Sekarang umur aku 35 tahun, aku berkahwin masa umur aku 22. Dulu masa belajar di universiti, aku suka buat bisnes sampingan. Macam2 aku jual, waktu tu hanya jadi agent & dropship untuk product orang lain.
Alhamdulillah, masa umur aku 21 aku keluarkan tudung jenama aku sendiri. Berkat usaha aku & team aku, bisnes aku agak berjaya hingga ke hari ini. Aku datang pun dari family yang agak berharta, so dari dulu hidup aku memang senang, syukur alhamdulillah.
Aku berkahwin dengan bekas suami aku waktu umur aku 22. Sebelum kahwin aku dah mampu beli sebuah rumah & sebuah kereta hasil titik peluh sendiri (aku suka menabung dari zaman sekolah menengah). Bekas suami aku, Adam (bukan nama sebenar) tua 2 tahun dari aku, kami kenal di universiti.
Umur aku 18 masa tu. Macam mana kitorang mula2 kenal? Dia jadi faci group aku masa kitorang orientasi. Dia ambik nombor aku daripada group whatsapp, lepastu dia usaha chat aku hari2 sampailah aku terjatuh hati dekat dia.
Lagipun bekas suami aku tu ada rupa. Dia tinggi, kurus, kulit kuning langsat, kemas pastu dia pandai bergaya ikut trend. Setahun kemudian, kitorang mula couple & dialah orang pertama yang aku terima jadi boyfriend sebab aku memang jual mahal.
Sepanjang bercinta memang dia baik sangat dengan aku. Tiap kali keluar dating, dia tak bagi bayar tapi aku tetap insist nak bayar sebab aku memang suka jadi financially independent. Waktu belajar, aku tak pernah meminta duit dengan parents aku (tapi diorang still masukkan duit tiap bulan la).
Pastu aku pergi mana2 dia pujuk nak teman aku sebab dia nak drive kan kereta untuk aku. Lepastu dia selalu make time untuk jumpa aku almost everyday. Gaduh pun jarang sangat sebab dia sangatlah memahami aku dan aku pun cuba memahami dia.
Dia bukan lelaki yang suka mengongkong so aku respect sangat sikap dia yang tu. Dia selalu jugak puji aku cantik every time dia jumpa aku.
Senang kata, aku rasa macam betul2 disayangi & dialah lelaki yang tepat untuk aku waktu tu.
Waktu aku umur 21, dia insist nak bertunang dengan aku sampai dia cakap dia sanggup jumpa parents aku & pujuk diorang untuk restu pertunangan kitorang and that’s what he actually did.
Aku rasa terharu sangat ada lelaki yang bersungguh2 nakkan aku sampai tahap tu. So kitorang bertunanglah, sepanjang pertunangan tu pun sikap dia makin improve & makin aku suka kat dia. Setahun kemudian, kitorang kahwin.
Ada sikap dia yang berubah lepas kahwin. Daripada tak pernah mengongkong, dia mula slow2 kongkong aku sikit demi sikit. Tapi aku tak rasa apa2 pun sebab masa tu aku rasa macam dia dah jadi suami aku so ada hak untuk dia kongkong isteri dia.
Lepastu dia dah mula senang jealous, aku bercakap dengan rakan sekerja pun dia tanya aku macam2. Tapi still, aku tak kisah sebab other than that, he’s a good husband to me.
Waktu umur 24, aku lahirkan anak yang pertama. Masa tu agak tough untuk aku sebab aku baru mula kerja (dalam bidang yang aku study) & ada bisnes yang perlu handle. So aku decide untuk tambah bilangan pekerja untuk bantu bisnes aku berjalan lancar.
Suami aku tak suka idea tu sebab dia taknak kewangan kitorang merudum but i still do it anyways. But i have to admit, suami aku buat proses jaga anak kitorang tu lagi tenang because he’s a good father.
Everything went well sampailah waktu umur aku 27 tahun, aku lahirkan anak kedua & unfortunately anak kedua aku tu menghidap eczema so memang betul2 kena bagi extra care.
Aku rasa macam tak menang tangan sangat masatu so aku decide untuk ambik bibik. Tapi suami aku berkeras taknak bagi aku ambik bibik, instead dia offer diri dia untuk berhenti kerja demi jaga anak2 & jaga rumah kitorang.
So aku akur dengan keputusan suami aku sebab aku rasa tu pengorbanan yang besar dia buat sebagai seorang ayah untuk besarkan anak2 aku. Walaupun berhenti kerja, dia tetap bagi aku dengan anak2 nafkah yang cukup setiap bulan sebab suami aku ni pandai simpan duit.
Tapi sebagai seorang isteri yang menghargai suami, aku bagi macam2 dekat suami aku. Aku belikan kereta idaman dia, barang2 designer & aku bagi duit untuk dia jaga anak aku & beli barang keperluan rumah. Memang aku rasa macam role suami isteri dah bertukar tapi takpe aku bahagia je macamtu.
Everything went down waktu aku tengah mengandungkan anak ketiga aku. Umur aku 31 waktu tu. Alahan aku kuat sangat. Bau badan suami aku pun aku boleh muntah so memang kitorang tak bersama langsung sepanjang pregnancy anak ketiga aku.
Waktu aku 5 months pregnant, suami aku cadangkan kitorang ambik bibik sebab aku tak boleh overwork dengan keadaan aku yang tak seberapa so suami aku insist nak tolong aku handle bisnes.
You thought that was the reason? but no, rupanya suami aku cadangkan ambik bibik supaya dia senang nak pergi jumpa dengan perempuan lain yang dia sorok daripada aku.
I saw the signs that he was cheating on me sedangkan aku tengah bermati-matian mengandungkan anak dia & kerja for our family, tapi aku cuba tolak signs tu sebab aku percaya suami aku takkan buat macam tu dekat aku.
Perempuan tu, Aida (bukan nama sebenar) muda 6 tahun daripada aku, which means dia muda 8 tahun daripada suami aku. Memang dia cantik, seksi, dulu pun kerja pramugari.
Tapi dia berhenti kerja lepas kahwin dengan orang kaya (suami orang yang dia rampas jugak), so masa dia start ada affair dengan suami aku, dia janda anak 1. Dia kahwin dengan orang kaya tu 3 tahun je & bercerai lepas his wife found out.
Sepanjang suami aku curang, banyak kali dia tipu aku cakap pergi warehouse, tapi dia pergi apartment perempuan tu. Banyak kali dia kantoi dengan aku sebab pekerja aku cakap dia datang warehouse lambat, kadang2 tak muncul terus.
Aku tanya dia pergi mana, dia cakap pergi jumpa kawan tu lah ni lah, pergi beli barang tu lah ni lah. Anak sulung aku dah agak matang masa tu, dia pernah tanya aku kenapa baba dia dah jarang borak dengan dia macam dulu, asyik hadap phone je. Luluh hati aku bila anak aku tanya macam tu.
Yang mengandung je tahu macam mana emosi kacau sebabkan hormone tak stabil. Aku tahu tak boleh stress2 sangat masa pregnant nanti boleh jejaskan kandungan so aku cuba sedaya upaya aku untuk elak diri aku daripada rasa negatif.
Aku tekad nak investigate pasal suami aku lepas aku dah beranak walaupun aku dah yakin yang dia curang dengan aku cuma selagi tak confirm, aku takkan rasa down. Satu per satu bukti aku kumpul.
Beberapa bulan kemudian, aku selamat lahirkan anak bongsu aku. Lepas aku habis pantang, aku terus mulakan misi nak investigate pasal suami aku. Aku cuba nak korek phone suami aku tapi dia tukar password.
Pilu hati aku sebab sebelum ni password dia hari jadi aku. Tapi ada notification dekat lockscreen dia waktu tu, ada perempuan text suami aku, aku tak boleh tengok isi kandungan yang dia text tapi aku boleh tengok profile picture perempuan tu.
Dia letak profile picture gambar muka dia. So, aku snap gambar profile picture yang kecik tu guna phone aku & aku cuba cari kenalan facebook suami aku yang ada profile picture muka gambar sama.
Alhamdulillah, tuhan permudahkan urusan hambanya yang dianiayai ni, aku jumpa facebook perempuan tu.
Paling menyedihkan, aku ternampak satu posting facebook perempuan tu, gambar tangan dia pegang tangan lelaki & nampak interior kereta yang aku sangat cam kepunyaan suami aku (kereta yang aku hadiahkan kat dia).
Tangan tu memang sah tangan suami aku. So aku kumpul kekuatan aku untuk confront suami aku.
Lepas tengok bukti2 yang aku jumpa, pucat muka suami aku & terkebil2 mulut dia cuba nak fikir cara untuk tipu aku lagi. Dari situ dia sendiri dah tahu memang dia dah tak boleh nak tipu aku lagi. Dengan air mata tak berhenti, aku paksa, aku desak dia supaya mengaku & dia finally mengaku.
Hati aku luluh, hancur. Tak sangka lelaki yang aku sangkakan cukup baik untuk bahagiakan hidup aku, yang aku betul2 percaya sanggup khianat aku macam ni. Sanggup buat aku macam orang bodoh.
Suami aku melutut merayu dengan aku untuk maafkan dia & janji dia takkan jumpa dengan perempuan tu lagi lepasni, cakap dia betul2 menyesal & nak berubah. Paksa aku bagi dia peluang.
Aku minta satu benda daripada dia masatu, bagi aku baca text dia dengan perempuan tu untuk aku decide sama ada aku nak maafkan dia atau tak. Berat dia nak bagi, tapi dia bagi juga aku baca. Aku rasa dunia aku gelap bila aku dapat tahu suami aku dah tidur dengan perempuan tu.
Kejamnya. Dia tak fikirkan perasaan aku ke? Kalau dia tak kisahkan aku sekali pun, dia tak fikirkan anak2 kitorang ke? Aku berhabis nyawa berkorban macam2 nak bagi kehidupan yang terbaik untuk dia & anak2 aku.
Tapi dia hancurkan semuanya macam ni? I gave him everything. I always love him & still choose him when he has nothing & i have everything. Tapi dia pergi dekat perempuan yang hanya pandang harta dia?
Dia bagi perempuan tu macam2 barang mahal yang aku sendiri tak pernah dapat just to impress her? Aku tahu aku mampu nak beli barang mahal sendiri tapi tergamak dia gunakan hasil titik peluh yang aku bagi dekat dia untuk buat perempuan lain happy?
Sejak daripada kejadian tu, aku tekad nak bercerai. Bukan aku tak fikirkan anak2 aku, tapi biarlah aku jadi ibu dan ayah untuk anak2 aku because im confident that i can provide my children everything without his help anymore.
Aku akan cuba bagi anak aku kasih sayang seorang ayah yang diorang tak dapat nak rasa lagi. Diorang tak patut ada ayah yang sekejam tu & suami aku tak layak nak jadi ayah untuk diorang.
kalau betul dia fikirkan aku dengan anak2 dia, he would’ve never even think of doing that, while i was pregnant with his child. Urusan penceraian aku dengan suami aku berjalan lancar, walaupun dia merayu taknak bercerai. Aku tuntut semua harta aku, including the car that i gave him.
Aku tak kuat untuk semua ni sebab dia satu satunya lelaki yang aku pernah bagi cinta & kepercayaan aku tapi dia still musnahkan. Aku rasa macam trauma untuk berkenalan dengan spesies lelaki lagi. Mungkin ada hikmah semua ni berlaku.
Mungkin ada hikmah Allah tunjukkan sisi sebenar suami aku & jauhkan aku daripada dia. Walaupun aku rasa agak kosong, aku tabahkan diri untuk kekal happy demi kebahagiaan anak2 aku. Alhamdulillah hak penjagaan anak2 semua dapat dekat aku sebab bukti kecurangan dia kukuh.
Belum masuk setahun kitorang bercerai, suami aku dah kahwin dengan perempuan tu. Tapi dalam masa yang sama still merayu dengan aku melalui sosial media, dia pernah juga hantar aku bunga coklat while he’s already her husband.
Aku bersyukur aku tak berikan peluang sekali lagi kepada lelaki tak guna macam tu. Kepada perempuan tu, semoga berkat bina kebahagiaan di atas kebahagiaan orang lain.
Semoga lena tidur malam memikirkan nasib anak2 kepada lelaki yang kamu rampas kekurangan kasih sayang ayahnya kerana kamu yang pentingkan diri sendiri.
– Zana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit