Traumakah Aku?

Hi semua. Nama aku Maria (bukan nama sebenar). Hidup aku ada turun naiknya. Alhamdulillah setakat ni aku sihat.

Okay, ceritanya macam ini. Waktu aku umur 4 @ 5 tahun, aku dah start duduk rumah pengasuh. Pengasuh aku ni mamak. So lauk kari, thosai, idli semua aku telan. Fav sebab dia masak memang sedap.

Berbalik pada tajuk. Ada satu hari, lepas balik sekolah, rutin harian aku akan tidur lepas lunch sampai pukul 5 petang. And waktu aku tidur, tetiba ada orang tarik rambut aku kuat sangat.

Kalau pakai rambut palsu memang tercabut terus. Lepastu dia goncang kepala aku like kuat gila sampai badan aku pun boleh terangkat.

Then dia heret aku masuk bilik air. Mulut dia sumpah seranah aku. Dia simbah air sejuk kat badan aku. Aku menangis. Jerit minta tolong tapi takde siapa dengar.

Then dia kurung aku dalam bilik air. Lama sangat sampai air mata aku dah tak keluar sebab aku penat menangis.

Rupanya dia buat macam tu sebab aku kencing atas karpet. Aku tak sengaja. Aku macam tertanya tanya, teruk sangat ke kesalahan aku?

Sampai sekarang kalau ingat peristiwa ni, aku menangis. Sebab aku rasa macam takde siapa dengar and tolong aku. Badan aku sakit. Dia pukul badan aku banyak kali. Aku budak lagi.

Btw, pengasuh aku ada jaga juga budak lain. And everytime budak buat hal, memang kena pukul. And budak budak ni biasalah, akan menangis teruk gila.

Aku sampai benci bila aku dengar budak menangis. Since dari haritu, aku benci budak budak. Aku tak suka and bila budak menangis, ia macam trigger aku punya marah.

That’s why aku takut nak ada anak. Aku takut aku dera anak aku sendiri klau dorang nangis. Sumpah aku tak boleh dengan budak budak.

Macam mana aku nak kahwin nanti and ada anak?

Belum lagi cerita aku kena s3xual harassment dengan ayah pengasuh aku. Lelaki paling jijik yang pernah aku jumpa. Berpura pura menjadi seorang alim tapi pedo. Dia suka raba budak budak including diri aku.

Aku sampai takut gila kalau nampak dia. Buat pengetahuan semua, takde siapa tahu aku kena s3xual harassment termasuk parents aku. Aku tak pernah buka mulut.

Since aku kena dera haritu, penjaga aku ugut aku jangan bagitau parents aku. Nanti aku kena lagi teruk. And effect dia, sampai sekarang aku jadi introvert, aku tak reti nak express my own feelings.

Bila orang tanya ada masalah ke tak, aku prefer untuk pendam. Bila pendam, mental health aku jadi teruk.

Aku memang tak di diagnose oleh doktor untuk mental health issue, tapi aku rasa aku ada develop sikit simptom mental health.

Aku pernah sayang seseorang ini, tapi dia tinggalkan aku. Jiwa aku hancur and aku pernah terfikir nak kelar tangan aku untuk mati. And sekarang ni

Aku jadi seorang yang ada trust issue. Aku tak percaya orang. Tapi alhamdulillah, mental aku masih waras lagi. Aku masih takut mati dan ingat Allah.

Aku tak tahulah, tapi kan, aku selalu berangan yang aku ni jadi superwoman. Like aku selalu berangan yang aku jadi centre of attention.

Since aku kecik aku suka berangan macam ni.

Then, lately baru aku sedar. Aku berangan untuk benda yang aku takde. Aku berangan sebab aku tahu aku tak mampu jadi macam itu.

Tapi berangan kan free. So aku hanya mampu berangan. Berangan tu adalah satu mechanism untuk aku build up balik semangat aku yang hilang.

Akhir sekali, pada yang baca kisah aku, doakan aku sihat mental dan fizikal serta dipermudahkan urusan. Aku sedih tapi aku tak reti nak bagitau orang. Aku sebenarnya penat hidup macam ni. Assalamualaikum.

– Maria (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *