Travelog Kehidupan Mangsa Pedofilia

Assalamualaikum pembaca dan admin. Pertama sekali aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekiranya kisah aku ini di kongsikan. Siapa aku? aku hanya seorang wanita biasa-biasa yang tidak punya apa-apa, hanya ada peluang yang diberi Allah untuk terus bernafas lagi dimuka bumi yang fana ini. Di pagi yang dihiasi cahaya mentari mengingatkan aku tentang diriku yang serba lemah. Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana.

Ibu suri rumah tangga sepenuh masa, ayah seorang polis (mantan). Dikandungkan tanpa diduga seorang gadis yang tidak perawan lagi akibat nafsu dosa masa silam. Semasa dalam kandungan lagi aku memang sentiasa di keji orang sekitarnya padahal ketika itu aku hanya menurut perintah Tuhan ku untuk membesar di dalam rahim seorang ibu. Setelah lahir, kata ibuku mereka masih mengkeji tetapi di persetankan sahaja kejian mereka. Aku membesar dalam jagaan ibuku, susah perit aku bersama dengannya.

Ayah, lepas waktu kerja dia dan ibu akan berniaga di pasar malam untuk menambah pendapatan. Mereka membeli stokis yang ada ruang di bawah dan bertutup mudah menyimpan barang dan ruang untuk aku berehat dan tidur. Ketika itu aku berumur 2 tahun lebih. Aku diusung sana sini. Kata ibu, ketika itu mereka berniaga nasi lemak dan kuih muih. Pendapatan yang sedia ada tidak mencukupi menampung keluarga yang besar.

Ibu dan ayah menampung perbelanjaan kami sekeluarga dan menampung keperluan perbelanjaan adik beradik ibuku yang 6 orang. RM 250 gaji seorang prebet polis sekitar 80an, menampung 10 perut. Walaupun dikeji kerana dosa silam, ayah masih bersabar dan setia pada ibu pada awalnya.
Ketika aku berusia 3 tahun, aku kurang sihat. Kerap berdarah hidung dan demam yang berpanjangan.

Bila di periksa pakar, mereka kata aku hanya sensitif pada cuaca panas. Berdarah hidung aku tu bukan sikit-sikit tapi cukup untuk memenuhi gelas-gelas dan membasahi tuala mandi bersaiz sederhana besar. Momen usia 3 tahun hingga 4 tahun terpadam begitu sahaja dari kotak ingatan ku. Usia ku mencecah 5 tahun, momen inilah yang takkan terpadam selamanya dari hidupku. Ibu dan ayah sibuk menguruskan 2 adikku.

Aku dah jadi kakak, jadi aku kena mandiri diri. Untuk pengetahuan pembaca, terdapat sebuah rumah di hadapan rumahku yang dihuni oleh saudara mara sebelah ibuku. Ada sepupu sepapat, pakcik dan makcik serta nenek-nenek saudara. Aku waktu tu dah mula bersekolah disebuah Taski berhampiran daerah ku. Segalanya indah diusia kanak-kanak, bermain, belajar mengenal kehidupan. Buat pondok-pondok, main hide and seek, bermain masak-masak, patung kertas, carom, scrabble dan macam-macam permainan dicuba.

Paling best bermain “travelling” dengan kawan-kawan dan sepupu yang sebaya. Panjat batu, masuk hutan tepi rumah, panjat pokok mangga dan sebagainya. Bestkan momen kanak-kanak? Tapi keseronokan zaman kanak-kanak aku berhenti pada satu detik hitam. Aku ingat lagi ketika itu, aku berbaju kurung polkadot. Usia 5 tahun.

Ibu dan ayah tiada di rumah. Aku diusung oleh seorang lelaki yang berusia 20 an kesebuah bilik. Di tanggalnya baju ku. Katanya dia nak bermain denganku. Aku tak faham permainan apa yang di katakan padanya. Otak kanak-kanak masih suci ketika usia itu.

Dia juga menanggal bajunya. Lalu aku di baringkan. Dia menghempap tubuhku. Orangnya kurus sahaja, jadi tak berapa berat sgt bagiku yang berbadan agak chubby sedikit ketika itu. Dalam beberapa minit kemudian, aku merasakan di bahagian alat sulit ku terasa tertusuk sesuatu yang menyakitkan.

Aku menangis semahunya. Sakit yang amat pedih. Bila aku menangis dan menjerit, lelaki itu menutup mulutku dan membuntang matanya. “Kau diam! kalau tak…” “Ni permainan apa uncle?, sakittttt!” aku membebel sambil menangis. “Ni permainan best!” aku tak tau tang mana bestnya.

Nafasku tercungap-cungap. Sakit seperti pisau menikam di alat sulitku. Lelaki durja itu tak pedulikan tangisan ku, yang dia tahu, memenuhi nafsu buasnya. Selepas diperlakuka sedemikan dia menampar dan merentap rantai leher emasku yang dibeli oleh ibu. “Kau jangan ceritakan sesiapa halni, kalau tak aku pukul kau” dia mengugut aku. Aku naif, terlalu naif dan takut.

Selepas kejadian pertama tu, aku takut untuk bersendirian di rumah. Lelaki tu masih berlegar-legar disekitar aku dan keluarga kami. Dia anak nenek saudara ku. Setiap kali dia terserempak denganku pasti wajahnya seolah terlalu “mengiginkanku” (istilah ini aku faham bila dewasa). Ibu ada bertanya tetang rantai emas ku itu, tapi aku hanya diam.

Kedurjanaan lelaki itu tidak sampai setakat itu sahaja ya, wahai pembaca. Dia meneruskan misi nafsu syaitannya dengan pelbagai cara. Mengumpan dan bermulut manis dikala nafsu ghairahnya mencanak ke otak jantannya. Kejadian itu berulang sehingga aku berumur 7 tahun. Aku masih tetap tak faham permainan apa yang dilakukan pada diriku.

Sudahlah disakiti, barang emas seperti rantai, anting-anting dan gelang menjadi perhiasan tubuhku juga di rentap. Aku tetap merahsiakan hal ini dari pengetahuan orang lain. Sakit aku tanggung sendiri. Sebab aku takut di pukul oleh lelaki tersebut. Usia aku menganjak 7 tahun lelaki itu menghilangkan diri, aku tak tau kemana dia pergi.

Aku ingat dia seorang je lelaki durjana dalam dunia ini. Suka bermain permainan yang menyakitkan. Ketika aku berusia 8 tahun, disekolah. Ketika dalam stor PJK, cikgu yang aku hormati menyambung permainan lelaki durja itu. Aku meronta-ronta ingin melepaskan diri.

Tiada yang mendengar dalam stor gelap itu. Hanyalah aku dan dia, ya, lelaki yang bergelar cikgu. Cumanya lelaki itu tidak merentap apa-apa perhiasan ditubuhku. Cuma dia melontarkan senyuman paling sadis selepas berjaya mendapatkan tubuhku yang masih kecil. Bermula aku berusia 10 tahun aku mula menunjukkan simptom kemurungan.

Jelas kejadian-kejadian itu menghantui tidurku. Barulah aku tau sebenarnya aku dirogol oleh fidofilia itupun setelah aku mula rajin membaca buku-buku ilmiah bergenre sains. Aku cepat matang bila menginjak usia itu. Cikgu yang merogol aku dibuang daerah, ketika kantoi merogol murid lain. Lepastu aku dah tak tau mana si fidofilia tu hidup.

Usia aku 12 tahun, penderitaan jiwa ku bertambah. Ayah dan ibu sering bergaduh sehingga ibu pernah pengsan dan keguguran akibat di tumbuk dan ditendang ayah. Aku dan adik-adik menjadi mangsa kemarahan mereka berdua. Aku pernah jalan terjungki-jungkit ke sekolah kerana lebam di paha dan tapak kaki akibat dibantai habis-habisan oleh ibu. Aku jenis pendam sendiri segala sakit.

Bila cikgu tanya kenapa aku banyak mendiamkan diri, aku hanya membisu. Aku dah tak ceria dan tak seaktif selalu. Pendarahan pada hidungku menjadi-jadi. Aku juga kerap pengsan dan sakit. Akibat masalah keluarga, kesihatan aku juga tidak dihiraukan lagi.

Usia aku 13 tahun ayah di buang kerja akibat salah guna kuasa. Ayah tidak dapat terima kenyataan hal berkenaan. Kami sekeluarga berpindah ke utara tanah air untuk meneruskan kehidupan. Ayah dengan sikap narsisistiknya, ibu dengan sikap tidak acuh pada anak-anak. Kami adik beradik mula membesar dalam keadaan keluarga yang porak peranda.

Ayah kerap memukul ibu dan memaksa ibu melakukan kerja-kerja berat. Selepas dibuang kerja ibi dan ayah meneruskan perniagaan menjual nasi lemak. Usia ku menganjak 16 tahun, mimpi ngeri zaman kanak-kanak menghantui kembali. Aku tak dapat tidur dan pelajaran ku ala kadar cukup makan. Kesihatanku terus terganggu. Tiap hari aku menangis mengenangkan kisah hidupku. Lepas SPM, aku menyambung pelajaran ke universiti tempatan.

Disana mental ku tercabar kerana pelbagai tekanan pelajaran ku hadapi dan rindukan ibu serta adik beradik lain. Ketika usia ni lah aku fobia dengan lelaki pangkat pakcik-pakcik. Aku rimas sekiranya mereka ada berdekatanku. Aku juga kerap mengambil panadol sepapan apabila tekanan. Aku belajar buat kerja gila mengikut akal dan nafsu sinting ku.

Perasaan benciku pada lelaki membuak-buak terutamanya lelaki hidung belang. Semasa aku masih belajar di universiti, aku akan balik kerumah mak angkatku setiap dua minggu sekali. Rumahnya tidak jauh dari tempatku belajar. Pada mulanya, segalanya dalam keadaan baik-baik sahaja dalam keluarga itu. 5 bulan berikutnya suami pada mak angkat ku mula tunjuk perangai gilanya padaku.

Menerkam aku dari belakang, bernafsu sungguh. Lelaki berusia 50 tahun itu aku tolak an aku berjaya lepaskan diri. Kerana aku kasihankan mak angkat ku, aku tak menceritakan peristiwa itu padanya. Suaminya tidak bekerja hanya mak angkat ku sahaja yang bekerja untuk melangsungi kehidupan. Jadi kebetulan aku dan anak-anaknya yang masih kecil dirumah hujung minggu itu.

Cubaan pertama gagal, cubaan kedua selang 3 bulan berikutnya. Mak angkat ku beritahu yang suaminya balik ke Pahang, jadi dia minta aku jaga anak-anaknya di rumah hari tersebut. Aku tenang sedikit kerana orang tua itu tiada. Ketenangan ku hanya kekal 5 jam sahaja. Petang tu tiba-tiba orang tua itu muncul depan pintu rumah.

Katanya dia balik awal kerana urusan di Pahang selesai. Aku resah. Cepat-cepat aku masuk kebilik bersama anak-anak mak angkat aku. Dalam kepala otakku menyuruh aku mencapai pisau di dapur sebelum masuk kebilik mengunci diri bersama empat kanak-kanak itu. Melayan kerenah kanak-kanak berempat itu membuatkan aku tertidur keletihan.

Entah berapa minit aku tertidur, tiba-tiba aku rasakan satu tubuh memelukku. Aku meronta dan dia mendakapku kuat. Aku tau itu bukan kanak-kanak berempat, tapi tubuh lelaki kekar. Aku buka mata, yang aku dengar suara kanak-kanak bermain diluar bilik. Ahh.. sudah, ni mesti dia berjaya pujuk anak-anaknya untuk keluar dari bilik.

Salah aku juga kerana tertidur. Lelaki itu berusaha menanggal bajuku dan menggoda ku. Aku tak fikir panjang, aku berusaha mencapai pisau di bawah tilam tempat aku terbaring. “Zapppp” aku menikam pisau itu ke tubuhnya. Yang pasti bukan di bahagian jantung, tapi pahanya.

Dia kesakitan dan melepaskan aku.
” Pakcik ni tak ubah seperti perangai iblis! pergi mampus! kau sama sahaja macam jantan lain” aku menjerit lalu berlari keluar dari rumah itu. Keadaan aku tidak ubah seperti pesalah jenayah tidak sengaja di TV. Berlari-lari tanpa arah. Otak buntu. Pengalaman menikam orang satu perkara baru bagiku.

Perasaan takut menyelubungi. Pendekkan cerita, kejadian itu tidak dilaporkan pada pihak polis. Aku menceritakan segalanya pada mak angkat aku, kerana kesakitan dihatiku telah menekan jiwa dan akal ku. Mak angkatku terduduk menangis. Suaminya itu cuba menyebar fitnah, mengatakan aku yang menggodanya. Allahuakbar…Tapi mak angkat aku lebih mempercayai diriku. Selepas itu, aku terus lost contact dengan keluarga berkenaan.

Aku membawa diri ke Pulau Pinang, cuba untuk bertenang dengan caraku. Aku melihat alam, aku melihat bangunan. Tapi aku melihat semua itu bukan dengan penglihatan orang normal. Lain. Aku melihat semua itu dengan misi bunuh diri.

Aku berfikir, “alangkah bestnya kalau naik kapal terbang, pecahkan cermin dikala ketinggian 30000 kaki lalu terjun darinya” “alangkah bestnya kalau aku terjatuh dari atas lalu terhempas pada konkrit bangunan itu” aku mula berimiginasi bukan-bukan. Bila dengar berita lelaki merogol kanak-kanak aku gelak sendiri kemudian menangis dan membayangkan kalau aku dapat memotong sahaja zakar lelaki-lelaki berkenaan. Iblis memang jadi kawan baik aku ketika itu. Aku suka cium darah orang. Kepala aku akan keliru pada masa-masa tertentu.

Antara normal dan tidak normal. Keluarga ku, masih seperti itu. Ayah jadi separuh gila dengan tekanan hidup. Ibu paling tabah walaupun kadang kala seperti tidak acuh tak acuh pada anak-anak. Pendapatan keluarga merosot akibatnya, keluarga aku sering dihalau dari rumah sewa.

Masyarakat sekeliling ada yang simpati tapi kebanyakannya menghina. Aku tiada pembimbing, akulah membimbing diri sendiri. Ibu dikampung tidak tahu banyak hal aku diluar rumah.
Usiaku 22 tahun, aku di kahwinkan dengan lelaki pilihan keluarga secara tiba-tiba.

Aku turutkan sahaja persetujuan ibu dan ayahku. Namun, tiga bulan aku tidak membenarkan suamiku menyentuh tubuh badan ku, kerana aku takut. Suamiku cuba memujuk dan memberi kata-kata nasihat padaku. Setelah dipujuk-pujuk aku kendur dengan bicaranya. Ketika bergelar isteri dua tahun pertama aku cuba yang terbaik untuk menjadi wanita idaman suamiAku mula membayangkan keindahan berumah tangga dan bercinta selepas nikah seperti yang tercatat dalam novel ala-ala islamik.

Aku mula belajar banyak perkara tentang mengatasi tekanan dan fobia. Aku rasa segalanya indah walaupun kehidupanku suami isteri sederhana sahaja. Tahun ketiga, suamiku dapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur. Kami berpindah. Beberapa tahun berada di Kuala Lumpur kami terpaksa menumpang di rumah makcik suamiku.

Suamiku mula menunjukkan sikap negatifnya. Dia berjudi dan mula memukul aku bila kalah judi. Dia juga belajar mencuri duit syarikat dari rakan sekerjanya. Mimpi ngeriku berulang kembali, suamiku tidak lagi seperti mula-mula yang bermulut manis dan memujuk rayu. Hanyalah kejian dan hinaan dilemparkan padaku. “Sial, babi, bodoh, mak bapak sundal” itulah yang keluar dari bibirnya.

Aku tertekan. Aku masih dengan sikapku yang memendam sendiri. Tuhan mentakdirkan aku tidak hamil sepanjang tempoh perkahwinanku 5 tahun. Aku cuba mendapat kekuatan mengatasi baran suamiku melalui bermunajat pada ALLAH. Aku mengajaknya sekali solat dan meninggalkan perbuatan mungkarnya itu.

Tetapi, ego lelakinya mencampak nasihatku ke lubang jamban sahaja. Dia pernah kata ” Kalau kau nak jadi wali ke, solehah ke, masuk syurga ke, kau buat sorang sahaja. Aku dan kau kubur masing-masing”. Aku diam. Penyepak penendang tu biasa sudah ditubuhku.

Ketika aku kesakitan, aku merayu pada ALLAH, “ya Allah, sampai bila derita ku ini setelah kau campakkan kebahagiaan sementara itu?”. Suram hari-hariku. Tahun kelima aku sudah tidak tahan, panadol sepapan jadi temanku kembali. Aku memohon fasakh. Dan akhirnya aku bercerai.

Kesihatanku terjejas teruk, aku kerap pengsan dan pengsan. Tekanan darah terlalu tinggi dan demam berulang-ulang. Batuk tidak kebah. Aku disahkan oleh doktor, menghidapi penyakit Kanser Tekak tahap 3 pada tahun 2015. Aku pendam sendiri.

Bila ditanya ahli keluarga aku beritahu, aku sakit biasa je tak lebih dari itu. Aku taknak mereka susah hati. Aku mendekatkan diri pada ALLAH, aku belajar redha dengan kehidupan ku. 2015 tu jugalah aku mendapat berita pakcik yang merogolku ketika aku berusia 5 tahun itu meninggal dipenjara akibat penyakit HIV. Aku menangis, lalu dengan redha aku mohon Allah ampunkan dosanya. Segala bebanan dijiwaku seperti tercabut dari jasadku.

Kini aku teruskan kehidupanku sebagai pesakit kanser. Apa yang membuatkan aku kagum dengan kebesaran Ilahi, Dia menghantar segala cubaan dan ujian dalam hidupku agar aku tabah dan kuat menghadapi hari-hari terakhirku. Aku belajar kuat dan tidak merungut dengan derita yang aku hadapi. Dalam derita, Dia memberi rezeki melimpah ruah padaku. Aku membuka sebuah Taska atas dasar mahu menumpang serta mencurahkan kasih pada kanak-kanak yang selama ini memang aku idamkan.

Dengan rezeki ini juga, aku menanggung kos perbelanjaan rawatan kanser ku dan menjelajah dunia sebagai hobi baruku. Para pembaca, aku ingin tekankan bahawa redha dan sabar sebagai kunci kebahagiaan kita. Selain itu, jika anda tertekan dan mengalami masalah, cari mereka yang anda percayai untuk mendapatkan nasihat. Jangan di pendam seperti diri ku yang lalu. Memendam hanya menambahkan kelukaan dan kegusaran diri.

Kepada ibu bapa, perhatikan anak-anak anda. Berusahalah melindungi mereka dari segala kemungkinan kedurjanaan di luar sana. Pelbagai bahaya berlegar sekitar anak-anak. Ajar mereka tentang apa yang boleh dan tak boleh di perlakukan pada tubuh mereka. Ajar mereka tentang tindakan yang sewajarnya di lakukan sekiranya sesuatu bahaya berdepan dengannya.

Jangan mudah terpedaya. Kepada suami isteri, berusahalah mendekatkan diri pada ALLAH agar kebahagiaan itu kekal sehingga ke syurga. Jangan mudah melatah terhadap ujian dan cubaan.Kepada anak-anak bawah jagaan ku, bonda akan lindungi kalian sehabis kudrat dan nyawa bonda. Bonda sanggup melakulan apa sahaja demi melihat kalian bahagia.

Buat penjenayah fidofilia, ketahuilah akibat dan kesan yang dihadapi mangsa engkau begitu mendalam dan menyakitkan. Sakitnya lebih sakit dari menikam pisau di dada. Seronok kalian hanya di dunia, sudah pasti Allah itu maha adil, Dia akan mengadili engkau di akhirat kelak selayaknya.

Kini, siangku ditemani kanak-kanak, staff, dan kitab-kitab. Malamku aku tidur bersendirian tanpa hadirnya lelaki. Bukan aku berdendam pada lelaki sehingga memutuskan untuk tidak benikah lagi, hanyalah sekadar perlukan ruang agar aku dapat menikmati malam-malam ku didunia yang entah tinggal berapa hari lagi.

– Azwa Humaira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit