Aku & suami berusia awal 40an. Kahwin suka sama suka direstui keluarga. Dugaan dalam rumahtangga tu macam ada juga lah sedikit sebanyak. Macam musim di malaysia ni hujan panas kadang² ribut banjir.
Mohon maaf tulisan aku kucar kacir tak pandai mengarang. Yang aku nak kongsi disini bila jabatan mmg kena berurusan dengan lelaki & perempuan. Bab ni ok lagi jika pandai mejaga diri & jaga batasan.
Yang paling tak bestnya bila jabatan nak mengeratkan hubungan sesama staff seolah ‘keluarga staf’ nak baik² sesama bos, anak buah. Kononnya untuk memudahkan urusan kerja. Haa disini lah selalunya bibik² cinta. Termasuklah suami aku. Aku namakan dia M.
Sebenarnya tak sempat tahap bercinta pun. Hampir² bercinta. Bibik² baru bermula. Tapi cukup terkesan dihati aku. Isteri mana tak jelous. Pergi kerja makan ramai² group lelaki . Tiba² ada 3 perempuan menyelit tumpang makan.
Aku namakan perempuan ni Nur. (bagi aku bukan Nur bermaksud cahaya bersih tapi cahaya buruk. Haha tumpang lepas geram. Maaf ye Nur yang lain.. Lepas perasaan jap. Peristiwa ni sekitar 2015 hingga 2017. Dalam 3 tahun jugalah mencuba tu.
Kerap kali bila group lelaki M makan gedik² la Nur ni ajak geng dia minta nak joint. Masa ni aku cuba sabar lagi. Ada bengkel² jabatan ni pun si Nur ni akan sibuk nak bergambar dengan M.
Ada gambar suamiku ada saja menyelit. Siap post kat fb dan tag M suamiku. Yang hairannya rakan pejabat lelaki yang lain tak sorang pun ditagged pun. Jadi korang rasa? Aku sabar lagi bersangka baik.
Last kisah yang buat aku bertindak bila ibu mertua meninggal di hospital. Tak sampai 2 minit suami maklum dalam group rasmi si Nur ni call.
Korang rasa apa tujuan? Nak ziarah di hospital?
Dalam kereta selepas selesai urus jenazah untuk dibawa pulang ke kampung yang ambil masa 2 jam dari hospital, sehabis baik aku tanya M dia telefon kenapa? Nak tunjuk caring ke apa? Tu saja la soalan aku.
Kami pastilah tengah sedih. Ibu mertua. Banyak berjasa juga pada kami. Cuba sedaya upaya sabar, zikir banyak2 pujuk hati agar jangan meletup marah.
Dengan penuh sabar dan nada yang amat perlahan bisik kat suami. Tak pe abang. Minggu depan kita gaduh ye. Saya sabar dulu ni. Senyum walau pahit di hati.
Diringkaskan cerita. Aku berjaya hapuskan gangguan Nur. Si Nur ni block fb M.
Agaknya sebab M tegur tak perlu tagged dia di fb & M suruh kawan dia yang selalu post gambar² majlis jabatan delete semua gambar² M berdua dengan si Nur dekat fb. Alhamdulillah sangat. Korang tau apa jadi.
Si Nur beralih pula ke bos M yang dah beristeri 2. Kantoi bila tersilap panggil sayang dalam group rasmi. Hmm. Dalam perancangan nak jadi isteri ketiga. Tapi ditentang isteri kedua dan dibatalkan.
Si Nur ditukarkan ke negeri asal dia kerana kes ni. Aku pun dah lupakan cerita ni. Sehinggalah si Nur ni buat fb baru dan mula stalk fb M.
Sebok pula dok like komen M dekat status kawan yang lain. Aku tolong block fb dia.
Aku tak pernah sekali telefon Nur, apatah lagi berdepan dan marah². Mesej pun tidak walaupun aku ada nombor phone dia.
Aku pernah juga beberapa kali jumpa secara tak sengaja. Ada juga la perasaan nak p tumbuk tapi pendam saja laa sebab kalau aku serang aku juga yang nampak buruk & salah.
Pernah sekali aku lalu depan dia dengan jelingan. Boleh tahan dia gugup nampaknya. Power gak la jelingan aku tu. Hahahaha.
Melalui kawan baik aku yang sepejabat dengan Nur & M aku dapat tau M tak de la layan sangat si Nur saja melebih sentiasa cari ruang.
Aku guna cara baik saja bincang dengan suami elok² walaupun hati hangus berapi.
Point aku post kat sini adalah mohon nasihat. Aku lemah sekarang. Mudah syak dekat suami. Trauma aku belum habis. Bila suamiku ada sukan di jabatan. Majlis ke aku mudah teremosi. Cepat nak marah & syak.
– Ara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit