Trauma Waktu Kecil

Nama aku Seroja berumur akhir 20an dan berasal dari sebuah kampung di hujung utara.

Sedikit tentang aku, aku dilahirkan dalam keluarga yang cukup makan dan pakai. Apa aku nak mak ayah akan cuba untuk tunaikan.

Aku ada 3 orang abang. Sebapa tapi bukan seibu. Mak mereka meninggal waktu mereka kecil kemudian ayah aku berkahwin dengan mak aku beberapa tahun selepas itu.

Alhamdulillah mereka dikurniakan aku satu satunya anak hasil hubungan mereka.

Cerita ini adalah tentang trauma aku sewaktu kecil hingga bawa ke besar. Menghantui setiap langkah dan tidur aku hampir setiap malam.

Sejak ayah berkahwin dengan mak, ayah memilih untuk tinggal di rumah yang sama berdekatan dengan keluarga isteri pertama beliau.

Kenapa aku tak pasti, tapi yang pasti keputusan itu membawa kesan yang buruk pada mak dan juga aku.

Keluarga mereka melayan mak seperti orang asing, dicemuh dihina difitnah itu menjadi makanan mak setiap hari.

Aku tak faham hingga ke hari ini kenapa mak masih bertahan.

Anak anak tiri mak iaitu abang abang aku juga memihak kepada mereka. Alasan mereka ibu tiri ini jahat.

Padahal sejak aku kenal erti kotor dan bersih ni aku dah nampak mak tidak pernah anggap mereka sebagai anak tiri, malah mak akan menurut sahaja apa yang mereka inginkan.

Apa yang aku dapat pasti mereka akan dapat juga. Mereka juga melayan aku seperti anak orang luar.

Mereka pukul, marah, tengking walaupun masa tu aku berusia 5 tahun. Walaupun pada mereka aku masih kecil, tapi perasaan tu aku masih ingat sampai ke harini.

Orang gelar mak aku jahat, orang halau aku untuk keluar dari rumah ni, orang kata mak aku pakai sihir sampai ayah ikut cakap mak aku.

Sedangkan apa yang aku nampak sampai ke harini, ayah tak pernah sekali pun defend mak bila orang kata kat mak macam macam. Dia pilih untuk senyap.

Bila aku makin besar ni setiap kata mereka masih terngiang dalam kepala.

Membawa aku untuk menjadi anak yang independent.

Dari aku sekolah sampailah aku habis universiti, aku buat semua tu sorang diri. Nak beli barang kelengkapan masuk uni aku naik motor sorang sorang angkut barang tu.

Aku tak pernah share dengan sesiapa apa aku rasa, apa aku buat, segala keputusan dalam hidup aku ni aku buat sendiri tanpa tanya sesiapa.

Tapi harini mereka persoalkan kenapa aku biadap, kurang ajar, adik tak kenang budi.. Sedangkan mereka yang ajar aku untuk jadi biadap.

Pelik kan manusia. Mereka yang buat lepas tu tunding jari kat orang lain.

Aku tulis cerita ni sebab aku tengah menangis sebab aku terjaga dari mimpi yang aku dipukul oleh mereka.

Kesan tuu bukan sakit pada badan tapi pada emosi dan jiwa aku.

Setiap kali mimpi tu bertandang aku jadi benci dengan kehidupan aku. Aku benci orang sekeliling aku. Aku benci semua orang.

Doakan aku supaya rasa benci ini takkan membawa aku perasaan dendam pada mereka dan cukup aku cuba memaafkan semua orang.

– Seroja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *