Travelling, Perlu Ke?

Maaf sekiranya pos ini terlalu panjang. Banyak perkara yang nak di kata, tapi takpelah. Tulis sekadar yang termampu sahaja.

Baru-baru ini terdapat hamba Allah yang menceritakan kisah ‘survival’nya bersama anak yang masih bayi dan isteri di kawasan negara-negara Eropah. Rata-rata masyarakat mengecam tindakan lelaki tersebut kerana tidak menjaga kebajikan anak dan isterinya. Saya antara yang menghantar emoticon ‘face palm’ kerana saya rasa amatlah tidak patut untuk dia berbuat demikian.

Namun, terbaca posting terbaru lelaki tersebut yang menyatakan beliau menyewa di airbnb dan tindakan survival mereka hanyalah sementara menunggu masa ‘check-in’. Terdetik kecaman2 lain dalam hati saya, tapi kita abaikan sahaja la ye.

Saya seorang yang telah berkahwin dan mempunyai seorang ank kecil. Sejak mempunyai anak, saya belum pernah travel ke luar negara, apatah lagi sekarang saya sedang hamil anak yang kedua. Tapi, syukur kepada Allah kerana saya diberi peluang untuk belajar di negara Down Under dan oleh kerana saya dikurniakan anak selepas beberapa tahun berkahwin, sempatlah saya dan suami pergi ke 2 negara lain untuk travel.

Saya terbaca komen2 netizen yang mengecam lelaki tersebut, tak kurang juga yang support atau mengatakan, ‘suka hati dia la nak buat apa dengan family dia, kenapa perlu panasss?’

Pada pendapat saya, oh tidakkk para pembaca sekalian. Once we are out in other countries, we are automatically the face, the representative of our country and our religion (Sekali kita melangkah ke luar negara, secara automatiknya, kita adalah wakil kepada negara dan agama kita). Lagi2 sebagai wanita yang bertudung, memang orang tau dah Islam, takde orang lain dah yang pakai tudung dalam kalangan mereka.

Dan seperti yang kita tahu dengan konflik di negara-negara Islam yang sedang bergolak, manusia di dunia ada yang memandang serong terhadap kita, jadi tolonglah, janganlah kita burukkan keadaan dengan perlakuan kita yang bercanggah dengan adab dan peraturan di negara orang.

Terdapat perkara-perkara yang penting untuk saya sebutkan tentang perlakuan2 kita semasa travelling. Antara yang saya selalu terbaca ialah org kita bawa makanan dalam restoran walaupun terdapat notis ‘No outside food allowed’.

Jangan samakan negara mereka dengan negara kita, saya tahu rakyat Malaysia sangat baik dan fleksibel tentang perkara ini. Tapi kalau di negara luar seperti Jepun, maksudnya air mineral dari luar pun kita tak boleh minum di dalam premis! Kalau terpaksa seperti makanan bayi, minta la izin pemilik restoran dulu.

Selain daripada tu, masalah book bilik untuk 2 orang, tapi sumbat beramai-ramai. Kita perlu tahu, negara mereka ada peraturan sendiri dan tuan punya hotel berisiko untuk disaman sekiranya mereka membenarkan perkara ini berlaku.

Sedangkan di Jerman, nak basuh kereta depan rumah pun tak boleh, kamu rasa tindakan sumbat ramai2 satu bilik macam mana? Kalau tak mampu book bilik yang cukup untuk semua orang, anggaplah kamu ni belum cukup duit untuk travel.

Seterusnya, tentang tidak declare makanan. Sebelum travel, sertailah group2 travel ke negara yang kita hendak tuju dan bertanyalah tentang makanan yang boleh di bawa. Bagi saya, bawalah makanan yang cukup2 untuk kita. Kita ke negara orang, mestilah mahu rasa pengalaman di negara orang.

Kalau nak bawa makanan lebih, tolong jangan tinggalkan makanan2 lebih dalam bilik walaupun dengan niat sedekah. Mereka tak memerlukan makanan kamu, malah makanan kamu menyusahkan mereka untuk mengemas. Kalau negara2 miskin, tanyalah mereka adakah mereka memerlukan makanan kita?

Dan banyak lagi.. sangat2 banyak.. termasuklah travel insuran, risiko perjalanan… Perubatan di negara orang sangat2 mahal sehingga kalau kamu jual rumah dan kereta kamu pun, belum tentu dapat langsaikan bil hospital ya. Bagi saya, kalau nak travel dalam keadaan mengandung, ada anak kecil, cukuplah dalam negara. Apa2 hal, hospital kita akan terima dan tak perlu risau sangat tentang bil hospital.

Juga, walaupun di mana anda berada, jangan lupa solat dan cari la makanan yang halal. Kalau ambil wuduk, jangan la sampai banjir bilik air orang. Dan janganlah solat di tengah-tengah laluan orang ramai. Carilah tempat tersorok atau yang tidak menghalang jalan. Yang ni kalau local nak kecam juga, biarlah.

Tunjukkan adab yang baik sebab orang bukan Islam ‘interpret’ Islam melalui kita. Semak juga niat travelling kita. Untuk instagram? Untuk belajar sabar? Untuk menambah pengetahuan dan mengambil iktibar? Ingat, negara orang tak sama dengan negara kita. Ingatlah juga, travelling is a privilege, not a necessity. Jadi, ikutlah kemampuan masing2.

– Traveller Sekali Sekala (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *