Trauma Raya

Aku sekarang ni dah macam malas nak balik beraya di kampung selepas apa yang berlaku tahun lepas. Aku ni anak perantauan yang bekerja di negeri bawah bayu. Aku tak rapat dengan adik beradik aku, tak tahulah kenapa. Mungkin sebab cara kami dibesarkan oleh mak yang selalu buat kami rasa kena bersaing satu sama lain, tak tahulah. Tapi kami sayang je dengan mak kami.

Kenapa aku trauma nak balik raya? Tahun lepas aku dengan kakak dan abang aku bergaduh besar. Semuanya gara-gara duit. Memang duit ni isu yang sensitif ye dalam keluarga kami. Mungkin sebab masing-masing tak nak rugi. Sebelum balik beraya tu, abang aku yang selalu incharge untuk buat program keluarga la masa raya. So budget apa semua tu dia yang akan tentukan. Kadang memaksa pun ada juga. Kami adiknya yang lain terpaksa ikut saja sebab nak mengelak dari bergaduh. Tahun lepas abang plan buat raya “santai” iaitu aktiviti panggang-memanggang di rumah mak. Raya kecil-kecilan untuk keluarga sendiri saja. Kami jarang sangat buat open house raya. Rasanya sekali je kot seumur hidup aku. Itu pun dah hampir-hampir jadi isu sampaikan kami dah tak nak buat lagi open house. Berbalik ke “raya santai” kami tadi, abang minta setiap kami membayar RM150 seorang(6 adik beradik) termasuk mak yang tak bekerja pun kena bayar. Tapi bahagian mak, kami kena bahagi sesama adik beradik termasuklah menantu untuk membayar. Jadinya, RM175 lah kena bayar. Aku kurang bersetuju dengan jumlah tersebut sebab yelah, nak beraya santai sesama sendiri satu keluarga saja pun. Jadi aku suarakan pendapat aku dalam group whatsapp keluarga. Dan yes seperti yang dijangka, aku disindir habis-habisan oleh abang aku hingga aku dikatakan kurang ajar. Aku hanya suarakan pendapat saja sebab setiap kali aku balik raya, aku rasa perbelanjaan aku paling besar sebab kena beli tiket flight untuk dua penerbangan sehala sahaja. yang lain senang la, naik kereta beberapa jam dah sampai. Hanya perlu hadap jem je. Itu satu.

Satu lagi aku disindir dan dimarahi masa aku lambat untuk bank in ke dia. Sakit hati tu hanya aku saja yang tahun. Dia kata, kalau dah rasa tak nak bayar, kau raya sendiri je lah, tak payah ikut aktiviti kitorang. Kalau ikutkan hati, memang aku tak nak ikut aktiviti yang dia rancang tu. Tapi, terkenang dengan mak aku, aku terpaksa membayar. So aku bayar tanpa membalas kata-kata abang dalam group. Ok, cut story short, aku sampai rumah mak 2 hari sebelum sambutan Aidilfitri. Aku tengok, macam takda apa-apa persiapan pun. Air manis takda, maksud aku air kotak, air tin tu takda. yang ada, sebotol air sirap dan sebotol air teh hijau untuk dibancuh. Bila aku buka peti sejuk, aku tengok ada kepak ayam mungkin dalam 3-5kg. Ayam sekor. Ikan sardin 3 ekor. Tu je. Kuih-muih, biskut apa semua takda. Daging takda. Aku tanya mak, abang dah beli ke barang makan untuk “aktiviti santai” tu? Mak cakap dah, tu yang dalam peti sejuk tu. Aku macam, eh, jumlah duit terkumpul RM1050, takkan ni je yang ada? Bila abang aku dan family dia datang ke rumah next day untuk persiapan raya tu, aku saja-saja tanya, takda daging ke, kenapa tak beli daging, boleh juga kita masak daging masak hitam. Dia jawab apa tau, “kita tak plan nak masak, panggang je. Kalau nak masak, order je dari orang.” Jadi, aku jawab balik, mana baki duit yang dikumpul, bak sini pakai aku order makanan lain dari org. Dah beliau terus trigger dan tinggi suara kat aku depan isteri dia, adik beradik lain dan pasangan masing-masing. Dia cakap aku ni berkira sangat. Memang aku berkira sebab barang yang dibeli tak sebanding dengan jumlah duit yang diminta sampai diperas-peras sebelum ni. Bila dah jadi pergaduhan antara aku dan abang, aku pun terus keluar dari rumah. Aku kemas barang-barang aku dan keluar. Aku menginap di hotel bajet sepanjang aku di kampung sendiri. Aku tak tahulah apa yang jadi selepas aku keluar tu. Jadi agaknya aktiviti santai tu sebab dalam gambar nampak semua dok happy2. Muka2 penuh hipokrit tunjuk kebahagiaan keluarga pada malam raya. Padahal, busuk semua disebaliknya. Esoknya, 1 Syawal, adik aku, abang aku yang nombor 2, kakak2 aku dan mak mesej suruh balik rumah. Tapi hati dah pun terluka dan aku tak nak tengok muka abang sulung aku tu buat masa tu. Hati aku betul-betul sakit. Masa 1 Syawal tu, aku ambil mak aku keluar rumah untuk ziarah rumah kawan2 sekampung dan kawan2 mak. Adik beradik aku yang lain aku rasa dah buat hal masing-masing. Begitulah kisah Hari Raya pada tahun lepas. Tahun ni? Aku macam malas nak balik kampung lagi sebab luka hati aku ni masih belum sembuh dan sampai ke hari ni aku masih tak contact dengan abang aku. Adik beradik aku yang lain pula, hanya bila perlu saja.

Korang berilah nasihat kat ruang komen tu nanti. Kotlah ada yang boleh sembuhkan luka hati aku ni atau buatnaku berfikir untuk jalinkan semula hubungan aku dengan abang. Sebab sekarang ni aku dah memang benci sangat.

Sekian, terima kasih.

– Cik Besi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Memang obvious si abang tu pecah amanah, minta dia bayar balik baki dekat semua, sekiranya dia ambil mudah ingatkan dia balasan orang pecah amanah..
    awak balik je raya melawat emak, tapi tak perlu lah join bayar untuk jamuan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *