Assalamualaikum semua. Aku Ina (Bukan nama sebenar), berumur pertengahan 30 an dan masih lagi belum berkahwin. Aku merupakan anak sulong dari 4 beradik.
Ayah aku bekas askar dan ibu aku seorang suri rumah dan ada partime meniaga kecil kecilan. Ayah aku seorang yang garang manakala ibu seorang yang tidak pernah marah atau melenting.
Aku adalah anak yang tidak mendapat kasih sayang dari ayah. Sejak dari kecil, ayah selalu lebihkan adik-adik terutama sekali anak nombor 2. Sampai lah waktu ini, ayah masih lebihkan dia.
Masa kecil dulu, aku seorang yang nakal (tunjuk perasaan) dan sering protes. Letih jaga adik-adik, kalau adik buat salah aku kena marah, aku selalu kena pukul (hanger, batang penyapu, penyapu lidi, batang paip, penampar, buluh) tapi tidak bagi adik-adik yang lain.
Kalau ibu keluar meniaga, aku kena kemas rumah, masak dan kena jaga adik-adik.
Aku juga mangsa cabul oleh abang sepupu sewaktu darjah 3. Waktu itu, aku tidur di rumah opah memandangkan rumah opah dekat saja.
Pada waktu tu, aku tak faham istilah cabul. Ada masa dia ajak aku main kawin-kawin. Pada masa itu memang dia ada atas badan aku tanpa pakaian dan kemaluan aku sakit.
Aku mula sedar dicabul apabila sekolah menengah. Baru aku tahu segala tindakan abang sepupu itu adalah salah.
Masa umur aku 24, aku berjumpa dengan seseorang yang aku namakan sebagai S. S ni bekerja di utara. Aku berjumpa dengan S sewaktu outstation dengan menggunakan applikasi wechat.
S sangat mengambil berat, baik dan tidak pernah marah aku dengan nada yang kasar. Sebaliknya aku yang selalu marah, merajuk dan mengamuk tidak tentu mood.
Aku ceritakan kepadanya tentang trauma dalam hidupku kecuali cabul. Aku bimbang dia jijik dengan aku.
Kami bercinta jarak jauh dan jarang berjumpa. Setahun boleh dikatakan 2-3 kali sahaja memandangkan masing-masing komitmen kerja.
Bagi aku, S adalah lelaki pertama yang aku sayang sepenuh hati. Bila dengan S, aku mula fikirkan soal kahwin. Seronok rasa dihargai dan dicintai. Aku bercinta dengan dia sehingga umur 29 tahun.
Masa bercinta lupa dosa dan pahala. Aku biarkan dia sentuh bahagian tubuh aku.
Pada mulanya aku menolak, tetapi disebabkan sayang dan aku fikir, aku pun dah memang tak suci jadi aku biarkan saja. Istilah ringan ringan tetapi dosa berat. Bodoh kan? iyea aku memang bodoh.
Tapi S rupanya penipu. Dia kaki judi, kaki minum dan tidak solat. Macam mana aku tahu? Kantoi bila aku terbaca mesej dia dan aku cek fon dia. Bila kantoi, aku tanya hal yang sesungguhnya dan dia mengaku.
Memandangkan aku memang dah terlajak sayang, aku maafkan dan mintak dia tidak ulangi. Tetapi tidak, masih lagi dengan peragai yang sama.
Aku ambil keputusan untuk pergi dari hidupnya. Hidup aku hancur.
Aku nampak normal tetapi sebenarnya mental aku hancur. Anxiety aku makin teruk sehingga tidak boleh tidur malam. Ubat tidur dengan aku memang kawan baik. Kalau aku serabut, memang aku telan ubat tidur.
Dan disebabkan itu, aku mula dekatkan diri dengan agama. Dulu aku tak solat sekarang Alhamdulilah aku dah solat. Dulu nak mengaji pun susah zikir apatah lagi tetapi tidak lagi sekarang.
Doakan aku istiqamah untuk cari balik diri. Lupakan trauma masa kecil dan trauma sekarang.
Buat masa ni, kalau ada lelaki yang dekati aku, aku memang tolak dengan baik. Doakan aku.
Terima kasih semua.
– Aku yang berdosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alhamdulillah, awk dah tersedar dari perbuatan lalu.. bertaubat dan beristighfar selalu, semoga Allah SWT menerima taubat awk.. dan sentiasa kekal istiqomah dgn amalan & perbuatan yg baik.. sesngguhnya Allah maha pengampun dan penyayang, walau sebesar dan sebnyak mne pon dosa hamba-Nya, Dia akn tetap mengampunkn jika benar2 insaf dan tidak mengulangi lagi.. tentang kejadian di masa silam itu, janganlah diingat2 lgi, walau pon awk telah melalui pengalaman yg pahit, bertekad utk mulakan prjalanan hidup yg baru, selalulah brdoa agar Allah memberi petunjuk dan hidayah-Nya untuk meneruskn hidup hingga ke akhirnya.. semoga kita semua dilindungi Allah SWT dan dikurniakn redha dan rahmat-Nya hingga ke Syurga Firdaus.. aamiin