Nama aku Helena (nama samaran), sekarang umur aku dah 25 tahun dan aku masih single. Cerita yang aku nak kongsikan ni jadi dekat aku waktu umur aku 14 tahun, waktu aku sekolah menengah.
Aku ingat lagi, umur aku 13 tahun dulu aku ada kenal dengan sorang senior ni, boleh dikatakan senior ni ada lah jugak rupa. Kitorang berkenalan daripada adiknya aku kasi nama Rina. Rina ni bukan lah kawan sekelas aku pun, aku cuma kenal dia sebab dia satu kadet polis dengan aku.
Time ni cuti sekolah sebelum nak masuk 14 tahun, rasanya dalam bulan 12 macamtu. Aku ni dulu jenis yang kuat media social, jadi orang yang aku tak kenal pun aku add je kat facebook.
Nak jadikan cerita, aku add Rina. Selang 2 3 hari macamtu tiba tiba Rina text aku kat messenger, cakap yang abang dia suka dekat aku. Aku macam terdiam la jugak sebab dulu aku pernah la usha abang dia sebab macam aku macam dia ada rupa. Rina kata abang dia punya phone rosak sebabtu Rina sendiri yang chat, bukan abang dia.
Fast foward, abang dia dah dapat phone and dia pun text aku ajak couple la waktu tuu. Nama abang dia ni aku kasi Bakso. Aku pun macam on jela sebab yela zaman muda kan. Kitorang declare dalam 29 haribulan 12 macamtu.
Ni dah masuk sekolah lah kiranya, awal awal couple tu memang elok, 3 bulan awal tu masyaAllah cara dia treat aku tu macam aku lah bidadari diaa.
Dekat sekolah pun kitorang kadang kadang dating, aku ingat lagi aku pegang dompet dia sebab nak swap la katanya macam pegang each other dompet nampak la sweet kan, kelakar lah hahaha. Dulu sampai kena tahan dengan pengawas sama sama la sebab bawak phone.
Tak lama macamtu, Bakso decided nak pindah masuk MRSM waktu tu sebab umur dia 16 aku pun macam sedih lah boyfriend pindah sekolah kan mesti lah ada drama air mata bagai tu semua, geli pulak rasa hahcuwhxhsh. Nak dijadikan cerita, dia dapat masuk sana and bermula lah trauma aku ni.
Sebulan awal dia masuk MRSM tu, aku dah perasan perubahan dia. Dari seorang yang selalu communication bila ada argument dia bagi aku silent treatment.
Ada satu kali tu, dia ambik gambar dengan perempuan lain and kantoi benda tu dengan aku sebab kawan dia post gambar dorng tu, aku merajuk la and marah semua tu. Dia minta maaf lepastu dia terus off phone dia, daripada pagi sampai malam ye dia off, padahal dia buat salah aku pulak yang kena minta maaf bagai kena cari dia semua.
Lepastu benda macamtu jadi smpai 2 3 bulan, salah dia aku yang kena minta maaf and all that stuff. Aku waktu tu pun baru 14 tahun jadi aku tak fikir apa apa selain minta maaf sebab cara dia manipulate aku tu macam semua benda jadi salah aku.
Tapi things get worst bila dia start untuk maki aku. Pernah sekali tu kitorang tengah vc, aku cerita pasal math aku fail, ada sorang classmate lelaki ni dia pandai and dia offer jadi mentor aku. Dia terus padam video call tu and terus maki aku cakap aku sundal lah itu la ini lah.
Aku pelik, apa salah aku kan tapi aku fikir maybe aku macam idolakan classmate aku tu sebab dia pandai so Bakso ni jealous. Aku pun segera minta maaf pujuk dia semua.
Bukan setakat maki je, kongkong pun ada jugak ye Bakso ni, aku ingat lagi aku nak keluar mana mana kena bagitau dia dulu, kalau tak dia akan maki aku atau bagi silent treatment. Sebelum keluar, kena bagi gambar baju, gambar seluar segala gambar nak makesure aku tak dress up as pelacur, katanya la.
Aku ingat lagi, aku keluar dengan family aku, kitorng rent satu homestay ni lah, dia suruh aku pakai tudung litup dalam homestay tu termasuk lah tudung, and bila aku cakap aku taknak buat, dia maki aku cakap aku perempuan murah pelacur dan sebagainya.
Bukan tu je, dulu pakcik aku ni duduk rumah aku sementara waktu sebab dia nak lanjutkan pelajaran phd dia waktu tu sebelum dia cari rumah sewa berdekatan la kan, dia suruh aku keluar bilik pakai tudung sebab taknak bagi aurat keluar.
Aku macam, pelik agama mana dia belajar sebab hukum anak buah dengan pakcik boleh je kan bukak tudung, correct me if im wrong.
Lepastu kalau aku nak tidur, aku pun kena pakai tudung, aku pun tak faham kenapa dia buat macamtu. Dia akan makesure kitorng vc sebelum tidur nak tentukan aku tidur pakai tudung atau tak, dia akan suruh aku rakam bilik aku untuk tengok sama ada jantan atau tak dekat dalam bilik aku tu.
Aku ni rapat dengan cousin aku, so ada lah lelaki jugak tapi bukannya rapat sampai bersentuhan, sekadar berborak lepastu plan nak travel mana dengan family.
Bakso dapat tau aku dengan cousin lelaki aku tu berborak, dia terus chat cousin aku tu maki maki sampai aku dengan cousin aku tu dah tak berborak. Aku marah sangat dengan dia waktu tu sebab dah melampau, tapi dia gelak and cakap
“Kenapa aku nak pertahankan pelacur macam kau eh? Aku jauhkan kau dari maksiat, kau nak jugak jantan tu. Jilat la dia”.
Aku dengar benda tu memang ya Allah jatuh air mata aku ni, banyak kali yang aku sakit hati, ni yang paling sakit sangat sampai aku tak makan seminggu and doctor sahkan aku ada anxiety dan depression.
Lepastu kalau aku ada family plan dengan cousin aku semua tu, dia akan chat setiap cousin lelaki aku untuk stay away from aku. Aku tak bagi pun nombor cousin aku tu dekat dia, dia yang curi dari phone aku.
And the worst part is, dia pernah naik tangan dengan aku. Waktu tu dia ajak jumpa sebab dah lama tak jumpa kan, aku pun okey.
Tempat kitorng jumpa ni memang tak ada orang, biasa yang hisap dadah duduk situ waktu malam malam.
Aku pakai simple je sebab aku malas nak bersiap, aku memang dah dibiasakan tak pakai makeup atau apa apa kalau keluar (bukan pick me) lepastu dia nampak aku pakai macamtu awal awal dia badmood sebab kata aku tak ada effort nak cantik depan dia.
Aku time tu tak kisah sangat la, aku pun bagi dia kek lapis aku beli, ada lah dalam 3 bekas. Memang mahal ye kek tu, aku tahan perut tak makan kat sekolah sebab nak beli kek tu je sebab dia craving.
Aku siap kerja dekat workshop bapak aku sekali, kadang kadang tu pergi tolong orang kampung bersihkan reban ayam sebab nak duit punya pasal. Korng nak tau dia buat apa? Dia ambik plastik kek tu and pijak depan mata aku and dia jerit
“Eh muka kau dah la buruk dengan pakai macamni, kau dah la hitam, tangan kotor nak mampos dengan ada segala taik ayam minyak motor. Kau ingat kek lapis sial kau ni laku ke”.
Waktu tu aku memang nangis sampai aku jerit dekat dia,
“Kau pahal, aku beli mahal tau bodoh”
Sebab aku memang dah tak tahan. Dia terus tampar aku lepastu tolak aku kat jalan and pijak aku, sambil tu dia cakap ,
“Kau perempuan jangan kurang ajar, aku ni lelaki, darjat aku tinggi lagi dari kau”.
Lepas dia pukul tu dia terus naik motor balik rumah. Aku terdiam and menangis jela, kek lapis tu dah memang tak bole makan dah, aku buang je. Aku balik rumah memang aku nangis jela.
Curang?? Lagi tak payah cakap. Bakso tu curang dengan member aku pun pernah, kalau kantoi mesti dia cakap aku yang gila sebab tak percaya dia. Lepastu dia akan maki aku and cakap aku ni sundal beribu kali sampai aku tak boleh bagitau apa aku rasa.
Sakit semua aku pendam sebab kalau aku luah memang aku kena maki, kena pukul semua tu aku akan kena. Dia dulu curang siap buat benda bukan bukan ye dengan perempuan tu, sampai aku dengar perempuan tu gugurkan kandungan padahal time tu umur Bakso tu baru 16.
Aku tak percaya betapa muda nya aku hadap benda macamni. Bakso bukan curang dengan sorang perempuan, dengan ramai perempuan dia curang, sampai perempuan tu send gambar dorang berdua atas katil. Nampak macam rekaan kan, tapi ni realiti yang terjadi and kisah ni memang benar.
Mak ayah Bakso tau aku dengan dia, tapi mak ayah dia semua cakap aku ni ada saka sebabtu Bakso nak dengan aku. Mak ayah dia siap haramkan muka aku dari family la, lepastu siap cakap aku ni macam sakai, carut maki aku semua tu mak ayah dia buat.
Abang dia siap ugut aku kalau aku masih bomoh Bakso, dia akan buat report polis. Aku waktu tu cuma 14 tahun, duit pun aku tak ada nak bomoh macam mana weh.
Selain dari perangai sakai ni, dia pun banyak kali minta duit aku. Pernah sekali tu dia punya phone rosak and dia kata kalau dia tak dapat phone baru, dia nak putus sebab aku bukan supportive gf la kononnya.
Tapi disebabkan sayang, aku pun beli phone RM500 mcmtu, kek lapis tu pun aku ikat perut apatah lagi phone ni kan, memang time tu 3 bulan aku kumpul smpai satu tahap aku pengsan sebab penat sangat.
And bila dia dapat phone tu, dia rosakkan babe, lepastu phone tu dia buat untuk chat betina lain adoii. Bukan tu je, pernah sekali tu, dia hack phone aku weh nk tgk aku mandi.
Korang mesti tertanya, kenapa aku tak break lagi dengan Bakso ni kan, sebernanya kitorng da pernah break sekali lepas dia naik tangan, tapi dia pujuk aku lepas dalam beberapa bulan kitorng break and aku mcm try to bagi chance la kan, tapi memang tak terjadi pun.
Ada banyak lagi yang dia buat tapi aku pun tak ingat nak dekat 10 tahun kan. Tapi sampai sekarang ye, sakit tu masih ada lagi ye sampai sekarang. Waktu tu aku kecik, umur 14 tahun.
Aku sampai satu tahap menangis kenapa lah aku teruk kena treat macamni walhal aku kecik lagi. Pengajaran kepada budak muda muda, kalau rasa bf korng tu dah redflag tolong tolong tolong tinggalkan terus. Jangan rasa diri tu tak boleh tak ada dia, tolong jangan.
Sekarang aku dah berkahwin tapi belum ada rezeki dapat anak. Alhamdulillah suami aku baik sangat, aku bersyukur tapi aku masih ada trauma jadi dia lah yang selalu layan stress, menangis aku. Apa apa pun, aku doakan perempuan lain tak kena macam mana aku kena ni.
– Helena (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit