Hai Assalamualaikum nama saya Anita, berumur lewat 20an. Sudah berkahwin hampir 6 tahun pada tahun ini.
Walaupun dah hampir 6 tahun perkahwinan, masih belum dikurniakan seorang cahaya mata.
Pada tahun 2020 saya melarikan diri daripada suami kerana penderaan mental dan pernah ugut bunuh dengan pisau.
Tapi disebabkan tiada sebarang bukti yang dapat dikemukakan, lawyer meminta saya untuk cari bukti dahulu sebab tidak akan berjaya sama sekali tanpa bukti atau saksi.
Kami berpisah sementara ibarat gantung tidak bertali kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Dia jadi baran dahulu disebabkan pengambilan d4d4h jenis sy4bu.
Pada penghujung 2020 saya cuba menghubungi semula sebab berdosa besar jika terus terusan begitu ibarat wanita tidak bersuami. Bila saya berhubung balik, dia seakan tidak senang.
Saya memberitahu, jika dia sudah jumpa orang baru, maka bercerai lah jalannya memandangkan tiada apa yang tinggal. Tetapi dia menafikan.
Pada Penghujung Januari 2021, terbongkar identiti kekasihnya yang berusia 21 tahun.
Suami berusia 32 tahun. Kekasihnya tidak mahu melepaskannya dan tidak mahu bermadu sehinggakan suami paksa saya untuk relakan.
Saya cuba cari jalan penyelesaian tetapi menemui jalan buntu.
Pada Disember 2021 suami ambil keputusan untuk balik kepada saya dan putus dengan perempuan tu dan saya terima memandangkan hubungan mereka hanya sekadar emosi dan perasaan.
Walaupun begitu, saya masih lagi terasa rendah di mata suami sebab kekasihnya berganda lebih cantik, sopan, datang dari keluarga yang baik-baik serta bakal guru.
Selepas beberapa bulan iaitu pada Julai 2022, terbongkar segala conversation lucah, gambar, serta pengakuan yang diorang telah banyak kali melakukan hubungan s*ks.
Saya mula jijik dan bersemuka lagi dengan keduanya (berlainan hari bincang).
Keduanya tidak mahu kembali bersama kerana orang tua si kekasih enggan bermenantukan suami orang.
Saya pula makin jijik terkenangkan semua gambar, perbualan dan semuanya tentang hubungan badan diorang hinggakan berat badan turun 11kg dalam masa 2 bulan.
Mana kan tidak, suami orang pertama yang menyentuh si kekasih. Suami juga orang kedua yang masuk ke dalam hidup si kekasih selama hidupnya.
Mereka sangat menyayangi. Dan perhubungan diorang adalah pada Ogos 2020 – Mei 2022. Tetapi suami masih mencari dia sehingga November 2022.
Tekanan demi tekanan bermain di fikiran selepas apa yang berlaku kerana si kekasih cukup sempurna orangnya. Cantik, putih, sopan dan bijak.
Kalau dibandingkan diri sendiri, gelap, berbulu di badan dan kaki, gigi juga tidak tersusun.
Saya trauma dengan setiap tingkah suami. Mengingatkan saya semuanya dari bangun tidur hingga ke hubungan suami isteri, semua nya terbayangkan si kekasih.
Pada si kekasih, walaupun saya pernah mengeluarkan kata-kata memaafkan, ingat lah, saya tak lupa sampai sekarang dan hidup dalam trauma teruk.
– Anita (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit