Trauma Nak Kerja Semula

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terima kasih kerana beri peluang saya untuk berkongsi sedikit cerita dan juga sedikit nasihat kepada majikan, yang sedang bekerja dan juga yang sedang menganggur.

Saya sebenarnya mempunyai perasaan takut untuk bekerja semula. Saya tak pasti sama ada itu trauma atau bukan. Saya bekerja selama 4 tahun. Dan saya jugak merupakan lepasan STPM.

Selama 4 tahun saya bekerja, saya mempunyai 5 pengalaman bekerja dan kesemua tu sektor f&b (food and beverage). Pekerjaan saya tidak tetap kerana beberapa faktor. Dan kesemua nya buat saya sedih, Kecewa tetapi rasa nak marah.

Sesiapa yang pernah bekerja dalam sektor f&b akan tahu situation macam ni. Saya tak kisah lah kalau orang kejam saya kah apa. Tapi saya ni nak luahkan sedikit apa yang saya alami agar jadikan panduan kepada orang-orang di luar sana sebelum nak bekerja.

Pengalaman yang pertama saya kerja di semua restoran. Restoran yang agak famous sebab ramai orang makan kat situ cuma ada satu masalah. Kami kekurangan pekerja.

Bila full orang datang makan kat situ kadang kadang pekerja rasa nak tercabut kaki sebab berlari nak hantar makanan dan minuman kat customer.

Kerja semua kena cepat. Yang paling sedih. Bila terlalu sibuk dari pagi sampai petang tak makan langsung. Jangankan nak makan, nak duduk seminit pun susah. Sebab tak ada masa nak rehat.

Yang paling kejamnya, ramai customer macam mana pun food panda and catering still on. And then multi tasking tu wajib ada. Sedangkan kami kekurangan pekerja. Gaji sehari RM28. Tak ada bonus atau gaji tambhan overtime.

Kepada Majikan kat luar sana kena alert benda ni. Kami manusia jugak. Perlukan rehat yang sistematik. Tak salah pun kami meminta tambahan upah yang setanding dengan titik peluh kami.

Keuntungan yang majikan dapat pun hasil titik peluh pekerja yang sanggup korban tenaga dan ikat perut untuk penuhkan Permintaan pelanggan yang tak henti-henti.

Customer pulak banyak cerewet. Kadang kadang kena komplen sebab ada jenis customer yang cerewet tak suka makan sayur.

Pekerja jugak kena salahkan. Dalam seminggu sehari rehat tu rasa tak cukup.

Makin lama kesihatan makin merosot. Nak ambil cuti pun kena ada bukti. Takut pekerja suka suka ambil cuti suka hati. Tapi sebenarnya nak rehat. Kadang kadang nak cuti pun kesian kat pekerja lain tak cukup tangan nak bantu.

Pengalaman yang kedua, perkara yang sama jugak menimpa. Tapi yang ni lebih kepada multi tasking. Semua benda kau kena buat. Kadang kadang benda ni pun jadi pressure.

Lagi penat dari sebelum ni. 8 jam bekerja. 8 jam tu jugak kau kena brdiri. Pastu nak buat order, pastu nak sediakan bahan-bahan untuk esuk. Kadang kadang semua tu tak sempat siapkan terpaksa sambung esuk kerja semakin berlambak kerja yang tertangguh.

Sebab nak siapkan order untuk customer. Kalau nak sambung besuk bahan-bahan tak sempat nak siap. Nak tak nak paksa buat semua dalam sehari. Dengan pressure lagi. Kadang kadang balik kerja hampir setiap hari nangis.

Pengalaman yang ketiga, perkara yang sama jugak menimpa. Hanya Allah saja yang tahu betapa Sakitnya masa tu. Benda yang sama berulang kembali.

Dan yang menyedihkan gaji aku terima masa tu first sebulan bekerja hanya RM600. Pastu saya tanya majikan betul kah gaji saya RM600.

Dia kata tunggu dalam 3 bulan gaji naik RM800. Ya Allah rasa tak bersyukur masa tu. Sehari hari tak makan sebab nak penuhkan permintaan customer. Tak ada rehat. Tapi ini yang aku dapat. Selalu sakit sebab Gastrik, kurang minum air dan badan pun rasa lemah.

Pengalaman yang keempat pun sama seperti ni. Sehingga aku benci nak bekerja dalam sektor f&b. Nak apply kerja lain, selalu kena reject sebab pengalaman saya lebih kepada sektor f&b. Dan last pengalaman saya bekerja. Saya mengalami kemurungan. Staff pulak yang jenis tak okay.

Pulaukan saya sebab bangsa saya yang berlainan. Walaupun sama agama. Tapi mungkin faktor saya lebih kepada orang asal kampung. Saya bukan jenis sosial seperti staff yang lain. Tambahan pulak saya ni asal dari kampung dan tidak bersosial seperti orang asal bandar.

Kehidupan orang kampung dan orang bandar Memang ketara berbeza. Paling sedihnya setiap kali info penting mereka tak confirm kepada saya.

Majikan dan staff yang toksik buat saya semakin kemurungan. Setiap hari hadap makian majikan, hadap staff yang perangai buruk dan hadap pressure kerja. Nak layan customer yang cerewet. Mana mana tempat kerja semua ni aku hadap.

Tapi pengalaman saya yang terakhir ni paling menyedihkan sebab jumpa staff yang tidak sependapat. Sebelum ni dapat kawan kerja yang okay. Dan itu lah kali terakhir saya bekerja.

Penat tu hanya Allah sahaja yang tahu. Rasa berdosa bila kongsi cerita macam ni. Tapi ni sebagai nasihat kepada orang kat luar sana.

Semenjak kejadian itu, saya dah trauma nak bekerja semula. Setiap kali kawan kawan saya recommend kerja sektor ni saya akan Overthinking.

Yang paling sedihnya kawan saya pernah kata saya ni memilih pekerjaan. Sehingga ada yang mengatakan “eleh.. Semua kerja memang penat.

Jadi boss tak penat”. Rasa sedih. Semua orang tak pernah rasa seperti mana yang aku alami. Trauma tu masih ada. Sehinggakan aku buat keputusan untuk bersendirian. Delete semua contact. Berkurung. Sebab nak bagi healing kat diri.

Pesanan bagi majikan. Jagalah hak pekerja anda. Jangan ugut pekerja dengan kekuasaan anda.

Kebanyakan pekerja takut buat laporan pejabat buruh kerana ugutan. Keuntungan yang majikan dapat banyaknya hasil kerja pekerja. Ingat rezeki yang datang tu datangNya dari ALLAH.

Bila bila masa saja Allah boleh tarik rezeki. Majikan pun kena faham kenapa service slow sebab kekurangan tenaga kerja, apa salahnya korban wang ringgit nak ambik pekerja. Jangan lah sampai timbul rasa rugi nak ambik pekerja sebab takut keluarkan banyak duit nak beri gaji.

Rezeki tak ke mana. Pekerja ok bisnes pun makin maju. Rezeki pun semakin bertambah. Pesanan yang sedang bekerja jagalah kesihatan mental dan fizikal anda. Rezeki boleh cari tapi kesihatan susah nak cari. Kepada yang sedang mencari pekerjaan kaji dahulu jenis pekerjaan tu.

Dari segi kemudahan pekerja, gaji, bonus. Dan paling penting sistem kerja yang teratur. Masa rehat yang teratur. Paling penting majikan dan staff pekerja yang baik.

Terima kasih kerana sudi mendengar kisah saya. Harap nasihat saya berguna kepada orang lain. Kepada yang sedang mencari rezeki halal saya doakan semoga murah rezeki. Dan doakan saya semoga dimurahkan rezeki. Yakinlah kepada rezeki Allah. Assalamualaikum.

– Cik Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *