Treat Your Wife Like a Queen if You Want to Be Treated Like a King

Aku dah berkahwin dengan isteri selama 12 tahun dan dikurniakan dua orang anak.

Selama perkahwinan ini, ada pasang surutnya. Adatlah orang kata, sedangkan lidah lagi tergigit. Jadi, aku akan selalu cuba untuk perbaiki diri sendiri dan jadi yang lebih baik.

Sehingga hari ini, aku boleh kata aku seorang suami yang sangat bertanggungjawab. Aku jaga hal-hal di rumah, jaga anak-anak dan sentiasa peka dengan hal anak-anak.

Aku selalu pastikan keperluan rumah cukup, pakaian dan makanan keluarga semuanya ada. Aku rajin buat kerja rumah, isteri hanya memasak sahaja, yang lain semua akan aku buat termasuk basuh dan kemas dapur serta pinggan.

Kalau bab perbelanjaan, boleh kata sepenuhnya atas tanggungan aku, termasuk duit minyak kereta isteri untuk ke tempat kerja.

Aku selalu terbaca di media sosial, cerita tentang isteri yang mengeluh kerana melayan kehendak suami, dan suami tidak menolong kerja rumah. Isteri berasa penat dan menolak ajakan suami.

Jadi, aku memang berazam untuk menjadi yang terbaik supaya isteri tidak terbeban dengan kerja rumah dan dapat melayan aku.

Lumrah lelaki, hubungan suami isteri memang menjadi satu keperluan, tak dapat nak nafikan, ini memang fakta.

“Treat your wife like a queen if you want to be treated like a king” – memang ini motto hidup aku sebagai seorang suami.

Tapi sejujurnya, aku tak rasa aku dapat layanan seorang king. Boleh kata dalam 10 kali aku minta berhubungan intim, lima kali akan ditolak.

Alasan sebab kepenatan di tempat kerja, esok kena keluar rumah awal sebab kerja, mengantuk, tidak ada mood, nak bangun awal untuk tahajjud dan banyak lagi alasan.

Ada juga setiap kali diajak, isteri akan beri respons yang terpaksa. Dia akan cakap, “Ish… cepatlah…” (bagi cepat selesai).

Ini memang sangat turn-off untuk aku dan aku selalunya akan berhenti serta hilang mood terus. Dia layan kerana terpaksa atas dasar tanggungjawab.

Bagi aku, hubungan suami isteri sepatutnya jadi perkara yang memberi nikmat dan kegembiraan. Kalau dah terpaksa, jadi bukan nikmatlah…

Aku cuba untuk jadi se-understanding yang boleh. Aku tak minta untuk berhubungan masa hari bekerja, tapi hujung minggu pun ditolak. Cuba untuk tidak ganggu waktu malam, waktu pagi pun ditolak.

Bila masuk bulan puasa, memang lagi kurang peluang untuk bersama. Aku bukanlah jenis alim soleh, tapi solat tarawih dan sambung dengan tadarus ini kebiasaannya dibuat.

Isteri aku memang A bab-bab ibadat ni. Tarawih penuh, khatam Quran kalau boleh lebih sekali dalam bulan puasa. Malam-malam bangun tahajjud dan semuanya. Jadi, aktivitinya memang agak padat.

Tapi ada kalanya bila kami tak buat penuh 20 rakaat, dan ada masa aku akan ajak untuk bersama.

Baru-baru ini, masa aku cuba ajak bersama, isteri layan dengan gaya terpaksa dan bila aku turn off, dia menangis kerana marah kenapa aku minta malam ni sebab esoknya dia nak bangun awal untuk tahajjud, pergi kerja awal.

Aku hanya minta maaf, tapi sebenarnya aku dah minta beberapa hari sebelumnya tapi ditolak. Aku fikir kalau minta esok lusa, dah nak masuk 10 malam terakhir.

Sampai masa ini, keinginan tu membuak, jadi aku rasa tak boleh nak simpan lagi.

Dan seperti tahun-tahun sebelum ini, bila masuk 10 malam terakhir, memang dia tak akan layan aku atas alasan Nabi dulu ikat perut masa 10 malam terakhir untuk fokus kepada ibadat dan Lailatulqadr!

Aku tak tahu nak rasa apa sekarang. Mungkin betul memang aku yang salah sebab tak faham keadaan isteri, tapi pernah ke isteri faham perasaan aku?

Mungkin juga aku kena kecam sebab tak ikhlas dalam buat kerja-kerja rumah disebabkan nak dapat layanan, tapi aku rasa ini memang lumrah hidup suami isteri, kan? Entah… kadang aku rasa terkilan.

Belum cukup baikkah aku ni? Belum cukup ke semua yang aku sediakan dekat rumah ni? Betul ke motto tu? Dapat ke layanan seorang raja? Macam ni ke layanan seorang raja?

– Zack (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Ko dah buat yg terbaik. Serius aku ckp. Pahala syurga depan mata dia abaikan, dikejar akhirat sana. Inbalance. Sesuatu perkara seperti ni bukan terjadi pd awal perkahwinan sahaja. Kemungkinan berlarutan smp ke usia senja. Aku kenal 1 pasangan yg usia perkahwinan lebih 30 tahun. Situasinya sama spt saudara. Keperluan batin suami dipandang enteng. Lebihkan akhirat. Agak² diterimakah amalan si isteri tu jika menderhakai suaminya? Pernah terbaca. Layanilah suami walau terpaksa merangkak sekalipun. Btw, perempuan bekerja zaman sekarang, lebih hipokrit.

  2. Kesian kpd ko…hidup ni kena lengkapkan keperluan hidup seperti makan,tempat tinggal,kasih sayang (batin:perhatian,didikan agama,seks).

    Mungkin benar isteri awk kepenatan.Cuba fahami dia juga sebab dia segalanya urus rumah tangga.Cuba duduk berbincang dan belikan produk yg naikkan tenaga dalaman wanita.Memang kalau dalaman bermasalah..nafsu akan menurun.Awaklah merana sebab keperluan tak dipenuhi.
    Jgn pula cari wanita haram luar rumah ya.Pujuk isteri baik2 selepas dia dah pulih tenaga batin.

    Sebenarnya malaikat melaknat wanita yg menolak ajakan suami.Melayan suami lebih afdal drp pentingkan ibadah.Malah Nabi sendiri pesan memasak kpd suami di rumah leboh baik drp ke masjid menuntut ilmu ugama.Isteri awk ni macam dah taksub cari pahala tp sebenarnya suami sendiri ladang pahala terbaik.
    Gembirakan ht suami plg utama.

    Isteri awk dah salah faham bab ugama kena hantar video ceramah kpd dia bab ni…Takut2 amal dia tertolak sebab tak dpt redha suami.

    Awk kahwin aje lah dgn saya..hahaha..sy bujang lagi umo 30an.Gurau je..

    • Aipp! Jangan buat pasal cik Loca.
      .

      Kepada Encik Confessor, yes saya faham situasi abg. Setiap org ujian berbeza2. Ada kawan saya menikah dengan perempuan free hair yg tak tekankan agama sgt sbb dia cakap perempuan beragama terlalu taksub nak pahala buat amal kebaikan. Tapi itulah, lepas nikah ujiannya anak-anak pula terikut perangai bini, jauh dari agama. Dah pening kepala.

      Kes kedua pula, ada kwan saya yg menikah dengan perempuan baik. hafizah, tutup aurat, jaga iktilat betul-betul. Anak-anak ok baik semua tetapi diuji mcm abang. Isteri dia tak berapa minat ke arah ‘hal nafkah batin’ disebabkn persekitaran dia dari kecil hingga besar yg terjaga. Buat juga tapi kurang spark sbb ilmu yg dia ada ttg hal tersebut kurang. Jadi, kawan saya cdg nak nikah kedua. Tapi… akhirnya bercerai. Dia kawin lain tapi suasana pernikahan baru dia dah lain. Nilai mahabbah dan ‘biah solehah’ hilang. Dia teringat bekas isteri baik tu pulak. Tapi Bekas isteri dia dah move on. sbb boleh fokus kepada ilmu dan ibadah.

      Yang boleh saya katakan, x semua kita dapat dalam dunia ni tapi kita boleh perbaiki. Jika abg masih ada rasa cinta dan sayang pada isteri, sabar dulu dan cari cara. Perempuan selalunya melakukan ‘hal tersebut’ dengan hati. Lelaki beri cinta untuk dptkn ‘hal tersebut’. Boleh google cara nak pikat bini balik dan nak goda dia cara halus. Malu nak habaq kat sini. Bula pose. Moga urusan abg dan isteri dipermudahkan. Kunci syurga dah ada, tinggal rasa ikhlas yg mampu gerakkan pintu syurga tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *