Assalamualaikum semua. Terima kasih admin andai kali ini tersiar juga penulisan saya ini. Tanpa mukaddimah. Mari saya mulakan.
Saya sebenarnya tak tahu dari mana mahu mulakan. Tapi sering kali rasa ini menjerut dalam dada dan ingin meluahkan namun tiada tempat yang sesuai melainkan di platform ini kerana tiada siapa yang mengenali saya.
Akhir-akhir ini banyak cerita dari page ini yang saya baca tentang kegagalan rumahtangga. Sungguh sesak dada ini setiap kali terbaca kisah si isteri yang teraniaya.
Saya adalah seorang anak hasil dari keluarga yang berantakan. Anak sulung.
Si ayah kaki pukul, malas bekerja dan kuat bermain perempuan dia luar (kaki perempuan) pada saya lah ibu meluah segala derita di hati selain mata ini juga melihat sendiri keganasan yang terjadi hampir setiap hari.
Silap sedikit, maki hamun atapun tangan kaki yang naik. Dulu, saya merasakan keluarga sendiri ibarat neraka dunia. Orang kata rumahku syurgaku. Tapi tidak bagi saya. Rumah itu adalah neraka bagi saya.
Dari keluarga kami yang susah, rumah tiada elektrik sampailah boleh bersenang pakai kereta hasil dari titik peluh ibu,
Ayah pulak berubah perangai mencari perempuan di luar sana. Bawak perempuan ke hulu ke hilir menggunakan kereta ibu. Setiap kali kantoi, akan terjadi perang besar.
Itu tidak termasuk dengan isu2 kecil yang menimbulkan perbalahan lain. Biasanya setiap kali bergaduh adik2 akan terjerit-jerit dan saya akan duduk kesenyapan di tepi dinding.
Saya tak tahu nak bereaksi macam mana. Entah, hati ini bagai mati untuk merasa apa-apa.
Cuma tersemat dalam dada ini satu kebencian yang terhasilnya dendam.
Teruk sekali ibu kena bantai dengan ayah sampaikan gegendang telinga ibu pernah pecah, mulut, mata berdarah. Leher ibu pernah dijerut dengan rantai motor.
Untuk pengetahuan pembaca, ayah saya bersih dari segala najis dadah, tapi dia memang seorang yang panas baran. Hampir sepuluh tahun benda itu saya saksikan dengan mata kepala sendiri.
Sampailah satu hari.. Di mana terlerai segala derita di hati ini, Ibu dan ayah berpisah. Namun rasa dalam diri ini tidak sedikit pun berubah. Benci dan dendam.
Sampailah meningkat dewasa, saya akui, perangai ini sedikit sebanyak terbiasa jugak dari perangai baran si ayah.
Saya menjadi remaja yang banyak protes tetapi masih tidak melampaui batas agama. Tidak pernah terjebak dengan perkara yang tidak sihat.
Long story short, sekarang saya sudah berkahwin. Baru di awal perkahwinan menjangkau 4 bulan.
Dan alhamdulillah setakat ini keadaan masih baik walaupun jauh dalam sudut hati saya bergelodak dengan bermacam perasaan syak wasangka terhadap suami sendiri.
Lagi2 bila saya terbaca confession mengenai rumahtangga yang berantakan dan isteri yang teraniaya.
Ini kerana sebelum kami bertunang, suami pernah terkantoi masih berhubung dengan kawan perempuan indonesia.
(Perempuan itu sendiri yang mesej tanya saya macam2 sampailah saya nekad untuk putuskan saja hubungan kami kerana saya kira saya adalah orang ketiga dalam perhubungan mereka.)
Tapi pada pihak suami, dia hanya anggap perempuan indon itu hanyalah kawan dan dia banyak tolong perempuan tu.
Dipendekkan lagi, selepas kami bertunang, mereka dah tak berhubung sampailah sekarang (setakat pengetahuan saya) tapi dalam hati ni masih tersimpan segala syak wasangka kerana perangai suami dulu sama macam perangai ayah yang kaki perempuan.
Cuma suami hanya kantoi sekali tapi ayah berbelas kali. Suami dari keturunan keluarga yang baik², tiada yang jenis panas baran dalam adik beradiknya termasuklah dia sendiri.
Suami pun setakat ini ringan tulang bantu saya dalam uruskan hal rumah tangga.
Pada perkiraan saya dan keluarga, suami bukanlah seorang yang panas baran. Melainkan saya yang jenis cepat naik angin dan seringkali cubit dan tampar badan dia kalau tengah marah. Keluarga suami pun okay dengan saya.
Namun saya tersangat takut untuk berhadapan dengan nasib 5-10 tahun akan datang.
Saya takut suami akan berubah, saya tersangat takut untuk ada anak sebab saya tak nak andai perkahwinan ini gagal, saya takut nasib anak saya akan seperti saya. Ketakutan itu mencengkam diri saya.
Saya pernah ambil pil perancang senyap2 tanpa pengetahuan suami tapi bila dia tahu, dia kecewa sebab dia memang inginkan anak awal2
(Umur dia dah masuk 3 siri) saya takut anak akan terabai, sebab dulu ayah saya tak pernah ambik kisah tentang kebajikan kami adik beradik. Sakit demam ibu lah yang tanggung semua.
Saya tak nak tanggung itu seorang diri kerana sesungguhnya saya tak mampu. Saya akui saya tidak sekuat ibu.
Sebelum berkahwin, saya hari² berdoa mintak diberikan yang terbaik dan selalu jugak saya buat istikharah mintak petunjuk dari Allah.
Dan saya teruskan niat ini selepas saya rasa dia yang terbaik dan atas restu keluarga sendiri. Cuma saya takut untuk berhadapan dengan realiti masa hadapan..
Doakan saya kuat ya semua.. Bila terbaca artikel isteri² teraniaya, automatik rasa sebak dan takut.
Saya selalu berdoa agar nasib wanita2 semua terbela dan mendapat suami yang terbaik sebab saya pernah berada di tempat itu sebagai seorang anak,
Namun saya sudah faham sebuah kesakitan itu walaupun ketika itu saya masih awal belasan tahun.
Maafkan saya jika penulisan ini agak berterabur.. Semoga kita semua mendapat yang terbaik dalam hidup. Aamiinn..
– Suri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit