Aku Momo, usia sekarang 27 tahun. Aku terpanggil untuk buat confession sebab banyak kes gangguan seksual berlaku kebelakangan ni.
Aku anak bongsu daripada 6 beradik, dan aku ada 4 orang abang. Aku tak ada masalah dengan abang2 aku, cumanya dulu memang sakit hati sebab aku selalu kena marah walaupun abang2 aku buat salah.
Tapi tak kisah semua tu, aku nak cerita mengenai aku dibuli dan kena gangguan semasa kecil.
Ayah aku kerja di salah satu organisasi separa kerajaan sejak dia muda, and by the time aku dah sekolah, ayah aku dah bersara.
Masa baru balik dari Amerika, kami duduk di bandar dulu sebelum ke kampung mak. Ayah aku memang rajin ke surau, jadi dia kenal orang pun dari surau, selain dari tempat kerja dia.
Ada seorang pakcik ni kawan ayah, pernah datang ke rumah semasa hari yang kami nak pindah. Aku dapat rasa yang dia ni sesuatu sebab dia pandang aku senyum macam ada niat tak baik.
Tapi aku bersyukur arwah mak dulu sangat protective, sebab dia tegur and aku pun lari kat mak sebab rasa takut dengan pakcik tu.
Masa di bandar aku sekolah perempuan. Tapi nasib tak baik, aku kena buli dengan kawan sekelas. Hari hari aku nangis sebab taknak pergi sekolah. Tapi rezeki dapat jugak nombor 1 dalam kelas masa tu.
Masa darjah 2, kami pindah ke kampung. Disebabkan penduduk tak ramai, jadi sekolah pun sekolah campur.
Mula mula aku kekok tengok ada pelajar lelaki, tapi lama lama dah biasa sebab diaorang pun jenis baik and peramah.
Yang menjadi masalah, ialah cikgu lelaki. Cikgu H, cikgu sains kelas aku, dia jenis yang suka duduk rapat dengan aku, kalau dekat meja dia akan letak tangan atas meja, while aku dibawah dia.
Aku pun taktau nak explain macam mana, tapi aku tahu benda tu macam pelik. Even cikgu perempuan pun tak buat.
Then ada cikgu seni, dia akan tunduk supaya dia rapat dengan muka aku, sampai aku boleh bau rokok and nampak kotak rokok Gudang Garam dalam poket kemeja dia.
Mesti korang ingat ustaz okey kan? Tak jugak. Ustaz pernah buat jokes dalam kelas sampai aku nangis, and at the end of class minta kami semua salam dia. Yes, lelaki dan perempuan kena salam dia.
Even masa perhimpunan pun dia ada buat lawak lucah. But rasanya dia kena pecat lepas tu, sebab macam tak nampak dia lagi.
Ada seorang cikgu perempuan yang masa tu dia ada jawatan tinggi kat sekolah, dia hanya akan layan anak anak cikgu, student pandai dan yang good looking saja dengan baik.
Ada sekali tu budak kelas aku (anak cikgu) kacau aku tengah sapu dekat belakang kelas, aku pun gertak sikit (non physical), tapi aku yang kena marah.
Yang anak cikgu tu kacau aku, tak kena marah pulak? Nampak sangat pilih kasih, kan?
But in the end, dia tak layan aku dengan teruk lepas tahu yang mama aku PIBG sekolah time tu. Maybe dia takut aku report dekat mak aku and dia diambil tindakan.
Cikgu pun boleh jadi pembuli, jadi kalau korang ada anak nanti, jangan lupa libatkan diri dalam PIBG, senang nak pastikan takde cikgu pembuli macam ni dalam sekolah and pastikan anak anak kita selamat.
Disebabkan kawan ayah, cikgu sains, seni dan ustaz tu, aku jadi takut dengan lelaki. Disebabkan cikgu perempuan yg pembuli tu, aku jadi tak percayakan orang dewasa. Aku ada masalah tu sampai ke besar.
Aku takut pasangan aku pun sama teruk. Aku taknak anak aku in the future dapat ayah macam tu (Nauzubillah, minta dijauhkan).
Atau ada orang dewasa yang buli dia dan dia taktau nak minta tolong siapa. Atau benda tu jadi kepada anak anak buah aku.
In the end, aku belajar cara untuk independent, terutamanya lepas mak meninggal 10 tahun lepas. Aku masih ada trust issues, walaupun aku dah kahwin setahun lebih sekarang ni.
Memang struggle, tapi alhamdulillah suami aku penyabar sangat. Dia faham dan selalu assure aku yang dia takkan sakitkan aku atau anak kami in the near future.
Macam mana aku percayakan dia? Sebab aku tengok cara dia layan mak, adik perempuan dan saudara2 perempuan dia yang lain. Ibarat menjaga permata berharga, sangat sopan santun dan berhati2.
Jadi aku buka hati aku untuk terima dia.
Aku mengaku, aku masih ada trust issues sekarang. Tapi aku yakin, dengan sokongan husband, aku boleh atasi trauma yang aku lalui sepanjang membesar.
Aku harap semua yang mengalami masalah yang sama atau lebih kurang, perempuan mahupun lelaki, boleh atasi dan mulakan langkah baru dengan penuh kekuatan dan keyakinan. InsyaAllah.
– Momo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit