Salam, Izinkan aku meluahkan apa yang terbuku di hati. Kebelakangan ini aku rasa seperti aku adalah watak jahat dalam hidup aku sendiri. Kenapa? Mari aku ceritakan.
Aku dibesarkan dalam keluarga yang runtuh. Ye, as cliche as is sound. Anak yang trauma dengan keruntuhan institusi kekeluargaan ayah dan maknya.
Ayah ku kahwin lain semenjak aku kecil, melarikan diri dan menceraikan mak tanpa sebarang khabar berita dan nafkah,
Aku yang merupakan anak bongsu ketika itu, dan teramat rapat dengan ayah, mula merasa kehilangan, kesengsaraaan. Apatah lagi mak suri rumah sepenuh masa untuk hampir keseluruhan hidupnya selepas berkahwin.
Mak mula bekerja namun gaji yang diterima amatlah sedikit, ibarat kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. Mak juga mula berhutang dengan sedara mara untuk menyara keluarga.
Keluarga belah ayah langsung tidak menjenguk, menanya khabar berita apath lagi memberikan sumbangan kewangan. Mereka semua hilang. Tiada langsung kelihatan.
Sedangkan mak lah banyak menolong keluarga sana, yang selalu menjaga apabila mereka sakit. Sumpah ketika itu, aku mula membenci mereka dan menganggap mereka tidak lagi wujud dalam hidupku.
Melihatkan kesengsaraan hidup, kesusahan mak, aku yang ketika itu bru menginjak remaja berazam utk belajar besungguh, akan ku buktikan tanpa ayah, aku juga boleh berjaya. Ya aku mula berdendam.
Episode trauma ku mula terbit apabila aku kehilangan mak secara tiba-tiba.
Sumpah dunia aku rasakan gelap, tidak ada apa dalam fikiranku ketika dikhabarkan berita sedih itu. Dunia ku hancur kelam. Aku kehilangan kedua-dua ibu bapaku. Aku lupa ayah ku masih hidup.
Ketika tu aku merasakan seperti anak yatim piatu. Kami adik beradik dijaga oleh atuk dan nenek. Dengan duit biasiswa, aku meneruskan kehidupan.
Seawal usia 14 tahun aku mula tinggal di asrama. Tiada kasih sayang ayah. Cuma atuk dan nenek tempat menumpah kasih sayang.
Tidak lama kemudian, ayah mula kembali muncul dalam hidup kami.
Ayah dan isterinya balik menetap di kampung yang sama dengan kami memandangkan situlah tempat asal mereka. Ianya sangat menyakitkan hati dan mengecewakan melihat mereka yang bahagia gembira dengan hidup mereka.
Sedangkan kami adik beradik yatim yanb ditinggalkan tanpa sebarang nafkah, apatah lagi menunaikan tanggungjawab.
Kebencian ku membuak-buak. Apatah lagi pernah satu ketika, kami pernah meminta wang saku persekolahan, perbelanjaan.
Namun, gaya bahasa tubuh ayah sangat menyakitkan hati. Seperti kami meminta sedekah, sedangkan kami meminta hak kami.
Seringkali aku terluka apabila ayah ktakan tiada duit untuk perbelanjaan persekolahan ku sedangkan ku tahu ayah mempunyai projek yang lumayan bahkan mengahwini orang kaya.
Ayah masih seperti itu, tanggungjawabnya tidak ditunaikan, nafkah anak-anak aku boleb katakan tidak berkala, beri bila diminta.
Itupun jumlah yang kecil untuk tempoh yang panjang. Apatah lagi kasih sayang. Tidak pernah aku rasakan kasih sayang, kami seperti sangat awkward bila berjumpa.
Selalu juga ayah membawa kami makan di luar, tidak dirumah nya kerana katanya tidak mahu isterinya bising. Itupun aku boleh katakan dalam setahun, boleh dikira dengan jari.
Fast forward , aku menginjak dewasa. Aku mula memaafkan ayah. Dan aku pernah meminta maaf atas segala kesalahanku membenci diri nya, aku mula menerima dirinya memandangkan beliau mula menginjak ke usia senja.
Aku ingatkan aku sudah sembuh dari trauma, aku ingatkan aku sudah move on dari dendam.
Namun, aku mula merasakan ianya kembali. Aku silap. Aku ingt dengan memaafkan ayah, trauma ku akan hilang. Rupanya ianya bukan hilang, ianya hanya ditanam, dan bila-bila masa akan muncul kembali.
Lebih lagi, adik beradik ayah mula melemparkan kata-kata perlian “takkan anak ramai, tak boleh jaga ayah seorang”.
Deep down dalam hati aku, aku rasakan bukan tanggungjawabku untuk menjaganya ketika usia tua. Your kids are not your retirement plan. Apatah lagi, anak-anak yang kau tinggalkan.
Aku mula mengalami siri overthinking my self. Adakah aku perlu berikan ayah duit setiap bulan? Adakah aku perlu layan segala kehendak ayah?
Kalau isterinya meninggal, adakah aku perlu menjaga dia? Adakah aku perlu menjaganya sekiranya dia di hospital?
Bermacam-bermacam lagi pertanyaan, sehingga ianya akahirnya menjerumus ke soalan adakah aku anak yang derhaka?
Yang tidak akan diciumkan bau syurga walaupun aku melakukan semua kebaikan di dunia? Yang mana aku mahu bersama arwah mak di akhirat nanti.
Aku sangat merasakan trauma ketika aku kecil yang aku tidak endahkan ini memakan diriku kini. Aku mula menangis sendirian, menangis yang teresak-esak.
Menanges mengenangkan walah apa pun kebaikan aku buat, ibadat yanv aku buat, tidak akan mengizinkan aku masuk syurga hanya kerana aku tidak mampu untuk meyayangi ayahku,
Adakah aku perlu bantuan psikiatri?
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit