu normal lah dalam rumahtangga kan?
Kami baru ada seorang anak, tahun ni dah nak masuk tiga tahun. Masa bersalin, aku boleh kata isteri aku memang seorang ibu dan isteri yang happy.
Aku ikut kehendak isteri untuk hantar dia balik kampung untuk berpantang dengan mama dia. Dekat kampung pun aku dah sediakan confinement lady selama 30 hari.
Confinement lady tu tinggal sekali selama sebulan dan pakej dengan jaga baby dan kemas rumah.
Bila isteri dah mula bekerja, seminggu sekali akan ada bibik yang datang ke rumah untuk bersihkan rumah. Aku faham isteri aku penat. Jadi hujung minggu biar dia fokus pada anak dan keluarga je.
Sejak setahun yang lepas, mak aku tak sihat. Disebabkan rumah aku yang paling dekat dengan mak, jadi aku lah yang hantar mak ke hospital untuk follow up setiap minggu.
Ada satu hari tu, aku mintak tolong isteri sebab aku ada hal dan betul-betul tak boleh hantar. Isteri aku okey je, lagipun dia memang rapat dengan mak.
Malam tu mak call aku, bagi tau ada benda yang aneh dekat isteri aku masa dia ambik mak dari hospital.
Bila lalu dekat depan pintu pusat penilaian ibu hamil, isteri jadi menggigil dan dia kata nak muntah. Dia berhenti tepi, tarik nafas dan menangis. Dah okey baru dia drive balik.
Mak aku risau sebab takut isteri aku tak sihat. Tapi isteri aku kata dia okey je.
Dah beberapa kali aku ambik mak dan bawak isteri sekali, dan setiap kali tu kejadian yang sama akan berulang.
Dia suruh aku drive laju-laju dekat kawasan tu sebab dia rasa nak muntah. Aku tak ada pilihan sebab memang kena lalu situ untuk keluar ke pintu utama.
Tangan dia menggigil, berpeluh dan menangis. Paling teruk macam sesak nafas. Bila aku tanya dia okey tak, dia kata okey. Ajak pergi klinik dia tak nak.
Aku tanya kawan-kawan, dorang kata mungkin isteri aku trauma masa bersalin. Aku tanya isteri, nurse dengan doktor okey kan masa bersalin? Dia kata okey je, semua baik.
Cuma dia trauma dengan proses masa bersalin tu. Hampir 20 jam tahan contraction, setiap kali contraction isteri muntah. Jahitan banyak sebab isteri terangkat punggung.
Lepas bersalin isteri pitam, doktor seluk balik jahitan sebab takut ada darah beku.
Aku tak faham apa yang isteri lalui sebab masa tu aku sendiri tak boleh masuk sebab covid. Tapi aku tau pengalaman tu memang menyakitkan untuk isteri. Mujur anak kami baik, tak banyak ragam masa baby.
Aku dah pujuk isteri pergi klinik, tapi dia menolak sebab katanya masalah tu tak besar mana. Benda tu jadi bila lalu kawasan tu je.
Tapi aku risau dan runsing. Kesian bila tengok dia menggigil dan menangis.
Aku cuba elakkan untuk minta tolong isteri dalam urusan mak, tapi isteri suka offer diri sebab dia memang rapat sangat dengan mak.
Ada tips tak dari para pembaca terutama ibu-ibu yang lebih berpengalaman?
Terima kasih.
– Adli (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
hargai pengorbanan isteri….
Dia mengalami Post Traumatic Stress Disorder. Perlu mendapat rawatan pakar supaya gejala tidak berlarutan.