Assalamualaikum wbt. Nama saya Suri berusia awal 30 an. Maafkan jika penceritaan ini tidak tersusun kerana seketul Suri ni agak fail jika bercerita.
Baru-baru ini Malaysia sering diperlihatkan dengan kes seksual yang melibatkan pendakwah terkenal. Dan setelah membaca kronologi dan prosiding kes, hampir 90% berkait rapat dengan apa yang Suri lalui.
Namun komen2 netizen memberi triggered yang mendalam kerana ramai di antaranya sukar mempercayai kejadian seumpama berlaku lagi2 melibatkan pendakwah terkenal tersebut.
Suri tidak mahu komen berkenaan kes tersebut, kerana masih dalam siasatan. Cuma ingin berkongsi apa yang Suri lalui.
Beza antara Suri dan mangsa adalah para mangsa berani untuk tampil membuat pengakuan dan mengheret si pelaku ke muka keadilan. Sedangkan Suri, berseorangan menghadapi trauma siang dan malam sehingga takut berkenalan dengan mana2 lelaki.
Sebelum Suri bercerita dengan lebih lanjut, ingin Suri ringkaskan apa si Pelaku telah lakukan dan dari situ, kalian boleh kaitkan sama ada kes ini sama atau tidak dengan kes yang sedang hangat diperkatakan.
Bukan apa, Suri tidak mahu dituduh sebagai free rider atau attention seeker. Tak kuasa Suri.
1) Si Pelaku pernah screenshot/ simpan gambar dan telah beronan* dengan gambar tersebut. (Gambar tutup aurat & sopan)
2) Si Pelaku pernah miscall antara pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi untuk beritahu bahawa dia sedang aktif secara seksual.
3) Si Pelaku pernah secara tiba2 membuat video call sebelum subuh sambil beronani.
Sebenarnya terlalu banyak sangat kejadian mengeksploitasi untuk kepuasan nafsu Si Pelaku. Bukti juga masih disimpan rapi. Korang jangan asyik salahkan mangsa kenapa tak block/ melayan dan sebagainya.
Sama macam mangsa pendakwah terkenal tersebut, Suri harap suatu hari nanti Si Pelaku berubah ke arah yang lebih baik dengan rawatan dan nasihat sebab Suri banyak kenalan dari pakar psikologi. Tapi hampeh!
Kalau Suri boleh ronyok2kan Si Pelaku macam kertas, agaknya Suri dah campak kertas tu dalam loji Indah Water Konsortium.
Meski Suri berseorangan menghadap trauma, tidak bermaksud Suri lemah. Suri banyak mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan dari pakar psikologi, nasihat dari pegawai atasan polis dan turut memberi surat terbuka kepada ahli organisasi di mana Si Pelaku bekerja.
Kerana Si Pelaku bekerja di syarikat terkemuka, setidaknya ahli organisasi perlu waspada individu ini wujud dalam organisasi dan lebih berhati2. Tak tahu la apa jadi dengan surat terbuka tu agaknya.
Baru2 ini Suri dapat tahu Si Pelaku baru berkahwin baharu. Ingin sahaja Suri membuat pengakuan kepada isteri baharu Si Pelaku. Biar dia tahu suaminya dan kes individu terkenal tersebut tidak ada beza antara dua. Dua2 terlibat dengan kes jenayah Seksual.
Tapi Suri tak sampai hati disebabkan Suri dapat tahu si isteri tidak berapa sihat dan mempunyai penyakit yang serius.
Disebabkan kes ini baru berlaku, Suri rasa buntu sama ada perlu atau tidak untuk submit segala bukti yang berlaku kepada pihak polis atau sekadar maklumkan di peringkat organisasi.
Suri terus menerus berdoa dipulihkan dari trauma dan dapat menerima lelaki yang betul2 ikhlas kerana setiap kali melihat prosiding kes yang berlaku, Suri tidak dapat lelapkan mata sekali gus datanglah segala masalah2 psikologi yang ada. Aduhai.
Akhir kata, untuk Si Pelaku, Suri nak ingatkan anda tidak akan hidup dalam keadaan tenang meskipun telah berkeluarga. Sedikit masa, kebenaran akan ditegakkan.
Kepada kaum wanita, selidik dahulu dengan siapa anda bakal berkahwin. Kalau tak jadi la macam kes ni. Suri nak jadi jahat untuk maklumkan kes ni pon tak sampai hati.
Itu sahaja luahan hati Suri. Jam menunjukkan pukul 2.25 pagi. Oleh itu, maafkan sekali lagi jika penceritaan Suri ni meleret dan tidak tersusun. Assalamualaikum.
– Suri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit