Asalamualaikum. Namaku Arora.
Korang dah tengok tak berita ada seorang lelaki mencabul kanak kanak dekat surau. Aku sangat trigger ya.
Pernah benda ni terjadi kepada diri sendiri. Masa tu aku darjah 3 tau. Kami selalu main pusing pusing surau. Masatu surau lama.
Main pun dengan adik. Adik masatu lelaki darjah satu. Ada 2 orang remaja sekali main dengan kami. Namanya H dan Q.
Kami main pencuri penjenayah. 2 orang ni nak sangat aku masuk team dorang and adik aku dia partner dengan orang lain. Jadi aku satu team dengan 2 orang ni.
Korang tahu apa jadi? 2 orang cium pipi aku. Dan si H ni cium mulut aku.
Dia tarik aku masuk tandas dan tarik skirt aku keatas. Tu je yang aku ingat. Lepas tu aku dah tak ingat. Sampai sekarang aku ingat kejadian tu.
Terasa diri ini sangat jijik. Bila aku dah besar baru aku faham tindakan mereka.
Aku tak cakap dengan mak pak aku sebab aku ingatkan tu perkara biasa sebab ingatkan kasih sayang seorang abang terhadap adik. Sebab aku anak sulung.
Aku rasa akan ada kesan trauma pada budak tu nanti.
Mak bapak pleasee lah pantau anak remaja korang.
Kadang kami anak anak kecil ni nak pergi masjid nak solat. Nak ngaji. Dek kerana benda macam nilah buat trauma dekat budak.
Aku ada je simpan gambar 2 remaja tu yang dah jadi suami orang. Sampai sekarang aku benci tengok muka nya.
Kifarah tu ada. Sampai sekarang dua dua tu tak da anak ya. Dua dua tu kahwin dah lama.
Untuk adik tu. Kalau ada rasa trauma tu cakap dengan mama ya. Jangan pendam sorang sorang.
Sangat trigger dengan cerita begini. Moga anak anak kita di jauhkan dari benda sebegini. Aamiin ya Allah.
– Arora (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
I prnah kena dulu..ms tadika.Jiran i ni lelaki ..kami agak rapat sebab i pun selalu main2 dgn adik beradik perempuan dia..
Bila i dah masuk umur 20an br i teringat jiran lelaki yg ms tu mungkin dah form1..dia bawa i masuk tandas..tarik skirt i dan kelebek kemaluan i..tu je i ingat
Beberapa kali jugak lah.i x ingat apa lg dia buat.lps tu dia pesan jgn bgtw mak.I mmg x ngtau sebab i rasa mgkn tak salah kan nak main2 je..naif kita bdk lg
Mmg i x maafkan dia..sebab br tau i pernah dicabul ms kanak2
Ada netizen salahkan mangsa tu sebab tak jerit.
Saya tidak berkahwin dan tiada anak. Tapi saya dengar budak2 sekarang ada diajar di tadika/sekolah mengenai bahagian badan yang tidak boleh disentuh oleh orang lain. Kalau disentuh, mereka diajar kena cepat2 jerit dan lari, kot..?
Disentuh oleh budak sebaya (sama besar) mungkin boleh lah lagi nak jerit+tolak dan lari cepat2, tapi kalau oleh orang lebih dewasa ? Macam mana? Bukan sekadar disentuh tapi tiba2 di tarik /di peluk / di genggam kuat seperti pengalaman saya hampir dicabul masa darjah 2@3 oleh abang kawan perempuan yang masa tu seingat saya sudah besar seperti pelajar Tingkatan 3@4. Tiba2 saya dipeluk dari belakang dengan kuat. Hanya orang yang alaminya saja yang faham kenapa kami tidak dapat bersuara dan jerit masa tu.. ; kami hanya seorang budak yang mengambil masa untuk proses apa yang tengah berlaku..seorang budak yang menggunakan 100% tenaga untuk melepaskan diri dari genggaman orang yang lebih besar yang mngkin guna hanya 50% tenaga mereka..
Memang bodohlah orang-orang yang menyalahkan mangsa cabul lagi-lagi mangsa hanyalah seorang BUDAK
Betul awk..ramai jantan2 setan luar sana jadi enabler sokong perbuatan cabul terhadap kanak2 dan wanita.Siap ckp ohh dah suka sama suka..sedap sama2..
Kita sbg kanak2 mmg x phm maksud cabul tu apa lagi2 kena warning/ugut jgn bgtau org.
Kanak2 ni masih belom cukup akal utk proses baik buruk.Kdg kena grooming pun ada smpai dia rs benda tu x salah.
Sy serik sgt kena drp kanak2 sampai dewasa..dlm lif kena..dlm tmpt kerja kena..